Picture Of My Life Contest
******************************
Masih terngiang-ngiang di mindaku peristiwa yang berlaku kira-kira 2 bulan sebelum tarikh lahir ku pada tahun lepas.
“Ayah boleh tak akak nak beli handphone baru? Handphone lama ni dah tak berapa ok la.”
“Alah akak guna la lagi. kan masih elok lagi handphone tue.”
“Takpelah ayah, akak nak beli handphone baru tue guna duit akak sendiri. Akak kan ada simpan duit.”
“Tak payah la membazir beli handphone guna duit simpanan akak tue. Duit tue kan untuk jaminan masa depan. Nati dah beli handphone baru akak lupa pulak tanggungjawab akak untuk belajar. Nati asyik main sms je.”
“Buat apa asyik simpan duit je tapi tak dapat nak gunakan.” Ucapku dengan nada merajuk dan terus masuk ke dalam bilik. Memang itu la perangai burukku yang agak suka merajuk. Kalau tak silap 3 hari juga aku merajuk kerana hal tue. Tapi lama kelamaan aku lupakan begitu sahaja isu untuk membeli handphone kerana rajuk ku tak pernah berpanjangan.
Memang perangai ku semenjak dari kecil kalau nak beli apa atau pergi ke mana akan aku minta izin ayah atau ibu aku terdahulu. Dan kalau tak diizinkan memang aku tak akan berbuat sedemikian.
Walaupun ramai kawan aku berkata, “ Alah ko ni lurus sangat apa-apa tanya ayah dulu. Kalau ko buat apa-apa kat shah alam ni pun bukan ayah ko tau.”
Namun, bagiku apa-apa pun restu keluarga yang terbaik. Mahukah aku pergi berjalan ke mana-mana tanpa pengetahuan keluarga. Selepas itu, tiba-tiba aku ditimpa kemalangan dan seterusnya orang kampung mengata itu dan ini dibelakang familiku. Tapi kalau aku sudah jelaskan sebaiknya insyaAllah familiku tahu perkara sebenarnya dan sentiasa mendoakan keselamatan diriku. Dan itu juga salah satu sebab, aku digelar kolot oleh x-boyfriendku.
Keluarga aku memang tidak pernah mengamalkan budaya menyambut hari lahir anak-anak semenjak dari kecil. Tapi pada tanggal 22 November 2009, tiba-tiba aku terkejut apabila…
“Akak ambil la hadiah handphone ni dari ayah ye. Selamat Hari lahir ye.”, ucap ayah sambil menyuakan kotak yang berisi handphone yang tidak berbalut itu.
Sungguh tergamam diriku. Tiada apa yang mampu ku ucapkan melainkan hanya dengan linangan air mata dan pelukan sebagai jawapannya.
Tidak ku sangka ayah aku akan membelikan hadiah handphone itu buat diriku. Patut la setiap kali berjalan dengan ayah. Ayah akan mengajak aku singgah sebentar di kedai handphone dan bertanyakan mana yang cantik pada pandangan mataku. Bila aku bertanyakan kenapa. Pasti ayah akan menjawab saja nak cuci mata.
Itulah gambar pemberian handphone kesayanganku yang diberikan oleh seorang insan yang paling istimewa dalam hidupku. Akan ku jaga handphone ini dengan sebaik-baiknya kerana disebalik handphone ini terdapat kasih sayang yang tak ternilai harganya. Ya Allah, aku bermohon padaMU berilah peluang kepada hambaMU ini untuk membalas segala jasa kedua ibu bapaku yang tak ternilai harganya. Permudahkanlah jalanMU untuk diriku menemui pekerjaan. Amin….
*********************************
Cik tom tag sofea, shekechik dan gomokpendek. Jom ramai2 join support contest aretikz+trafik free. Nak join klik banner or SINI. Tarikh tutup contest 1/12/2010..
Sharing is caring
goodluck cik tom.
terharunya baca cerita ni.
kadg-kadg miza pun mcmtu jugak
merajukkk kalau tk dapat sesuatu yg kita nak. hehe. at last dapat jugak kan. cuma lambat atau cepat jaa 🙂
GOOD LUCK 🙂
tacing lak bc cerita nie… ! huhuhu…
goodluck baideway…;D
goodluck cik tom! and cemoga cepat cehat! 😀
hehehe.. ciktom yuyunk ku.. akan ku join ini contest! heh..
Pergh, mantap seyh, series, stakat ni lain sikit dari yang lain. Memang f8 power2 la. Soru, terhip hop ayat komen. ha2. Apapapun, san q sal join. he2. memang tomey tomato ni.. ahakz..
payah gak ek nak ikut kontest siap ade cerita lagi…semoga berjaya cik tom.
bestnye ciktom dapat hadiah handphone.. :).. nanti dah keje, leh la belikan ayah hadiah :D..
😀 tahniah cik tom.. :D..
selamat hari lahir.. semoga dimurahkan rezeki.. dan sentiasa di bawah lindungan Allah..aminnnn…
ciktom, maaf komen di sini..kenapa lady xleh postkan komen kat shoutbox cik tom? kene banned 🙁
lady nak tulis ni :
cik tom bernminat ke? kalau berminat, tepunla.. tp fikir msk2 dulu yer..sebab jauh..:(.. huhuhu.. gaji pun x tahu byk maner..
tapi die tulis ni :
Your IP address 115.134.197.23 has been banned from this shoutbox.
amboi cik tom, kemain ligat join contest yer, 🙂 good luck again. hehe 🙂
wahh, sweetnye cerita ciktom.. huhu, kasih ayah membawa ke syurga.. =)
semoga cepat sembuh yer.. 😉
ciktom dapat award drpd saya. nanti senang² dtg amek k? )
gudluck ye heeee
good luck ciktom..
sedih nya baca.. terharu tau..
best la ayah cik tom…
bg hadiah… hehehe
wahhhh~ terharunya.. tu la kasih seorg ayah..
btw, semoga berjaya ye cik tom~~ ^_^
bestnya dapat hadiah birthday dari ayah,,saya pun tak pernah sambut birthday dengan family melainkan dengan member, diorang yang raikan. tapi family tetap ingat birthday tiap-tiap tahun dan tak miss wish. bersyukur dapat family macam nih. semoga murah rezeki cik tom.
hadiah orang…kena jaga bebaik kan…
cik tom ni mmg pandai la menulis cerita2 ni.
rasa mcm nak join tp x kreatif nak bercerita. tgk la nti cmne.
sedih jugek cite cik tom.
tp kan..cantek la henfon tuh..pink2.. ;D
Wahh.Cik Tom dapat hadiah hp comey…macam tu lah orang tua..kadang kala,nampak mereka macam tak sayang kita,tapi mak ayah mana tak sayang anak…setegas mana atau segarang mana pun mak atau ayah,jauh di sudut hati mereka,tak sanggup nak lihat anak tu sedih atau tak terpenuh keinginannya..seboleh mingkin akan diusahakan. Nanti kalu Cik Tom jadi ibu, Cik Tom akan lebih faham nilai kasih sayang ibu ayah kepada anak…:)
nice story of da pixca la sygs cik tom 🙂 gud luck dear
ayyyarrkk..terkena..hohoho
lmbt ag trikh ttup..
lex lu r..hehe
anyway..makecih…hehe
salam cik tom..
apa salahnya join GA..
entry GA boleh beri maklumat kepd rakan2 juga…
mana tahu nak join juga 🙂
good luck yer cik tom
good luck yer cik tom… jgn lupa makang obat 🙂
hadiah pemberian dari insan tersayang memang kita akan berasa sungguh teharu..
simpanlah ia seperti menyimpan harta yang tidak boleh dijual beli..(ayat klasik)..:)
comeynye hp cik tom… pink.. dni nyer kaler meghah makngah 😀
@Miza Yusof: tQ miza..hehe..ciktom memang suka merajuk..hiihi…perangai buruk tue ;D
@beLalanG: erk belalang pun touching?huhu..tQ 😉
@syufaa: tq syufaa
@g0m0k9enDek: jom join..
@Aretikz: erk f8 tue pe ek??hehe..tenkiu puji..buah tomato mmg tomey 😉
@si biskut: TQ~
@LadyBird: tQ..tue cerita tahun lepas..hehe..besday ciktom lmbt lg..wish 22hb ni ye 😉
@LadyBird: sori lady..ciktom xpernah ban sesiapa pun punya url..tp semalam mmg smix problem…
@Anna Boleyn:join support kawan2 punya contest..tQ~
@Siti:tQ dear 😉 dah amik smlm..thanks again
@padin:tenkiu 😉
@sarah-najwan: tQ akak 😉
@Qu azniza 😉: pergorbanan ayh dan ibu tak ternilai harganya..
@NuSaNa NoSa 91: tenkiu..xnak join ke?
@eiela: samala xpernah celebrate..tp ayah xpernah lupa wish siap pernah sekali masa col ayah nyanyi lagu Allah selamatkan kamu..touching giler..huhu
@princeduyong: yup betul..
@farhah adeli: takdelah kreatif..sekadar tinta dari hati dan kisah peribadi..jom la join..
@Puteri Iqa Izyan: sedih ke?huk3..kesedihan itu realiti..kegembiraan itu fantasi.. 😉
@Cikgu Nurin: Tq atas nasihat itu akak..yup betul..ibu bapa mana la tak sayangkan anak..
@cik lya: tenkiu dear 😉
@shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅]: join jangan xjoin pulak tau..huhu
@gnesop.com: entahlah sop..kadang2 manusia ni ada je tak berpuas hati bila tengok sesuatu..bila asyik entry ga ditegur..bila asyik entry berita/cinta/tutorial ditegur..ciktom rasa susah nak berkarya..idea pun jadi terbatas…rsnya telah dinyatakan bahawa ni blog peribadi..wallahualam..
tQ sop~
@Mata Hati: terima kasih..hehe 😉
@LiFe KaMi: betul life kami..ayat klasik tue la plg best..
@ardinihumaira:dah dni suka kaler merah..hehe..ciktom suka pupel..tp xde plk pupel..model tue ade pink je..hihi 😉
cik tommm, IMY !
all the besttt !
@Anishaway: tenkiu dear!
aku nak join jgk la benda ni.. hehe.. jadi pesaing boleh tak?
waa..bestnyer..
dpt hp..dpt smpn duet..
cmtu la syg makbapak kt anak2 kn..
all the best..