Portal Pengiklanan Malaysia Percuma dan Efektif di Nenas.my

Pengiklanan merupakan salah satu faktor penting dalam pemasaran produk atau servis dalam sesebuah perniagaan. Terdapat pelbagai cara dan alternatif untuk mengiklankan antaranya ialah melalui laman web, forum, email, akhbar, majalah dan sebagainya. Terbaru saudara Nazri pemilik blog insuran-takaful,com telah melancarkan satu portal pengiklanan Malaysia secara percuma dan efektif pada 28/11/2012 iaitu NENAS.MY.

Syarat untuk menyertai portal pengiklanan nenas.my ini lebih longgar dan mudah. Sesetengah portal pengiklanan mempunyai syarat terhad dalam mengiklankan produk dan berbayar. Jangan bimbang anda boleh mengiklankan barangan dan servis secara PERCUMA di NENAS.MY. Anda boleh iklankannya samaada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

NENAS.MY- Free Advertising Portal

Portal ini bertujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menpromosikan bisnes mereka tetapi tiada tempat untuk beriklan. Iklan di post forum kurang sesuai kerana data yang tidak tersusun. Selain itu, blog insurans-takaful juga selalu kena spam dengan orang yang menjual ubat, produk kesihatan dan lain-lain. Hasil dari situasi ini lahirkan idea oleh saudara Nazri untuk membantu sesiapa yang ingin mempromosikan perniagaan dengan menyediakan platform pengiklanan yang percuma TANPA HAD hanya barang fizikal.

Kelebihan portal pengiklanan Malaysia- Nenas.my ialah ianya auto-approve, boleh diubahsuai (editable), tanpa had (unlimited list), semua produk atau servis termasuk MLM dan money servis, ebook boleh diiklankan kecuali yang salah disisi undang-undang. Seperti portal lain dari segi personalization iaitu konsep myshoppe dengan listkan barang yang dijual.

Cara untuk mendaftar sangat MUDAH, iaitu dengan mengisi borang daftar. Kemudian, cek email untuk pasword dan anda boleh login untuk masukkan iklan ke dalam portal serta ubah setting mengikut kesesusaian pengiklanan.

Syarat utama pengiklanan ialah tidak boleh gunakan nama internet, tidak boleh masukkan URL dan tidak bagi iklan berunsur sex. Tapi ini semua tertakluk pada budi bicara admin.Sekiranya iklan berunsur spam, iklan akan di delete tanpa sebarang notis. Anda boleh iklankan produk atau perkhidmatan seperti berikut:

1. Kereta
2. Rumah
3. Barangan Perhiasan
4. Servis kewangan – Insuran, Unit Trust, Wasiat dll
5. Multilevel Marketing Produk
6. Ebook
7. Pakaian
8. Servis – Katering, Elektrik, Perlancongan dll
9. Buku/ Majalah

Jomlah beriklan di NENAS.MY kerana ianya Percuma, Auto-approve dan Unlimited. Anda boleh add sebanyak mana list dan list boleh dikemaskini. Untuk advance search akan aktif bila jumlah pengiklanan semakin bertambah banyak. Sebarang komen untuk penambahbaikan dari advertiser adalah dialu-alukan. Diharap semua pelawat dapat menggunakan portal ini dengan sebaik mungkin. Semoga apa jua perniagaan yang anda lakukan akan bertambah maju. Perkenalkan portal ini kepada rakan-rakan untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung dalam portal percuma ini. Semoga perniagaan anda bertambah maju dan sukses.

Portal Pengiklanan Malaysia Percuma dan Efektif>> NENAS.MY

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Portal Pengiklanan Malaysia Percuma dan Efektif di Nenas.my

  • December 17, 2012 at 12:24 pm
    Permalink

    Kena tunggu ada barang nak jual baru boleh join kot

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:45 pm
      Permalink

      robert t.kiyosaki kata untuk keluar dari rate race, kita kena lebih banyak menjual dari membeli

      Reply
  • December 17, 2012 at 1:34 pm
    Permalink

    okie akan saya register nanti kasi support sikit nenas.my nie

    Reply
  • December 17, 2012 at 2:35 pm
    Permalink

    Thanks for the info Cik Tom

    Reply
  • December 17, 2012 at 7:03 pm
    Permalink

    okeh. boleh cuba nanti.

    Reply
  • December 17, 2012 at 7:06 pm
    Permalink

    sumber pengiklanan yang baru nih…alternatif pada mereka yang nak mengiklankan produk mereka kan…

    Reply
  • December 17, 2012 at 10:37 pm
    Permalink

    aku tak tahu nak jual apa
    hehe

    moga segera maju dan terkenal

    Reply
    • December 18, 2012 at 10:41 am
      Permalink

      Boleh promosi affiliate juga. Tapi tak pasti boleh atau tidak di nenas.my ni.

      Reply
      • December 21, 2012 at 5:47 pm
        Permalink

        affiliate boleh diiklan dengan syaran ada penerangan, bukan hanya paste link

        Reply
        • December 22, 2012 at 12:10 pm
          Permalink

          haa tue boleh promosi affiliate..

  • December 17, 2012 at 11:43 pm
    Permalink

    belum ada produk untuk dijual. kalau boleh promete blog..nak lah

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:48 pm
      Permalink

      insyaAllah kalau sesuai nanti saya add untuk listkan blog

      Reply
  • December 18, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    kenapa antivirus block website ni ek? keluar msg macam ni..

    Trend Micro has confirmed that this website can transmit malicious software or has been involved in online scams or fraud.

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:49 pm
      Permalink

      ada insan yang memasukan iklan yang berbentuk money scam sebelum ni.. telah didelete

      Reply
  • December 18, 2012 at 12:44 am
    Permalink

    moga sukses nenas.my dan terus maju jaya.

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:50 pm
      Permalink

      terima kasih donnyien .. setinggi2 penghargaan buat ciktom atas post ni

      Reply
  • December 18, 2012 at 2:00 am
    Permalink

    boleh try ni kemudian nanti. thanx 4 the info ciktom 😉

    Reply
  • December 18, 2012 at 2:19 am
    Permalink

    nama dia menarik hehe tapi interface kureng sikit. mungkin baru lagi kot tapi apa pon seronok tengok semakin banyak web dan aplikasi online yang memudahkan kita 🙂

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:52 pm
      Permalink

      thanks for feedback ..

      Reply
  • December 18, 2012 at 10:42 am
    Permalink

    Tunggu internet laju sikit saya akan buka akaun. Nak cuba-cuba juga. hehe

    Reply
    • December 18, 2012 at 11:23 am
      Permalink

      Cantik jugak nama domain tu. promosi buah-buahan di malaysia.

      Reply
      • December 21, 2012 at 5:52 pm
        Permalink

        insyaAllah, ada lagi buah-buahan tempatan yang akan menyusul nanti

        Reply
  • December 18, 2012 at 11:22 am
    Permalink

    Wahh ada portal pengiklanan percuma. Jom support.

    Reply
  • December 18, 2012 at 3:52 pm
    Permalink

    Wah ini sudah dikira bagus. Boleh diwar-warkan kepada sahabat saya.

    Reply
  • December 18, 2012 at 6:26 pm
    Permalink

    ebay versi Malaysia ke ni? 🙂

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:54 pm
      Permalink

      coming soon insyaAllah akan ada payment gateway for advertiser & prospect

      Reply
  • December 18, 2012 at 9:45 pm
    Permalink

    Salah satu tempat yang boleh mempromosikan produk yang kita miliki, thanks Ciktom boleh try nanti dengan NENAS.MY.

    Reply
  • December 19, 2012 at 3:44 am
    Permalink

    Semoga sukses dalam usahanya. Dan info ini sangat membantu bagi setiap orang yang akan memerlukannya.

    Salam kenal pada kunjungan pertama.
    Sukses selalu
    Salam Wisata

    Reply
  • December 20, 2012 at 3:20 am
    Permalink

    Agak unik nama domain nie…harap maju jaya

    Reply
    • December 21, 2012 at 5:55 pm
      Permalink

      thanks .. sedap buah nenas ni bila masuk kuah rojak

      Reply
  • December 23, 2012 at 9:56 pm
    Permalink

    tak ada apa nak di iklankan..haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!