Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Assalamualaikum dan salam sayang….. Dah lama cik tom tak update blog atau join any contest. Oleh sebab kekangan kesihatan, accident, masuk hospital dan juga masalah peribadi. huhu.. Pada yang cik tom berhutang job tu, nanti cik tom akan contact korang 1 by 1 ye.

Hari ni tertarik nak luangkan sedikit masa untuk support uzu dengan review blogger yang makin dikenali sebagai Pakar Internet Marketing, Prof Hariz atau singkatan PH.

Siapakah Blogger Prof Hariz?

Cik tom dah lama mengenali blog Prof Hariz semenjak dari dia masih belajar Diploma Sistem Komputer di Kolej ADTEC Melaka. Waktu tu, cik tom rasa tertarik dengan nickname blogger iaitu ‘PROF’ Hariz. Tengok muka budak hingusan lagi. Professor dapat dari universiti mana? hehe..

Tak percaya?? Jom tengok inilah tuan empunya diri Prof Hariz atau nama sebenar, Ridhauddin Hariz. Orangnya muda dan hensem bergaya kan?? Oppsss, tapi maaf ye Prof Hariz ni dah berpunya. hihi..
Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Selidik punya selidik, rupa-rupanya Prof Hariz ni bercita-cita nak jadi seorang Professor. Oleh sebab itulah dia gunakan nickname Prof Hariz. Sejujurnya masa tue dalam hati cik tom terdetik juga.. Wah poyolah budak ni dan berani betul siap guna title Prof lagi. Tak risau kena kecam ke? hihi…

Dan tak silap, memang ada kecam dia juga masa tue. Seingat cik tom masa kena kecam tu Prof Hariz ni tengah TOP sharing and coaching cara amalkan diet atkins. Cik tom masa tu follow (lebih stalker kot..wakaka..) segala tips diet atkins dari Prof Hariz. Time tu dia ada jual ebook Diet Atkins. Cik tom pun ada beli dan amalkan diet atkins plus balance diet. hahaha…

Cik tom pernah share resepi diet atkins dalam blog ciktom under kategori: Diet Atkins. Iklan jap. hehe..

Perjalanan Blogger Internet Marketing Prof Hariz: From Zero to Hero

Cik tom takdelah follow personal life PH ni, tapi selepas habis study Prof Hariz ni semakin serius dalam dunia online marketing. Lagi-lagi populariti Prof Hariz ni memang mencanak naik masa badan dia kurus amalkan diet atkins. Siap sharing and coaching pelbagai tips kurus dengan diet atkins di Instagram.

Prof hariz from zero to hero

Penangan populariti tu memang berduyun follower Prof Hariz termasuklah cik tom. haha… Prof Hariz ni siap menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia dengan nama program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online. Wah bukan senang tau nak handle program dengan 500 peserta tau uollsss.

Cik tom kagum dengan semangat dan usaha yang konsisten dari Prof Hariz. Dari blogger biasa, dia sekarang dah menjadi blogger luar biasa. Cik tom nampak perjalanan hidup Prof Hariz ni sebagai blogger dan Internet Marketer di Malaysia.

PROF HARIZ INTERNET MARKETING Malaysia

Pada tahun 2014 jugaklah, Prof Hariz menubuhkan syarikat; PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization (SEO), rekabentuk laman web dan juga pemasaran berkonsepkan funnel marketing.

Kemudian cik tom followup jugak perkembangan dia dengan projek TruthHalalMY. Kat website dan facebook pages TruthHalalMY banyak sharing info mengenai status produk-produk halal di Malaysia. Cik tom memang kagum dengan idea-idea dan pemikiran prof Hariz. Memang ligat orangnya dengan idea yang baru dan boleh dikatakan semua projeknya memang berjaya tarik perhatian orang ramai.

Selain tu, cik tom followup jugak perkembangan dia sebagai TOP AFFILIATE TIM INFOKERJAYA. Cik tom yang dah lama jadi agen affiliate pun takdelah berdesupppp macam tu. huhu.. Mamat ni join je buat komisyen jualan ebook 6 angka sehingga ramai otai2 Interenet Marketer (IM) lain yang kagum.

Gossip cik tom dengar (dah tahap retiss..haha), dia beli kereta baru guna deposit hasil komisyen dari jualan ebook online je. Memang WOW sangat kan. Masa tue jugak cik tom terbaca dia tengah kumpul duit kahwin hasil dari komisyen dan SEO.

Tapi semua tu bukan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ye. Berbaloi dengan hasil usaha Prof Hariz yang tak jemu buat eksperimen mengenai SEO dan juga rasa stalker  a.k.a rajin cari ilmu SEO dari IM di Malaysia dan seluruh dunia.

Pengalaman Bekerja di Syarikat-Syarikat Besar di Malaysia

i) Exabytes Group Sdn Bhd

Kehebatan dan kepakaran SEO membuatkan Prof Hariz disambar oleh syarikat Exabytes Group Sdn Bhd. PH dipertanggungjawab untuk menjana idea-idea baru serta strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini. Contohnya penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain.

Exabytes ni salah satu syarikat hosting yang terbesar di Malaysia tau. Kalau dapat job atau offer dari Exabytes ni memang satu pengiktirafan dan pencapaian yang boleh dibanggakan.

ii) As White Global Sdn Bhd

Kemudian, pada tahun ini PH ditawarkan jawatan yang lagi tinggi dan best di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz bertanggungjawab untuk handle client dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Memang hebat dan bukan calang orang untuk handle client di seluruh pelusuk dunia mahupun Malaysia. Lagi2 nak consult mengenai SEO. Cik tom dengar perkataan SEO pun dah berpeluh. hehe..

iii) PolicyStreet

Terkini, PH dilantik sebagai Pengurus Internet Marketing di sebuah syarikat insurans; PolicyStreet. PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet khas untuk mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :

  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Pembehentian kerja

Selain itu,  PolicyStreet turut menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil iaitu :

  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Maklumat Lanjut Mengenai PolicyStreet
Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai insurans ditawarkan, boleh hubungi PolicyStreet;
Website : https://www.policystreet.com/
Facebook : https://www.facebook.com/PolicyStreetbyPolisea/
Instagram : https://www.instagram.com/policystreet/

Pencapaian Terbaik Prof Hariz

Antara pencapaian terbaik Prof Hariz sepanjang berkecimpung dalam bidang pemasaran online atau Internet Marketing;

  • Menganjurkan program diet secara online “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” bersama Utusan Malaysia (Ogos 2014)
  • Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya kerana berjaya menjana jualan (ebook kerjaya) sehingga RM100,000 dalam tempoh 5 bulan (Disember 2014)
  • Menganjurkan seminar “Buat Duit Affiliate dengan Blog” di Karangkraf pada (Disember 2014)
  • Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai (Mac 2015)
  • Bengkel Affiliate Ninja (April 2015)
  • Bengkel Email Marketing (Jun 2015)
  • Private group coaching bersama Shaklee Malaysia , untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016 (Disember 2015)
  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog (Februari 2016)
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 – Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog (Ogos 2016)
  • Ditemuramah oleh Astro Awani dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia (Disember 2016)

pencapaian terbaik prof hariz

Tawaran Servis Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Marketer Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian.

Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.

  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review

Personal coaching Zero Marketing to Hero
Bagi cik tom, Prof Hariz memang deserve untuk dipanggil Prof Hariz atau Tuan Hariz berdasarkan segala pencapaian dan pengalaman beliau sebagai Interenet Marketer atau Pakar SEO. Mungkin PH bukanlah Prof atas certificate tapi Professor berdasarkan pengalaman dan beliau sendiri jujur mengaku itu hanyalah nickname beliau. Bukannya seperti ramai founder luar yang beli sijil tipu mengaku Prof, Dr. dari Universiti luar. hikhik…

Ini bukanlah unsur bodek ye, review jujur cik tom kerana kenali secara online Prof Hariz selama ni. Segala pencapaian dan kepakarannya memang telah terbukti dan membanggakan. Kira bukan cakap KOSONG nak jadi pakar atau sifu tapi apa pun tarak seperti kebanyakan sifu yang banyak ada di Malaysia sekarang. OVERCLAIM lebih. haha..

Bagi sesiapa yang baru nak memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, cik tom highly recommend anda menghubungi Prof Hariz sebagai penasihat bisnes anda;

servis internet marketing prof hariz

Maklumat Lanjut Mengenai Prof Hariz

Websitehttps://profhariz.com/
Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
Fanpagehttps://www.facebook.com/profharizmy/
Instagramhttps://www.instagram.com/profhariz/
Whatsapp : 6012-5336713

Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini .

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE