Program Baiti Jannati Penuhi Impian Golongan Asnaf Memiliki Rumah

Program Baiti Jannati Penuhi Impian Golongan Asnaf Memiliki Rumah | Assalamualaikum dan salam sayang.. Sudah pasti impian setiap orang untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri. Alhamdulillah cik tom sekeluarga sudah memiliki rumah sendiri. Sebelum suami terima kunci rumah tahun lepas, tak sampai setahun dua kali kami berpindah randah atas sebab tak dapat dielakkan.Terseksa sesangat kerja nak kemaskan semua barang dan angkut ke rumah sewa lain lagi.

Lega sangat dah tak perlu lalui fasa berpindah randah. Tak perlu dah fikir nak hold beli apa-apa barang untuk kelengkapan rumah. Nak dekorasi rumah sesuka hati pun boleh. Ianya satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

rumahku syurgaku

Jadi cik tom faham sangat bila mana golongan asnaf atau berpendapatan rendah ni mesti terlintas dalam hati bilalah nak merasa duduk di rumah sendiri kan. Lagi-lagi kalau tinggal di ibu kota Kuala Lumpur. Harga rumah dah jadi tahap mampu lihat je.

Yelah dengan taraf hidup tinggi di Kuala Lumpur.Nak teruskan kehidupan seharian pun terasa perit, inikan pula nak sediakan duit untuk beli rumah.

Khas untuk korang yang dalam golongan kurang berkemampuan dan asnaf, korang boleh cuba memohon bantuan rumah dibawah Program Baiti Jannati.

Program Baiti Jannati Penuhi Impian Golongan Asnaf Memiliki Rumah

Apa itu Program Baiti Jannati?

Pasti yang tak tahu tu tertanya-tanyakan apa pulak program Baiti Jannati? Bunyi macam pak arab je. Hihi… Baiti Jannati ini bermaksud Rumahku Syurgaku, ianya satu program hasil inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta turut serta syarikat-syarikat swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

PROGRAM BAITI JANNATI PENUHI IMPIAN GOLONGAN ASNAF MEMILIKI RUMAH

Tujuan utama program ini ialah menyediakan bantuan bagi membolehkan golongan asnaf dan golongan miskin tegar memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.

Korang wajib tonton video dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan.

Apa yang menarik dengan Program Baiti Jannati?

Apa yang menarik program ini ialah CSR (Corporate Social Responsibility) iaitu dana yang dikumpulkan dari sumber badan bukan korporat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Celcom, Pavillion, Mah Sing Foundation dan sebagainya.

sumbangan baiti jannati

Program Baiti Jannati turut membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL.

Inisiatif murni pihak DBKL untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU),ibu tunggalserta golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syarat Untuk Mohon Baiti Jannati

Pada korang yang tertanya-tanya golongan asnaf atau miskin tegar bandar macam mana tu? Adakah korang termasuk golongan tersebut? Jom sesama tengok video dibawah ye;

Program Baiti Jannati Perlu Diteruskan

Untuk pengetahuan korang, program ni sudah lama bermula iaitu sejak tahun lepas lagi. Alhamdulillah dah ramai penerima bantuan dari program ini meliputi pelbagai bangsa dan agama.

majlis penyerahan rumah baiti jannati

Semoga lebih banyak syarikat akan tampil untuk bekerjasama dengan pihak kementerian menerusi program ini yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan, Ciktom harapkan program Baiti Jannati dapat diteruskan dan diperkemaskini untuk lebih baik pada masa akan datang. Semoga satu hari nanti kita semua akan memiliki rumah sendiri.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Program Baiti Jannati Penuhi Impian Golongan Asnaf Memiliki Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!