Projek DIY Bakul Sampah Simple Jer

Assalamualaikum dan salam ceria.. Nak kongsikan cik tom buat projek DIY bakul sampah simple jer dari barang terpakai sediaada di rumah. Amboi bunyi tajuk projek macam besar je. Padahal buat bekas sampah je. haha…

Idea ni tercetus selepas padin pasang diecast kereta odyssey yang baru beli kat ruang tamu. Dah cabut itu ini dari rangka tu tak masuk lagi dengan plastik, memang banyak la sampah kan. Jadi padin pun merungut luahkan susah pasal takde bekas untuk buang sampah kat ruang tamu.

Sebenarnya cik tom dah pernah cakap nanti kita beli satu tong sampah kecil untuk letak kat ruang tamu tapi asyik lupa aje bila pergi kedai beli barang lain. Yelah dah tak masuk checklist memang la lupa nak beli. Bila nak guna tue baru teringat alah pesal keluar semalam lupa nak beli itu ini. Hihi..

Projek DIY Bakul Sampah Simple Jer

Projek DIY Bakul Sampah Simple Jer

Penyelesaiannya cik tom terfikir macam mana kalau buat sendiri je bakul sampah tu dengan menggunakan bahan terpakai kat rumah cik tom. Bermulalah operasi cik tom mencari bekas yang sesuai untuk dijadikan bakul sampah yang simple.

Alhamdulillah teringat ada satu botol plastik bekas air mineral 5.5L yang cik tom buat guna isi 20 ekor anak ikan keli naik kereta dari Terengganu ke Johor. Jadi bekas tu dah tak guna untuk isi air minum. Cik tom pun buat keputusan guna botol plastik tu sebab saiznya pun cantik untuk jadikan tong sampah mini. Pembalut hadiah pun memang ada yang lama tersimpan dalam travel beg.

Checklist Projek DIY Bakul Sampah Simple

  • Botol plastik air mineral 5.5L
  • Pembalut hadiah
  • Salotep
  • Gunting
  • Pembaris & Pensil

Cara-cara buat DIY Bakul Sampah Simple Jer

1.Mula-mula ambil botol plastik dan potong botolnya mengunakan gunting. Potong mengikut ketinggian bakul sampah yang korang inginkan ek. Make sure hati-hati guna gunting yang tajam.

2. Cuci dan keringkan botol yang telah dipotong. Ambil pembaris dan ukur ketinggian dan lebar bekas air.

3. Kemudian, tanda ukuran pada pembalut hadiah. Lebihkan 1-2 inci dari saiz ukuran. Gunting kertas pembalut hadiah.

4. Balut dan lekatkan pembalut hadiah pada botol menggunakan salotep. Nak guna gam pun boleh, ikut keselesaan. Lipat lebihan kertas pada bahagian atas untuk tutup kesan potong botol plastik yang tajam. Kemaskan juga bahagian bawah kertas dengan salotep.

5. Siap! *Boleh masukkan plastik untuk alas sebelum buangkan sampah ke dalamnya.

Nak lagi cantik boleh guna kertas pembalut kosong dan hiaskan guna reben. Tapi oleh sebab barang terpakai yang limited dan konsep simple, cukuplah dengan apa yang ada. Semoga padin suka dengan bakul sampah yang cik tom buatkan khas untuk dia. Hehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Projek DIY Bakul Sampah Simple Jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE