Projek Ternak Lemak Di Boat Noodle, Sunway Putra Mall

Projek Ternak Lemak Di Boat Noodle, Sunway Putra Mall

Assalamualaikum dan salam sayang…  Sebenarnya projek makan-makan di Boat Noodle, Sunway Putra Mall ini pada 19 Disember 2015 yang lepas. Dah lama benar tapi takpelah cik tom jenis tak update mana gambar di facebook atau instagram. Jadi blog ciktom.com ini sebagai salah satu diari secara online segala kenangan pahit dan manis cik tom walaupun agak lama berlalu.

Baca juga: Berpiknik sambil menternak lemak di Foodgasmfest

Sempena cuti akhir tahun lepas, cik tom ambil keputusan untuk bawak adik ika pergi jalan-jalan makan angin ke Kuala Lumpur dan stay rumah adik yaty di Sentul. Ika bersungguh bagitau cik tom yang dia rindukan darwisy anak buah cik tom. Jadi kami berdua naik bas ke sana oleh sebab cik tom tak berani nak drive di Kuala Lumpur. Hehe..

Hampir seminggu jugak kitorang kat sana. Cik tom bawak ika berjalan naik LRT ke Sogo, Jalan Tar, Masjid Jamek, Sunway Putra dan lain-lain lagi. Pada hari hujung minggu, adik Yaty nak belanja kitorang baju kat KL YES Festival di PWTC. Kisah kitorang shopping di KL YES Festival; Dimurahkan Rezeki Percuma Jubah Selama Setahun.

jalan-jalan ke sunway putra mall
Nazli, Darwisy, Cik Tom, Eda, Ika & Yati

Sebelum ke KL YES Festival, yaty dan nazli ajak nak belanje kitorang makan di Boat Noodle, Sunway Putra Mall. Senang parking kat Sunway Putra je, then dari sana just jalan kaki je naik jejantas/laluan ke PWTC.

Boat Noodle di Sunway Putra Mall

Boat noodle atau “mihun sampan” ini ialah Thai Street Food yang berasal dari Pasar Terapung di Ayutthaya. Ianya semakin popular dan diperkenalkan di pasaran Malaysia. Sambutan yang diterima memang mengalakkan dengan habit rakyat Malaysia yang suka trending bab makanan.

boat noodles di sunway putra mall

Kebiasaan sesiapa yang makan kat sini takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan mangkuk bertingkat-tingkat tingginya. Hehe..

Lokasi: Lot 4-43D, Level 4 Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 014-2451437
Waktu Operasi: 10am – 10 pm (Daily)

Menu dan Hidangan di Boat Noodle

Di bawah ialah gambar menu lama dan hidangan di Boat Noodles. Untuk menu terkini korang boleh tengok kat website Boat Noodles sebab banyak dah diorang add on menu yang lebih menarik antaranya sekarang dah ada mihun telur.

menu dan hidangan di boat noodle

Menu yang kitorang makan sudah tentulah menu utama kalau ke sini iaitu mihun bersama  dua jenis kuah yang mempunyai resepi unik, Ayutthaya dan Pathumthani. Cik tom paling suka rasa kuah Pathumthani yang masam dan pedas. Ianya diperbuat dark soy sauce. Cik tom kurang suka kuah Ayutthaya sebab rasanya yang lemak berkrim dengan rempah dan herba.

Berapa mangkuk standard kalau makan mihun di Boat Noodle?

Walaupun harga 1 mangkuk murah je RM1.90 tapi tak cukup makan semangkuk je. Kuantiti mihun dalam mangkuk tu sikit je patutlah orang makan bertingkat-tingkat. Haha..

kekenyangan makan boat noodle

Cik tom makan 3 mangkuk baru kenyang. My sis selalu makan kat sana, katanya standard 4 mangkuk sorang baru kenyang. Itu kalau orang perempuan la yang makan kalau lelaki tak sure la. Hehe..

Review Boat Noodle

Selain mihun sampan kuah Pathumthani, cik tom sukakan juga rasa side dish; Thai’s Popeye Tempura yang rangup dan garing cicah dengan kuah lemak berkrim. Untuk pencuci mulut, highly recommend Ka Num Tuay yang lemak manis rasanya. Minuman pula cik tom prefer Thai Green Tea berbanding Thai Tea yang rasanya biasa je.

Bagi cik tom rasa makanan di Boat Noodle ni memang sedap dan kena dengan selera cik tom. Padanlah selalu nampak orang beratur panjang untuk tunggu meja kosong di Boat Noodle ni. Kitorang pun time tu terpaksa tunggu hampir 15 minit jugak baru dapat meja.  Alhamdulillah penantian kitorang berbaloi.

Seronok jugak tengok live pekerja Boat Noodle ni celup2 sediakan mihun sampan a.k.a Boat Noodle. Terus rasa lapar. hihi

Model Boat Noodle
Model Cilik Pipi Labuh Boat Noodle

Cik tom sukakan juga dekorasi restoran yang unik ibarat kita di lorong jalanan Thailand. Dekorasi dengan atap zink, kerusi dan meja kayu “reja” seperti gerai di tepi jalan di Malaysia. Dindingnya pun banyak berlatarkan bangunan dan lorong jalanan di Thailand. Kalau korang sukakan restoran yang eksklusif maybe takkan gemarkan Boat Noodle.

Instagram: Myboatnoodle
Facebook : https://www.facebook.com/myboatnoodle/
Website  : http://www.boatnoodle.com.my/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “Projek Ternak Lemak Di Boat Noodle, Sunway Putra Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE