Punca dan Kesan Pemanasan Global (Global Warming)

Assalamualaikum dan salam sayang…..

Entri kali ini cik tom nak berkongsi mengenai pemanasan global atau global warming yang menjadi satu masalahalam sekitar yang serius dihadapi oleh masyarakat di seluruh dunia. Boleh dikatakan hanya sebilanganrakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.

Banyak bukti telah menunjukkan yang segala fenomena perubahan iklim kesan daripada pemanasan global. Antaranya ialah  banjir besar yang melanda Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor pada akhir tahun lepas. Kini isu kemarau yang berpanjangan sehingga terpaksa dilakukan catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: http://suhaizamzahri.wordpress.com/

Definisi dari NASA

Pemanasan global: peningkatan suhu purata permukaan bumi disebabkan oleh peningkatan tahap gas rumah hijau.

Perubahan iklim: perubahan jangka panjang dalam iklim Bumi, atau suatu kawasan di Bumi.

APA ITU PEMANASAN GLOBAL?

Pemanasan global (Global Warming) merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.

Kumpulan gas ini membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.

Semakin banyak haba yang terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

Kesan dari pemanasan global ini menyebabkan berlakunya perubahan iklim (climate change).Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.

Sumber: http://my-work-global-warming.blogspot.com/

PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL?

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijaulebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.

Sumber: http://earthcaremalaysia.blogspot.com/

1. Perindustrian

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

2. Penjanaan Tenaga Elektrik

Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.

Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.

3. Pengangkutan

Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.

KESAN PEMANASAN GLOBAL?

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

1.Peningkatan Paras Laut

*Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.

*Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

Sumber: http://earthcaremalaysia.blogspot.com/

2. Ancaman Hidupan Laut

*Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.

3. Perubahan Habitat

*Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

4. Gangguan Cuaca

*Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi. Perubahan suhuini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau.

5. Tersebar Penyakit

*Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu lama pada suhu yang tinggi.

VIDEO PENDEK DARI NATIONAL GEOGRAPHIC MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)

Sumber: http://wwf.panda.org/about_our_earth/aboutcc/how_cc_works/

LANGKAH PENCEGAHAN PEMANASAN GLOBAL

Salah satu langkah pencegahan pemanasan global yang diamalkan oleh dunia ialah menghadkan pembebasan karbon dioksida dengan mengantikan bahan api fosil kepada sumber tenaga alternatif.

Sebenarnya terdapat banyak tenaga alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak dan menyeluruh. Ini disebabkan kita terlalu bergantung hanya kepada bahan bakar fosil.

Tenaga alternatif seperti tenaga boleh baharu (TBB) iaitu tenaga solar, biomass, hidro dan biogas sebagai salah satu alternatif dalam mengurangkan pembebasan karbon dioksida.

Sumber: SEDA Malaysia

Di sini SEDA Malaysia memainkan peranan penting untuk merealisasikan tahap kelestarian pengeluaran dan perluaskan pengunaan tenaga boleh baharu (renewable energy) sebagai sumber alternatif akan datang di Malaysia. Ianya dilaksanakan melalui Sistem FiTuntuk membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu oleh industri atau individu dijual kepada syarikat utiliti kuasa(contoh: TNB, SESB & NUR) pada kadar harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Kesimpulannya, fenomena pemanasan global telah membawa perubahan tau gangguan terhadap kitaran iklim, habitat dan ekosistem. Sepertimana contoh yang nyata kita lihat di Malaysia jika sebelum ini kita dah alami banjir besar di kawasan yang tidak pernah dilanda banjir. Kini pula kita menghadapi kemarau panjang sehingga terpaksa diadakan catuan air.

Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi bantuan dalam meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan tenaga elektrik dengan berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih menyeluruh di Malaysia.

Sumber rujukan;

  1. http://seda.gov.my/
  2. http://www.nasa.gov/topics/earth/features/climate_by_any_other_name.html
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global
  4. http://suhaizamzahri.wordpress.com/2007/08/14/pemanasan-global-global-warming/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Punca dan Kesan Pemanasan Global (Global Warming)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE