Post navigation

Punca Sebenar Misbun Letak Jawatan Terbongkar | Perbezaan Pendapat

Posted on by

Jika sejak 2 minggu ini banyak isu panas dan pelbagai tekaan dari pihak media mengenai punca sebenar Misbun Sidek meletakkan jawatan sebagai jurulatih. Kini segala persoalan telah terbongkar dan diketahui berdasarkan daripada petikan akhbar berita harian.


Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan: Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih pemain perseorangan badminton negara adalah bersifat teknikal mengenai aspek kejurulatihan dan bukannya bersifat peribadi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Berdasarkan luahan hati Misbun, keputusannya meletak jawatan daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sehari sebelum tahun baru ialah berdasarkan perdekatan berbeza dalam aspek kejurulatihan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, rumusan terbabit berdasarkan pertemuannya dengan Misbun, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, malam tadi.

“Datuk Nadzmi memberi pandangannya mengenai isu yang sama dan (beliau juga) akan membawa luahan hati Misbun kepada mesyuarat exco BAM pada Rabu ini.

“Terpulang kepada exco badan induk badminton negara untuk memutuskannya dan kita mahukan mesyuarat exco BAM membuat keputusan menang-menang supaya tidak memberi kesan kepada sukan terbabit memandangkan jasa Misbuk kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, pada pertemuan terbabit Misbun turut menafikan khabar angin bahawa dirinya dan anak didiknya, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai agenda peribadi.

“Ada khabar angin mengatakan kedua-dua mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM. Misbun menafikan wujudnya perancangan tersebut,” katanya.

Chong Wei sebelum ini menyatakan hasratnya untuk keluar dari BAM dan menyertai `sifunya’ selepas Misbun, yang melatihnya selama enam tahun, meletak jawatan.-Sumber: berita harian

.

********************************************************
klik sini


This entry was posted in berita terkini by ciktom. Bookmark the permalink.

About ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

39 thoughts on “Punca Sebenar Misbun Letak Jawatan Terbongkar | Perbezaan Pendapat

  1. betul tu….hai…saya tumpang lalu yer…

    ye lah…saya pun mcam x setuju je..sebab kdg2…yang mentadbir tu..mmg lah tiptop dalam pentadbiran..tapi ada pengalaman dalam arena sukan ke?…ada ke?…mcm xde je…tapi pada saya..kalau misbun sidek nk kuar pun n chong wei nk ikut pun..xde salahnya pun…sebab igt x Choong Han?…dia buat bergerak sendiri dan ada sponsor sendiri …betul x?…

  2. yang pelik nye orang atas2 tu..
    bukan tau pasal sukan2 ni..tapi nak belagak sampai kan jurulatih pun nak di kawal..
    cara2 melatih pun diaorang nak ajar padahal tu tugas jurulatih..masuk campur macam tu la yang buat sukan kita ni tak de peningkatan pun..

  3. hmmm xtau nak komen apa..itu hak dan keputusan dia yg dia rasa terbaik.. bagi kita no need to know his excuse lah…

  4. kalau dibaca pada permulaan citer pasal misbun nih di paper macam nak gempak jer,macam besar punya hal.lastly,cuma masalah selisih pendapat jer…aduh..berhari-hari menunggu apa kisah di sebaliknya…

  5. Hai cik tom..bagi saya,masalah nie ada bgusnya..Jika misbun nk tubuhkan persatuan badminton sndiri itu adalah sesuatu yg bgus..Tetapi chong Wei dan beliau sndiri tetap akan dipggl mewakili negara..Just dr apa2 aspek diaorg nie xkn terkongkong..Cth terdekat,Ratu bowling negara dulu,Puan Shalin Zulkifli..walau dia dah join kelab pro,tp dia still mwakili negara..So its better get out & make it over..

  6. bagi saye yang tak pandai maen bedminton ni la ek..selagi mane orang yang bukan ahli campor tangan dala mane2 sukan sekali pon..selagi tu la sukan tak akan maju.

  7. bagi saye yang tak pandai maen bedminton ni la ek..selagi mane orang yang bukan ahli campor tangan dala mane2 sukan sekali pon..selagi tu la sukan tak akan maju.

  8. akak kalu bab sukan ni kureng amik port..xtau kisah ni dgn lebih lanjut..baca yg ciktom paste ni baru tau..

    xpe..adalah hikmah atas setiap yg berlaku..

  9. sapela yg dpt ganti misbun yer, bukan ramai pun yg berbakat..semoga dpt keputusan yg terbaik nt..mana en3 terbaru cik tom??bz yer cik tom??take care taw

  10. salam

    beginilah yang berlaku bila….erkkk….

    cik tom… insyallah nanti kita duduk sekali yea :D