PURE HEART BUKTI MASIH ADA YANG SAYANG

Assalamualaikum dan salam sayang… Alhamdulillah masih diberikan peluang dariNYA untuk ciktom terus menulis di blog ciktom. Sejak akhir-akhir ini, banyak pula berita kematian dikalangan saudara mara terdekat ciktom. Apa yang menyedihkan apabila ada yang menjadi ibu tunggal dan hilang punca pencarian keluarga.

Yang ciktom dapat lihat kebanyakan golongan yang memerlukan masih tidak tahu bagaimana untuk memohon saluran bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Atas rasa tanggungjawab bersama untuk perkongsian kali ini ciktom ingin kongsi salah satu program PURE HEART dari pihak Muslim Volunteer Malaysia.

 

PURE HEART MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Pada anda yang belum familiar, Muslim Volunteer Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarelawan NGO yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014 lagi. Atas dasar tanggungjawab ingin membantu golongan yang memerlukan, pihak Muslim Volunteer Malaysia kita giat menjalankan program berfasa iaitu PURE HEART MVM.

Bantuan yang diberikan bagi membantu keluarga asnaf adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan yang paling menarik ialah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit. Bantuan seperti ini memang sangat memberi kelegaan pada keluarga yang mempunyai pendapatan RM1,500 seisi keluarga.

Apa yang mengagumkan ciktom ialah hasil kejayaan program Pure Heart sehingga Muslim Volunteer Malaysia telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia dalam acara Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri  oleh pihak IM4U.

Anda nak tahu lebih lanjut mengenai persatuan sukarelawan MVM, anda boleh juga baca artikel ciktom sebelum ini: Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia.

PROGRAM PURE HEART SEMENJAK TAHUN 2016

Untuk pengetahuan anda, program Pure Heart ini sudah dilaksanakan oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia sejak dari tahun 2016 yang bermakna kini sudah masuk memasuki usia 4 tahun. Kalau budak kira dah pandai berlari, berjalan serta melompat gitu. hihi…

Jamuan Raya bersama anak-anak Asnaf

Setiap tahun, program ini akan berlangsung selama 10 bulan bermula dari bulan Februari sehinggalah ke November.

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun dijalankan program Pure Heart ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia telah berkolaborasi dengan beberapa buah sekolah kebangsaan di sekitar Selangor.

Ini bagi mengenalpasti keluarga-keluarga asnaf dengan hasil kerjasama dari pihak sekolah. Muslim Volunteer Malaysia juga menerima khidmat nasihat daripada pihak Zakat Selangor.

Antara senarai sekolah yang pernah terlibat berkolaborasi dan juga jumlah penerima  bantuan bersama Muslim Volunteer Malaysia untuk program Pure Heart ialah:

  • 2016 – Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
  • 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
  • 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
  • 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

Secara keseluruhannya, penerima bantuan dalam program Pure Heart selama 4 tahun program ini berlangsung telah membantu hampir 3,790 orang.Alhamdulillah begitu besar jumlah keluarga yang menerima bantuan dan pasti mereka merasa lega dan lebih selesa untuk meneruskan kehidupan seharian.

SIAPA LAYAK MEMOHON PURE HEART?

Pasti anda tertanya-tanya golongan bagaimana layak untuk memohon program Pure Heart? Syarat-syaratnya ialah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga dalam kategori asnaf yang berpendapatan sekitar RM1,500 ke bawah seisi keluarga.

Jika sekiranya anda atau terdapat saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga yang tersenarai seperti diatas, silalah war-warkan kepada mereka untuk memohon bantuan dari program Pure Heart ini. Saluran nak mohon nanti tunggu ciktom kongsi maklumat di hujung artikel.

3 FASA BANTUAN PURE HEART

Dari kefahaman ciktom, Pure Heart terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa bantuan asas, fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitmen.

a) FASA BANTUAN BARANGAN ASAS : Fasa ini dimana penerima bantuan akan terima satu kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan selama sebulan. Selain keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat bantuan dalam bentuk bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.

Bantuan asas kepada keluarga asnaf

b) FASA BANTUAN KEMAHIRAN : Ini inisiatif dari MVM yang ciktom sokong 100% iaitu memberi bantuan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan. Ini bantuan yang dapat dipraktiskan oleh mereka untuk mengahdapi cabaran hidup yang mendatang.

c) FASA BANTUAN KOMITMEN MVM: MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan kepada keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka.

Latihan kemahiran asas membuat roti diberikan

InsyaAllah tahun ini, MVM akan meneruskan usaha untuk membawa keluarga asnaf untuk mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang memberi komitmen penuh sepanjang program Pure Heart.

ANTARA KEMPEN DI DALAM PROGRAM PURE HEART

a) Kempen Lunch Box Junior

Ciktom salute dengan 2 inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.

b) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia

Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk bersedekah barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.

Anda boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut: Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima atau boleh hubungi 012 235 6854 (Azizi) untuk pertanyaan lanjut.

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik

Kempen ini memang bagus untuk memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. Anda boleh wakafkan buku-buku terpakai seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak atau Al-Quran dan muqaddam terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah.

Boleh hantar atau pos buku-buku tersebut di HQ Muslim Volunteer Malaysia: 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor atau boleh hubungi Azizi 012 235 6854.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

JOM BERSEDEKAH UNTUK KELUARGA ASNAF PURE HEART

Ciktom tahu ada sebilangan dari anda yang berminat nak mendaftar program Volunteer Malaysia tapi kekangan masa dan kudrat. Tapi anda berminat nak memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit? Pihak MVM membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja barangan asas dapur dan keperluan harian untuk keluarga asnaf Pure Heart.

Jom sama-sama hulurkan sumbangan

Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
  • Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Maklumat tajaan :

  • 1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
  • Sasaran = 250 keluarga
  • Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan

Untuk lihat lebih banyak pilihan tajaan, anda boleh layari web donation berikut >> https://donation.mvm.org.my/donations/pure-heart-2019/

PENAJAAN KORPORAT

Jika anda berminat nak buat penajaan korporat, apply bantuan, ingin berkolaborasi, nak daftar Volunteer Malaysia atau sebarang pertanyaan berkaitan program yang diperkenalkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.

Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM: 012 235 6854 atau email: fund@mvm.org.my.

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia

Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854 

Website: http://www.mvm.org.my

Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia

Twitter: https://twitter.com/volunteermvm

Pada yang berminat untuk sertai program sukarelawan Malaysia bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), boleh mendaftar untuk sertai pelbagai aktiviti sukarelawan menarik.

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Semoga segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini, dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan. Jomlah kita bersama membantu mereka dengan memberikan sedekah mengikut kemampuan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “PURE HEART BUKTI MASIH ADA YANG SAYANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!