Post navigation

Radix Fried Chicken Kuala Terengganu | Service dan Menu Makanan

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….

Sebelum ni, cik tom pernah promote Radix Fried Chicken (RFC) di bandar Kuala Terengganu kat SINI. Ramai bertanya cik tom pernah pergi makan ker x?? Best x?? Dan macam2 lagi la. Jawapannya cik tom dah pergi beli masa 5/12/2010 yang lepas. So, cik tom nak komen la service dan juga menu makanan RFC ni. Jom layan;

KOMEN CIK TOM;

  • Pekerja lambat bertindak. Satu-satu order makan masa nak ambil. Meja yang kotor pun lambat bersih. Diorang lagi suka bersembang sesama diorang+kawan yang datang singgah ke kedai.
  • Tempat yang agak berselerak dan tak tersusun dibahagian ruang makanan.
  • Cik tom dan abang beratur hampir sejam baru dapat turn nak order. Bila sampai turn pulak dia cakap “Maaf segala order hanya untuk bungkus sebab dah nak tutup”.
  • Abang cik tom beli Radix Mega set B,wedges dan karipap. Nak beli burger dah habis.
  • Untuk Radix Mega Set B , 2 botol air 1.5 L dah habis tapi cuma digantikan dengan 4 gelas air yang jenis plastik tue. Cukup ker untuk topup air botol yang 3.0 L??
  • Bila kitaorang balik pulak baru sedar ketiga-tiga bekas semuanya coleslaw. Takde pun mashed potato. Huwaaa ;(

CADANGAN CIK TOM;

  • Sekarang dah ade 2 kaunter RFC kan. So seeloknya tambah satu lagi kaunter untuk mengelakkan barisan yang panjang.
  • Latih pekerja untuk bekerja dengan lebih aktif, bersemangat dan cepat bertindak.
  • Pantau segala kebersihan tempat service makanan.
  • Pekerja lelaki disarankan memakai topi or apa-apa untuk menutup kepala.
  • Ada seorang manager/assistant manager untuk pantau segala kerja di bahagian hadapan RFC.
  • Menyediakan perkhidmatan WIFI.
  • Tak nampak pun box suggestion?? Kalau memang belum ade, disarankan letak ye. Nak berbisnes ni kena tau feedback dari customer macam mana ;)

Amboi demandnya cik tom. Pasni boleh apply assitant manager kat sana. Hehe…

PUJIAN CIK TOM;

  • Ayam goreng spicy yang sedap, besar dan tak muak dimakan. Rasa isi ayam ni memang manis (bukan manis gula tapi cam mana nak describe ye..tapi bestlah!). Memang berbeza dengan ayam goreng di fast food lain.
  • Pada yang tak suka spicy boleh makan ayam goreng perasa herba.
  • Karipapnya yang best. Isinya penuh padat. First time kot makan karipap yang isi full camtu. Biasa isinya separuh je.
  • Wedges pun sama sedap. Tapi kalau taruk lagi banyak cheese lagi best!hehe ..
  • Susun atur restoran RFC yang unik dan cantik bagi cik tom.
  • Cara pemakaian pekerja yang kemas dan sedap mata memandang. Takdelah terdedah sana dan sini or muka macam pelakon opera. Huhu ;P



Ada yang cakap harga rfc ni sama je dengan harga fast food lain. Ye ke?? Cik tom rasa harga RFC lagi murah dan berpatutan berbanding fast food lain. Yang penting makanan ni insyAllah dijamin halal.

Maaf ye pihak RFC, segala komen,cadangan dan pujian ni bukan untuk downkan bisnes bumiputera tapi untuk up kan lagi. Semoga pihak RFC dapat memperbaiki servis restoran korang untuk masa akan datang. Tingkatkanlah kualiti dan service korang kepada customer. Ingatlah “Customer is always right”. Harap tahun depan tahun yang bagus untuk up kan lagi bisnes RFC.

p/s: jom cuba rfc dan komen sendiri :)

********************************************************
klik sini

This entry was posted in review by ciktom. Bookmark the permalink.

About ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

35 thoughts on “Radix Fried Chicken Kuala Terengganu | Service dan Menu Makanan

  1. mule2 bce td ingatkn macam tak best je pastu dah bce abis rase mcm nak try lah ble blk tganu nnti..hehe, ciktom blanje pls.. ;)

  2. cik tom, saya tak pernah rasa lagi, tapi adik saya yg pernah makan, kat kedah, dia cakap ayam dia kureng sikit, lembik & cepat muak. kita kalau boleh nak la support bisnes org islam ni kan, halal dah pasti, tapi kalau mcm ni servisnya, mcm mana nak tarik pelanggan, memang payah mulanya, tapi bila servis bagus, makanan berkualiti, konfem yang lain akan datang lagi kan…

    MUSH

  3. kedai baru buka kot ciktom……kat ASetar dulu pum camg2….

    lama2 ok..apa pun kita sokong barangan muslim

  4. kat kluang ni..radix ade 2..radix ciken house n radix fred ciken..dekat2 pulak tu..
    tp kat sini radix bagus2..tak mcm ciktom komen kat atas..
    maybe sbb da lame kot
    hmm
    sy suke mashed potato n nugget..lg sedap dr kepsi.
    tiap minggu mesti atleast beli sekali
    hehe=)

  5. rfc kat sg petani masa mula2 bukak mmg ramai giler org, berjam2 kena beratur….

    tp skang da ok, cuma bila mkn byk kali rasa muak pulak:)

  6. RFC… kat area slangor ngn kl xbukak lgi..
    klu ade blh la rase…
    pasal pekerja lmbt bertindak tu mybe la sbb mngmt kat RFC blom btol2 mntap.. yela, bru bukak kan…
    dlu afiq ade gak keje kat fast food nih.. mgkin new worker kne ade yg pantau tuk tgk performance dorg dlm serve customer..
    cm afiq dlu ade 1 mnt je nk siapkan order.. klu lmbat, tgu je la manager bebel… hehe

  7. hohohoh RFC mmg best
    tapi ye lah kan ;D
    kdg2 kalau lmbt sgt tnggu semata2 nk makan..
    bkn sbb xnak support jer ;D

  8. ouh…kat belakang pejabat yayasan kan?..hehehe…bagus kita kean bag pendapat supaya mereka terus maju.. =)

  9. Wahh~ Kat sana jeke ada? Alaa, nak cuba gak. Takkan nak ke sana? Haha :P

    Nanti Shag bukak restoran, kompem Shag hire Cik Tom. Tak payah hantar resume pun. Kiki.

  10. Pergh ~ Hebat.. hehe.. ni kalau Radix nampak.. konfom jadi penasihat pemasaran.. hehe.. memang berbaloi kalau Radix nampak cik tom punya komen.. hehe..

  11. wah cik tom.. pergi tak ajak tok skali yer.. xpe2.. ehhe

    Hurm, baru semalam terbaca kat laman HPA yang RFC dah buka sejak 2/12 hahah ketinggalan betul kan tok.. nanti balik nak suh cik tom belanja.. haha boleh??

  12. dh pernah pi RFC kt jitra best..kt tganu to rmai sgt org tu psl lmbt ambik & siap order. wedges dia lgi byk dr KFC. sedap..burger isinya ayam grng bkn dging cm burger segera yg lain.

  13. betul tu cik tom..

    hari tu weeda gi sana punya la lama beratur..dorang wat keje slow sangat..pastu tanya 2 3 kali kita order pe..

    ayam dia sedap kan..ngee~

    • selamat singgah ke RFC ye..ciktom pun dah lama xpergi sebab service lambat sangat..dah komplain pun tak berubah..kui3 ;p