Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Cik tom nak mulakan entri dengan bertanyakan pada diri korang semua; “Adakah korang rasakan diri korang cantik??“

Mesti ada yang malu-malu nak mengaku dia cantik kan. Hehe… Tak kurang pulak akan cakap saya tak cantik pun, biase je. Sobsob.. ;(

Saya cantik ke comel?
Saya cantik ke comel?

Kalau kita kata diri kita tak cantik? Siapa yang buat kita? Allah yang mencipta kita kan? Kalau kita mengutuk orang lain atau diri kita sendiri tidak cantik bermakna kita mengutuk ciptaan Allah.

Kita memang selalu merasa tidak puas dengan apa yang Allah kurniakan pada kita sedangkan ada ramai diluar sana kurang bernasib baik apabila dilahirkan buta, bisu, pekak, kudung tangan atau kakinya. Ucapkanlah syukur ALHAMDULILLAH kita dilahirkan sempurna anggota tubuh badan.

Ramai wanita yang terlampau taksub untuk mengatasi kekurangan diri sehingga ada yang nekad melakukan pembedahan plastik untuk mengubah ciptaan Allah. Yang terlalu besar dikecilkan manakala yang kecil dibesarkan pulak. Tue belum dikira dengan perbelanjaan yang ditanggung demi untuk sebuah wajah dan tubuh yang kononnya “lebih cantik”.

Hasilnya cantik ker????

Muka selepas dan sebelum pembedahan plastik
Muka selepas dan sebelum pembedahan plastik. Sumber: amekaw.com

Maaf gambar kat atas nak buka aib minah salleh ni tau. Sebagai teladan kita bersama ye. Hamba Allah di atas begitu taksub melakukan pembedahan plastik semenjak dari muda. Hasilnya ia memberi risiko kepada rupa dan kesihatan (kalau tak dalam masa terdekat, maybe jangka masa panjang). Hasilnya rupanya makin hodoh. Pasti ada hikmahnya bagi setiap larangan yang Allah melarang umatNYA mengubah paras rupa.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan cantik? Bagaimanakah yang didefinisikan cantik pada pandangan korang?

Sinonim cantik
Sinonim cantik. Sumber: nurulazura

Cantik itu sendiri membawa maksud yang subjektif bergantung pada pandangan setiap orang yang pastinya berbeza. Ada yang mengatakan cantik itu dilihat pada rupa paras dan fizikal seseorang.  Ada yang mengatakan cantik itu dilihat pada hati, jika hati cantik maka cantiklah luarannya.

Wanita dengan keinginan untuk cantik memang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Demi sebuah perkataan pujian cantik, wanita sanggup mencuba pelbagai komestik merbahaya serta membayar berapapun harga yang diminta. Tapi itukah rahsia untuk satu kecantikan pada seorang wanita? Sudah pastinya tidak!

Bahaya produk kecantikan mengandungi bahan kimia
Bahaya produk kecantikan mengandungi bahan kimia. Sumber: Najihah

Produk berasaskan bahan kimia merbahaya memang menjanjikan kecantikan yang segera tetapi ianya boleh memberi kesan sampingan yang lebih dahsyat sehingga menjadi punca sel kanser merosakkan kulit. Kesannya boleh menjadi mimpi ngeri yang menjadi igauan hidup. Korang nak ke jadi camtu? Ishhh…. mesti tak nakkk kannnn….

Kesan penggunaan produk kecantikan kimia merbahaya
Kesan penggunaan produk kecantikan kimia merbahaya

So, kita sebagai wanita di alaf baru ni harus lebih bijak untuk menyerlahkan kecantikan dalaman serta luaran yang terdapat dalam diri kita. Bagaimana agaknya?

Kecantikan dalam diri harus dimulakan dengan mensyukuri segala nikmat yang dimiliki dan tidak berlebihan dalam semua aspek. Terima dan cintailah bentuk tubuh badan kita sedanya samaada kurus, gemuk, tinggi, rendah, kasar, lembut, kemek. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya dan jangan membandingkan diri kita dengan wanita lain. Jangan asyik melihat kekurangan pada diri kita sebagai wanita. Tapi lihat pada kelebihan diri kita dan tingkatkan KEYAKINAN DIRI dengan memberikan semangat untuk sentiasa nampak cantik dalam kehidupan seharian.

Elakkan diri dengan perasaan iri hati atau dengki apabila melihat kecantikan wanita lain. Tetapi hadapilah orang lain dengan penuh rasa percaya diri, bahawa kita punya kelebihan dan CANTIK. Elakkan negatif thinking ye.

Kita sebagai kaum wanita tidak harus meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri kita. Ianya dibolehkan asalkan kita tahu seimbangkan bila masa perlu ia tonjolkan dan bila masa pula ia perlu disembunyikan. Kita perlu memastikan kebersihan badan, wajah dan semua yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Cara wanita moden masa kini lebih suka menyerlahkan dan mengekalkan kecantikan diri  dengan melakukan rawatan di spa atau pusat rawatan bertauliah.

Sekarang ni pelbagai jenis spa yang ada bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. So, spa bagaimana yang perlu dikunjungi? Sebaiknya Spa yang tidak bercampur baur lelaki dan wanita serta keadaan bilik rawatan yang selesa untuk memanjakan diri. Sebelum mendapat rawatan, persoalan kos perlu kita amik perhatian dan pertimbangan supaya tidak berlaku kes perbelanjaan yang berlebihan ye.

Spa berkonsepkan moden-kotemporari (gabungan moden dan tradisional)
Spa berkonsepkan moden-kotemporari (gabungan moden dan tradisional) di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre

Antara pilihan spa yang ada khusus untuk wanita sahaja ialah Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. So, nanti baru senang hati suami atau boyfriend nak bagi izin massage lama-lama kat sana. Kalau tau ada servis lelaki confirm suami jeles kan. hehe…

Malahan yang best spa ini menawarkan harga yang berpatutan dengan pelbagai servis rawatan kulit serta badan berkualiti yang disediakan. Siap ada promosi lagi istimewa untuk bulan Mac. For those yang nak kahwin boleh amik full treatment sebelum kahwin. Baru la nampak lagi berseri-seri kan?

Body massages. Sumber: Anjung Jelita
Body massages. Sumber: Anjung Jelita

Untuk pakej harga bagi servis rawatan lain boleh lihat di>> SERVICE.

Lagi bagus bahan produk badan di spa Anjung Jelita tidak mengandungi bahan kimia iaitu 100% diperbuat dari organik tanpa bahan pengawet. Takdelah bimbang nak dapatkan rawatan kat sini sebab tak gunakan bahan kimia kan.

Bilik-bilik rawatan kat sini pun luas dan cantik yang memberi keselesaan untuk customer mendapatkan rawatan kecantikan di sini. Best tengok setiap bilik disediakan lilin aromaterapi mesti tenang je bila bau aromaterapi dari lilin time massage. Confirm lelap dibuai mimpi. Perggh dah terbayang-bayang duk massage ni. haha..

Wanita alaf baru memang suka memanjakan diri dengan urutan badan, muka serta aromaterapi. Masa di spa ini la kita dapat luangkan diri dengan merehat dan memanjakan diri dari kerja seharian di pejabat atau di rumah.

Hilang semua stress kerja kat ofis atau kerja kat rumah kan. Bila lagi nak manjakan diri sendiri? Sayangilah diri kita dengan memanjakan diri kita sekali sekala di spa. hehe…

Kalau badan dah cukup rest, treatment, bertenaga barulah lagi berseri-seri wajah kan dan terserlah kecantikan pada diri. Takdelah asyik nampak sembab je muka dan badan yang asyik letih stress dengan kerja

Selain ber “spa”, jangan dilupakan juga pemakanan yang seimbang sangat penting kerana kecantikan bermula dari dalaman. Sekiranya dalaman badan sihat, luarannya turut akan sempurna. InsyaAllah…

Untuk lihat maklumat lanjut mengenai spa ini boleh layari fanpage; Fanpage Anjung Jelita atau website Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.

Contest Rahsia kecantikan Wanita Alaf Baru dianjurkan oleh Denaihati.com dan ditaja oleh Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE