Rahsia Nama Email Bongkar Peribadi

Kali ini cik tom nak share artikel yang cik tom jumpa mengenai rahsia keperibadian seseorang melalui alamat atau nama email yang digunakan. Ada sesetengah orang hanya buat atau memilih nama email hanya disebabkan ikut trend semasa tapi tanpa disedari setiap pemilihan nama email tue sebenarnya secara tidak langsung mewakili personaliti dan peribadi seseorang.

Nama Penuh
contoh : sitizulaikhamdrushdi@gmail.com
Ia menggambarkan bahawa korang seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Korang juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatan. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkan korang.

Nama Depan Dan Tengah
contoh : sitizulaikha@gmail.com
Tanpa nama bapa ia menunjukkan bahawa korang seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu korang juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
contoh : sitizulaikha2011@gmail.com
Korang dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapat yang korang usulkan. Selain itu korang juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan korang tidak luas pandangan. Pendek kata korang juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
contoh : ika@yahoo.com
Paling ramai yang suka buat nama email ni. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

 

Nombor Dan Abjad
contoh : ika_22@yahoo.com
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak kirim salam sahajalah.

************************

Dah baca dan perhatikan nama email yang korang guna? Mana satu kategori peribadi korang dari senarai kat atas. Korang rasa ada kebenaran peribadi dengan email yang korang guna? Tapi korang jangan percaya bulat-bulat artikel ni ye sebab ia dibuat hanya berdasarkan suka-suka je.

Sumber: Rahsia Keperibadian Di Sebalik Alamat e-mel Seseorang

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

79 thoughts on “Rahsia Nama Email Bongkar Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!