Rahsia Terbesar Hidupku

Rahsia?? Rahsia apa tue?? Kalau bab rahsia ni memang biasanya ramai suka dan interested nak tahu. Lagi boleh korek rahsia tue akan dikorek hingga ke lubang cacing. Huhu. Ni kira rahsia terbesar hidup cik tom. Cik tom banyak rahsia tapi ni rahsia cik tom paling malu nak bagitahu kat orang lain. Nak tahu rahsia apa?

Hurm.. Ni rahsia berkaitan dengan Siapakah kakak?? Di dalam entry tue , cik tom ada cerita yang cik tom selalu disalah anggap muda dari usia sebenar kerana fizikal cik tom yang rendah berbanding adik2 yang lain. Cik tom rasa sebabnye berkaitan dengan rahsia ni. Erkk bebel panjang pulak. Mesti ramai tak sabar-sabar nak tahu ni. (perasan giler padahal takde yang peduli pun. Huhu)

Rahsia cik tom tue ialah

*

*

*

*

*

Cik tom tak pernah makan nasi dari kecil hinggalah umur cik tom mencecah 16 tahun.huhu.. Korang percaya tak?? Miahaha.. tapi ni kisah betul tak main-main tau. Dari lahir sampai 5 tahun, cik tom minum susu botol je, tak makan makanan lain pun. Setelah dipaksa oleh nenek, emak cik tom ikhtiarkan jugak bagi stop minum susu dan akhirnya berjaya tapi cik tom tak mahu makan nasi pulak. Masa tue cik tom makan semua makanan lain selain nasi. Erk tipu ade lagi, cik tom tak makan sayur dan juga ikan. Hehe..

Dan semenjak kecil cik tom ni dah terbiasa jumpa doktor kerana penyakit pelik ni. Tapi doktor tue cakap takpe asalkan cik tom makan menda lain sebab mat saleh pun tak makan nasi. Effect tak makan nasi, sayur dan ikan ni buatkan antibodi cik tom lemah dan selalu sakit la. Dan mungkin jugak menyebabkan cik tom menjadi kontot. miahaha..

Mesti ada yang tertanya eh macam mana pulak masa 16 tahun tue tiba2 cik tom boleh makan nasi? Ceritanya ialah masa form 4 tue cik tom dapat masuk sekolah berasrama penuh. So tak dapat la nak memilih makanan kan. Masa tue parent cik tom nak bagitahu kat pengetua tapi cik tom malu beb. Kan dah besar malu la kalau semua orang tahu. Masa kecil pun dah glamer kat kampung sebab tak makan nasi cuma tak masuk dalam paper je. Hehe.

Dari situ la cik tom paksa diri belajar makan nasi. Perasaan first time makan nasi tue rasa macam makan pasir je. hehe.. First nasi yang cik tom cuba makan ialah nasi ayam. Dan dari situ jugalah cik tom start suka makan tomato sampai sekarang. Huhu.. Tahap cik tom tak suka nasi memang teruk giler. Kalau ada nasi melekat kat badan akan cik tom mandi 1 badan. Abang-abang pulak nakal suka sangat usik cik tom. Abang sengaja letak nasi atas lantai la. Konpem cik tom tak akan lalu jalan tue. Huhu..

Erkk tue je kot kisah rahsia terbesar hidupku. Huhu.. Cik tom dapat buat kesimpulan sesuatu yang berlaku tue hanyalah mind set cik tom je iaitu aku tak boleh makan nasi. Tapi bila keadaan berubah/terpaksa, cik tom telah memecahkan mind set cik tom hingga boleh makan nasi. Ni samalah macam β€œaku tak pandai macam orang lain”, tue semua mind set je. Sebenarnya setiap dari kita ni dilahirkan pandai tapi semuanya atas diri kita sendiri sama ada nak berusaha atau terus dengan mind set yang aku tak pandai. So segalanya mungkin, tingkatkanlah keyakinan diri untuk berusaha sehingga berjaya.

p/s: Cik tom akan terus berusaha sehingga dapat kerja. Huhu..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

78 thoughts on “Rahsia Terbesar Hidupku

  • September 25, 2010 at 12:25 pm
    Permalink

    haha….amat dramatik skali ya! makan nasik macam makan pasir? tak dpt nak bayang macam mana tuh…dulu ada gak baca kat majalah mana ntah,pasal budak yg minum susu jew,tak makan menda lain….dia mungkin sama spesis ngan anda ya! tahniah kpd anda! haha!

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:36 pm
    Permalink

    tak sangka cik tom tak makan nasi..biasanya org yg minum susu memang tak suka mkn nasi sbb susu tu pun dh kenyang, ni terjadi dkt anak akak masa dia kecik..tp cik tom agak lama jugak smpai umur 16th baru jamah nasi…kesian cik tom tp xpe cik tom bijak orangnye…

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:41 pm
    Permalink

    woah, pelik gak cik tom ni.. hekhek..
    tp biar pun bdn kecik, jnji sihat suda ckop.. hehe =)

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:41 pm
    Permalink

    saya pun ade cousin yang langsung xsentuh nasi sampai sekarang..hehe..tapi kira hebat lah cik tom boleh pakse jugak last2 dapat juga makan nasi ni..

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:42 pm
    Permalink

    ye ke cik tom? siannya. org ni bole mkn nasi tp sengaja xnk plak sbb nk jg bdn. hhihihi

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:52 pm
    Permalink

    @encik MT:rahsia cik tom yg paling dramatik..huhu…yup itu salah seorang geng cik tom gak..haha..

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:53 pm
    Permalink

    @sweetsal:tue la sebab cik tom seorang yang degil..xmo makan nasi..bl terpaksa br belajar makan..hehe

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:55 pm
    Permalink

    @pinky: mmg tak dinafikan cik tom seorg yg pelik..miahaha..betul2 xpe badan kecik asal sihat…tp cik tom slalu gak sakit…ngeh3..

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:56 pm
    Permalink

    @zuhanis: wow ade geng..hanis bagi link cik tom ni suruh kazen hanis baca..yang semua tue mindset je la..hehe

    Reply
  • September 25, 2010 at 12:57 pm
    Permalink

    @poyaty: yup yunk..tiada rekaan..itu la rahsia hidup cik tom…huhu…

    Reply
  • September 25, 2010 at 2:01 pm
    Permalink

    wahh.. class u cik tom tak makan nasik.. hakhak πŸ˜›

    Reply
  • September 25, 2010 at 2:42 pm
    Permalink

    owh ye ke…dasyat cik tom tak makan nasi…hehe..takpe2,,now da boleh makan kan…mak yaty tak makan ayam sejak dari kecil until now..hehe

    Reply
  • September 25, 2010 at 2:57 pm
    Permalink

    @nad: erk..clas??cam sengal ade la..hihi

    Reply
  • September 25, 2010 at 2:59 pm
    Permalink

    @yaty:takde dahsyat pun..tue cerita dulu2…skang dah makan tp not my fevret la..hihi

    Reply
  • September 25, 2010 at 3:01 pm
    Permalink

    wahhhh nt nak tabur nasik le bila jumpa cik tom…

    p/s: imbas memori balik miahaha

    Reply
  • September 25, 2010 at 3:08 pm
    Permalink

    @miss xyz: haha…kalo miss buat cik tom geletek miss..

    Reply
  • September 25, 2010 at 3:13 pm
    Permalink

    Aku plak kan tak suka makan ubat..
    Camne tu?
    Lg2 pil..
    OMG!!!!!!!!!!!!!!!!
    Bukan x pndai..
    Dulu penah mkn ubat pil, then skrg tetiba x sk plak and pyh je nak msok..
    Adoiiiiii..
    Pening aku tau ble aku demam..
    Sbb nye x nak mkn ubat..

    Reply
  • September 25, 2010 at 3:18 pm
    Permalink

    @tieah: wah ko menbongkar rahsia ko kat sini..hehe…cik tom dah terbiasa makan ubat..sekali telan je kalo 4 jenis pil kapsul tue…huhu…

    tips: letak ubat atas lidah dalam mulut(kalau boleh smpi anak tekak) pastu cepat2 minum air dengan kuantiti yang banyak..huhu

    Reply
  • September 25, 2010 at 3:28 pm
    Permalink

    dah t'bongkar rhsia cik tom..mmg rahsia bsr nie..huhu..tp skanmg dah mkn nasi kan..klu x mkn jgak nti kena khwin ngan mat saleh la..hehe..x pun ajr suami cik tom x mkn nasi gak..huhu

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:00 pm
    Permalink

    aku tabiat tak makan western food. sebab MAHAL….. ha ha…………….

    tabiat tu datang time2 tengah bulan ja…… =)

    pelik tul tebiat cik tom……….. naseb bek sihat membesar…..

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:03 pm
    Permalink

    @fyza: hehe..tue la dulu selalu mak cik2 usik besar nati kawin ngan mat saleh la..ntahh2 jadik doa kawin ngan mat saleh betul..miahaha~

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:04 pm
    Permalink

    @sofia: pelik tabiat cik pia mai tengah2 bulan je ni..haha..

    Reply
  • September 25, 2010 at 4:26 pm
    Permalink

    eh,sama la..
    kite pom xmkn nasi jugak..
    kte makan beras je..

    woha!!

    Reply
  • September 25, 2010 at 5:08 pm
    Permalink

    hehehhee…rahsia ciktom dah tau…nanti jumpa ellen akan menangis kalo cikTom tak nak makan nasi ngan ellen…huahuahua

    Reply
  • September 25, 2010 at 6:25 pm
    Permalink

    beraninya dedah rhsia sndiri…

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:33 am
    Permalink

    cik tom ni mcm kawan crayon la. tak penah mkn nasik sejak lahir. skrg umur dah 26. Lagi dasyat kan. makan nasik je muntah. Bau nasik je muntah. tetiap ari mkn mee or megi je. muka ganas tp bau ganas je muntah.heheh

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:59 am
    Permalink

    @azrul: kalo ko makan beras je konpem tercekik..keras tue..haha

    Reply
  • September 26, 2010 at 2:03 am
    Permalink

    @ellen: ye la ellen sayang..nati kita makan 2 pinggan nasik lagi..kui3 ;p

    Reply
  • September 26, 2010 at 2:04 am
    Permalink

    @seepot: rahsia nie berani didedahkan kerana ramai yang tak mengenali diri cik tom..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 2:06 am
    Permalink

    @crayon: haha..dulu cik tom macam tue jugak..try makan muntah..tersentuh jadik geli dan macam2lah..tp sebenarnye tak mustahil kawan crayon tue akan boleh mkn gak nasi suatu hari nati cam cik tom..sumthing will change him..lalala~

    Reply
  • September 26, 2010 at 2:28 am
    Permalink

    sangat unik…first time jumpa org mcm cik tom ni..
    slalu jumpa org yang tak makan bawang jer..hehe

    Reply
  • September 26, 2010 at 3:00 am
    Permalink

    @akulife: unik ker pelik??kui3…

    Reply
  • September 26, 2010 at 3:43 am
    Permalink

    unik betol ciktom ya….yang aku jumpa ada orang tu pantang tengok nasi nak bedal ja…wpun dh makn menda lin

    Reply
  • September 26, 2010 at 3:52 am
    Permalink

    x mkn nasi ler suami nanti…haha…

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:05 am
    Permalink

    wahh bia benar cik tom?? nasik tu mknan ruji kot. hehe pattlaa… πŸ™‚
    haha yang penting nasik sekarang dah x rasa macam pasir da kan? ke kena mandi satu badan gak kalau nasik melekat kat badan? πŸ˜›

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:32 am
    Permalink

    Wahhh.. rahsia cik tom ni mmg len dari yg len kot. siap boleh describe mcm makan pasir. mujur la sekarang dah makan nasi. masa kat asrama dulu ada sorang budak laki ni tak makan nasi jugak. dia suka minum milo je. Then kitorg panggil dia ADEK MILO! Heheh.. kesah ni seperti cik tom la… So, tiada simptom yg mengatakan tak mkn nasi adalah pelik. hihihi~~~

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:34 am
    Permalink

    chayok2 cik tom.
    moga dpt keje..
    hehe.. πŸ˜€

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:45 am
    Permalink

    @[email protected]: unik tak unik itulah diriku..huhu…nasi not my fevret smpi skang..kalo xmakan sebulan pun xpe..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:46 am
    Permalink

    @rush D: kesian kat bakal suamiku..hehe

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:47 am
    Permalink

    @afiq: miahaha…semua tue dah tak berlaku lagi..tue cerita zaman cik tom sekolah la..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:49 am
    Permalink

    @anna: mmg fevret cik tom time tak makan nasi ialah milo dan juga susu anlene..hehe…mengenyangkan πŸ™‚

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:49 am
    Permalink

    @paradoks: tenkiu dear πŸ˜‰

    Reply
  • September 26, 2010 at 5:01 am
    Permalink

    huyoooo~
    boleyh plak macam tuh
    tp syukur skrang dah mkan nasi kan
    suke tomato lagi
    gud2

    Reply
  • September 26, 2010 at 5:09 am
    Permalink

    @anis: ntah la masa tue kecil lagi tak pikir matang kot..hehe..yup alhamdulillah skang tomato dan sayuran my fevret gak..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 7:23 am
    Permalink

    anish ade sorg mmbr tak mkn nasi juge (till now) duk kolej ni, tak mkn nasi ganti dgn roti.
    bdn dia kecik molep n kulit dia comey jah !
    huhu

    tp cik tom kenelah mkn nasi, ksihatan tu ! πŸ˜‰

    Reply
  • September 26, 2010 at 8:56 am
    Permalink

    @anish: tue cerita dulu..sekarang dah makan tapi tak selalu jugak..cik tom xkurus n kulit pun xcomey..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 8:58 am
    Permalink

    bagus nye kalau akak tak suke nasik..
    mesti tak payah susah2 diet macam nak mati..tapi sayur tu kena makn la..

    Reply
  • September 26, 2010 at 9:19 am
    Permalink

    @diana: susah la akak kalo tak suka makan nasi ni ssbnya nasi tuekan makanan ruji pnduduk malaysia..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 9:39 am
    Permalink

    cik tom..mmg rahsia terbesar ni..
    tp skg artis2 salu xmakan nasi sbb nak kurus badan…
    skg alergik camtu lg x cik tom..klu terkena bdn nak mandi?pelik la cik tom ni..hehe..skg suka minum susu lg x?

    Reply
  • September 26, 2010 at 10:42 am
    Permalink

    Jimat beras.. haha.. Tapi xmakan nasi pun xsebrapa penting.. Asal makan.. makanan lain ada provide kabohidrat jg mcm nc.. Cuma mentaliti orang jak rsa lain bila kebiasaan itu tidak di buat.. hehe.. Tapi.. rahsia dah terbongkar.. ahakz.. ala.. konfom cik tom tak minat makan nc ayam tomato.. gaga~

    Reply
  • September 26, 2010 at 11:17 am
    Permalink

    whoaa…
    x mkn nasik rupanya…
    patut name tomato gurl…
    tp klu cik tom terlebih suka mkn nasi
    sure cik tom guna nick nasi gurl lak…

    kuikuikui

    Reply
  • September 26, 2010 at 11:21 am
    Permalink

    ahaha..ciktom,leh geng neh..same kecik same tak makan nasik,haha..tpi chekleen skang paksa diri makan,huhu..

    adik2 chekleen lagi beso dari chekleen..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 11:39 am
    Permalink

    sekarang makan nasi x ciktom?

    Reply
  • September 26, 2010 at 11:51 am
    Permalink

    pergh!!dasat2..hihi…tp xthn tue smp siap mandi kalu kena nasi??ahha..cam alergik gle nie..haha..my kazen pun ade gak xmkn nasi smp skrg..umur die bru 12thn..punye dasat..xblh lgsg..kfc je die tau..haha..owh ye..die lelaki tau!miahaha

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:11 pm
    Permalink

    PUPUT: artis tak makan nasi sebab diet la..hihi…cik tom dulu macam alergik la lebih kurangnye..huhu..skang dah makan..tp not my fevret la..cam arini tak makan nasi lgsg..huhu

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:13 pm
    Permalink

    @aretikz: ops rahsiaku dah terbongkar kt semua blogger..mmg jimat..zakat fitrah pun murah je..hehe…

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:15 pm
    Permalink

    belalang: cik tom pun rasa camtu gak..miahaha~

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:18 pm
    Permalink

    @miss chekleen: eh ade geng blogger sm tak makan nasi gak rupanye…huhu..tp skang dah makan la yunk..hihi

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:20 pm
    Permalink

    @budak nakal: skang dah makan la..tapi tengok hari..tak selalu..hik3 ;p

    Reply
  • September 26, 2010 at 12:22 pm
    Permalink

    @ifa: haha..tue citer alergik masa sekolah dulu..skang tak dah…adeh nape sepupu ifa tue umo 12 tahun??kalo tak leh amik calon suami..haha

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:02 pm
    Permalink

    waahhhh.gila best tak makan nasi dri kecik.mesti kurus.ekekeeke

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:35 pm
    Permalink

    buruknya perangai.. memilih x makan nasik yer.. hahaha..

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:35 pm
    Permalink

    @kila: tak kurus pun sebab cik tom still makan makanan lain..1 lg cik tom suka minum susu..tue pasal tak kurus..ekekee

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:37 pm
    Permalink

    @asada: haha..tue la perangai buruk ku…kui3..

    Reply
  • September 26, 2010 at 4:51 pm
    Permalink

    huhuh…cik tommmmmm echah xnak makana nasi gakkk..tp xbolehhhh..uwaaa..heeheh

    Reply
  • September 26, 2010 at 5:32 pm
    Permalink

    @echah: jum tak yah makan nasi sok..kui3..

    Reply
  • September 27, 2010 at 7:53 pm
    Permalink

    boring kalau selalu makan nasi, sekali sekala kena tukar makan laksa, mee, kuey teaw, burger dan sebagainya. makan nasi banyak sangat pun tak elok kalau malas bersenam.

    Reply
  • September 28, 2010 at 3:12 am
    Permalink

    @masa: hehe..betul borink..tapi penduduk kat malaysia ni tak borink sebab dah tue makanan ruji/asasi kat sini…hihi

    Reply
  • October 4, 2010 at 2:57 am
    Permalink

    siyesly??
    wah kagum la ngan cik tom…
    ema law xmakan nasi sehari rasa cam xlengkap hidup..hahahaha

    Reply
  • October 4, 2010 at 9:31 am
    Permalink

    @ema: yup siyezly..ni la rahsia hidup cik tom..hehe..tak yahlah kagum sebab ramai anggap pelik lagi adelah..huhu

    Reply
  • October 7, 2010 at 1:12 am
    Permalink

    cik tom..

    sama ngan anak akak..ahmad..cam cik tom la kalau dh ada nasi lekat kt badan….confirm mandi….he3…dia ckp busuk…makanan asasi ahmad adalah keropok, roti, biskut & mee sup/rebus…..

    Reply
  • October 7, 2010 at 1:25 am
    Permalink

    @syamila: anak akak umur berapa tahun??wah mandi macam cik tom jugak kalau nasi lekat kat badan??boleh geng ni..hihi..makan asasi ahmad tue sama macam cik tom jugak dulu roti, biskut dan mee.. mee tue dah kira makan ruji hari2 cik tom..hik3 ;p

    Reply
  • November 2, 2010 at 5:27 am
    Permalink

    wahh.. menarikk ni..
    kalo tak duk asrama mesti sampai skrg x makan nasik kan.. hehe!!

    Reply
  • May 11, 2011 at 12:42 am
    Permalink

    CikTom nak tau saya ada sorang kawan xmakan nasi juga.
    sampai sekarang dia xmakan nasi.
    Dia selalunya makan ayam ikan macam tulah.
    Dia tinggi mungkin sbb makan protein banyak.
    kalau makan nasi dia muntah. huhu.
    Hebatlah org yg xmakan nasi! :0
    Jom baca entri terkini nui …Day One – 10 things about youMy Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 11:02 am
      Permalink

      hahaha…baca entry lama cik tom ni ek?malu pulak rasa..kui3 ;$

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE