Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas.

Sekarang hot isu rakyat kelantan panas dan ganas selepas berlakunya kes kematian penyokong kelantan dan juga kes pembakaran stadium bola sebelum ini. Tapi adakah kita patut labelkan semua rakyat kelantan itu panas dan ganas hanya berdasarkan beberapa insiden yang kita sendiri pun kurang pasti mengenai pucuk pangkalnya.

Kehadiran filem berjudul “Budak Kelantan” juga sama turut memburukkan lagi perspektif masyarakat mengenai orang kelantan. Tapi adakah itu semua benar?

Entry ini bukan bertujuan untuk membela orang kelantan atau mana-mana cuma ingin memberi pandangan supaya kita tidak melabel sesuatu dengan hanya pada faktor negeri atau apa sahaja. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sepanjang pengalaman cik tom belajar selama ni di Pahang dan juga Shah Alam, memang ramai kawan tak mengira negeri termasuklah Kelantan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, cuba kita lihat orang Kelantan dari perspektif yang lain seperti;

  • Walaupun di mana-mana IPT memang diakui pelajar dari Kelantan memang bijak termasuklah pada hasil keputusan peperiksaan sama ada UPSR, PMR atau SPM.
  • Lembut lenggok percakapannya. Seronok dengar orang Kelantan bercakap memang manja dan penuh kelembutan. Contoh: abang=abe.
  • Negeri pantai timur yang penuh dengan adab sopan santun.Kalau jalan-jalan kat sana memang tenang tak de macam pengaruh baju tak cukup sana sini kat sana. Alhamdulillah juga takde pasangan berkepit dating secara terbuka kerana pelaksanaan undang-undang kat sana.
  • Kalau nak membeli makanan sama ada dipasar malam atau restoran mesti kawan-kawan (selain orang kelantan) cakap beli la makanan dari penjual yang cakap loghat kelate sebabnya kebanyakannya pemurah, sedap dan baik hati.
  • Erm betul ke negeri kelantan mundur? Kalau nak buat perbandingan kali terakhir cik tom pergi kelantan beberapa tahun yang lepas rasanya kelantan lagi maju berbanding Terengganu dari segi pembangunan. Maaf ye jangan melenting, bukan nak kutuk negeri terengganu tempat cik tom dilahirkan dan cintai tapi itu sekadar satu contoh pandangan je. Kalau compare negeri lain yang cik tom tak duduk kan korang melenting pulak. Tapi rasanya sekarang semua negeri dah membangun tak kira la negeri Kelantan, Terengganu, Sabah, Kedah atau di mana sahaja di Malaysia.
  • Perpaduan orang Kelantan ini erat sampaikan orang cina kat sana pun cakap loghat Kelantan.
  • Paling solute orang Kelantan ni tak akan tinggal loghat Kelate diorang walaupun ke mana diorang pergi dan sehebat mana jawatan yang diorang sandang.

Itu hanya sedikit sebanyak pandangan dari cik tom supaya tidak ada isu rakyat Kelantan ni panas atau ganas. Setiap orang bangga dan sayangkan negeri masing-masing tapi terfikirkah korang yang kita semua ni pada paksi atau asas yang sama rakyat Malaysia. Kalau tak cukup 1 negeri maka tidak lahir la negara Malaysia. So, janganlah kita kutuk mengutuk dan berpecah belah hanya kerana perkara yang remeh. Kita haruslah bersatu padu dan saling berganding bahu untuk membangunkan negara kita. 1 Malaysia!!!

p/s: entry kali ini ikhlas dari pandangan cik tom. Bagi cik tom dalam kes ini tiada siapa yang salah atau benar kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

63 thoughts on “Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas.

  • October 15, 2010 at 10:02 am
    Permalink

    hehe afiq suka dengan orang kelantan bercakap.. bestt! kadang2 afiq tergelak sorang sebab ade certain2 words tu afiq x paham huhu

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:06 am
    Permalink

    akak pun tak faham kalo org kelantan cakap..org cina kt kedah memang pandai cakap loghat kedah cik tom..dekat kampung akak pn ada org cina fasih cakap loghat kedah/penang, jiran akak pulak tu…bab makanan akak memang suka masakan kelantan, mkanan dorang secukup rasa..hehe

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:15 am
    Permalink

    salam Cik Tom :

    ada bc 1 artikel camni gak…psl org kelantan gedebe…tp lupa blog mne….
    setau Pakwi laa…org kelantan ni kuat smangat kenegerian, mne diaorg dduk pun biasanya diaorg akn cr puak dia…tp bkn brmaksud xkwn dgn org dr negeri lain…cuma dia lebih selesa brkwn ngan puak dia, mngkin diaorg agak susah nk betulkn dialek diorng…bahasa tu agak pekat… psl gedebe tu mngkin kot…alah, bila dah ramai2 berani lah…tngok sorang sama sorng, ada berani ke…? tp kalau psl politik, Pakwi puji org Kelantan, diaorg bersatu…

    ps: Jgn kutuk Tganu byk2 deh…Pakwi org Ganu….hahaha….

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:29 am
    Permalink

    ramai gak org cina kat kedah cakap kedah ahaha

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:41 am
    Permalink

    same la macam orang kedah..
    cina ke india ke,siam ke ..
    semua loghat kedah nye boleh tabik la..
    setuju dengan ciktom..
    jangan cepat menghukum…!

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:50 am
    Permalink

    kawe xleh oyak gapo2…
    hop penting kawe saye sgt2 ngeri kawe,,,mace ore lain saye ngeri fok2 dia…
    idup cik tom!idup cik tom..heeheh

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:55 am
    Permalink

    Yezza.. tak kiralah.. Terengganu ka, Kelantan ka, Sabah ka, Sarawak ka, Jepun ka, Korea ka, atau yang sewaktu dengannya.. Kita jangan pandang dengan negeri atau bangsa.. tapi pandanglah pada orangnya.. sedangkan darjat disisi tuhan takda pandang bab negri.. Kita cuma kenal-mengenal bangsa2 kat dunia untuk ambil mna yg patut.. dats y uniknya diciptakan bgsa2 ni.. nak lg pnjang.. oh.. nnti mcm entri.. hehe..

    Reply
  • October 15, 2010 at 10:58 am
    Permalink

    setuju dgn entry ini~ org yang ckap bukan2 dgn org kelantan adalah org yg x pernah berkawan rpat dengan org kelantan

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:04 am
    Permalink

    wahh…stuju tu cik tom!!!jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..jd…kesimpulannya, takkan sebab certain yang wat masalah, terus kita nak label dorang ganas…

    mgkin mereka yang melabel tu xpenah jumpe kot rkyat kelantan yang kemah lembut dan baik hati ni..

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:07 am
    Permalink

    Tabik Spring Ting Tong dgn hujah cik Tom
    terutamalembut tutur kata ya..mmg betul

    tp yg kureng dah skg..kita dah boleh nmpak pantai tercemar dengan belangkas2…dulu mungkin tidak..sekarang banyak..

    tpp..dan tapi lagi.orang cakap ni adalah kejutan budaya yang orang kelantan bawak..dari luar..
    betul ke tidak..diri sendiri je tau…

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:37 am
    Permalink

    ambo ore kedah,,,,
    xdo gapo deh kelate ni…
    maso ambo dok kelate dulu
    syok tgk tog guru ngajo…
    cuma demo ni assabiah sgt ngn semangat….
    ore islam x leh lagu tu…
    jihad tu penting…
    xgitu cik tom

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:42 am
    Permalink

    hikhik. saya pon xnk komen lebeh2. kita semua ada pandangan masing2 kan (saya org selangor) tiba2 :p

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:51 am
    Permalink

    hnya org kelantan yg tahu baek buruk negeri mereka..hehe

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:53 am
    Permalink

    @afiq: yup same with me..kadang2 ade jugak tak faham..tp tue yg menarik nak belajar..

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:54 am
    Permalink

    @sweetsal: ciktom tak berapa suka mknn kelantan sebab manis sangat..hihi

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:57 am
    Permalink

    @pakwi: biasa la ade baik dan buruknya setiap manusia tue kan..nak komen lebih2 kan blog ciktom kena ban..hak3

    tue contoh negeri terengganu je la pakwi…ciktom anak jati terengganu…sayang terengganu..huhu

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:58 am
    Permalink

    @qu aniza: ye ke? baguslah la kalau camtu ^_^

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:01 pm
    Permalink

    @diana: yup betul…tak kisah la negeri mana akak..semua sama..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:04 pm
    Permalink

    @echah: hehe..betul semua sayang negeri masing2..tapi yang penting semua rakyat Malaysia dan hamba Allah..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:05 pm
    Permalink

    @aretikz; yup aretikz..komen terbaik…tue yang buat kita special..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:06 pm
    Permalink

    @syerAgh: takpe maybe diorang tak tahu..bak kata orang tak kenal maka tak cinta..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:09 pm
    Permalink

    @mish: yup mish…tue silap orang kita begitu cepat buat anggapan…huhu

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:10 pm
    Permalink

    @eda: maybe tue perubahan yang berlaku bila dah dunia makin moden..tp kita doakanlah yang terbaik dan tak terjebak dengan aktiviti macam tue..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:12 pm
    Permalink

    @ustaz: yup ustaz..tak dapat dinafikan diorang punye smgt asabiah mmg kuat..jihad tue mmg penting..tp asabiah tue perlu berpada2..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:14 pm
    Permalink

    @poyaty: betul tue..tak boleh komen lebih..nati ade yang marah..huhu

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:15 pm
    Permalink

    @syukry: huhu..maybe..

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:23 pm
    Permalink

    Bila baca entry ni, rasa terpanggil pulak rasanya nak komen blog Cik Tom ni…
    Memang betul ape yang cik Tom tulis ni… Contohnyer member² kelate yang sama pi study kat Beijing ni still gune loghat mereka…

    Pasai isu pergaduhan ni janganlah kita terus melabel rakyat Kelantan sebagai ganas dan panas…
    Biasa la lumrah kehidupan alam…
    "Dalam setandan pisang mesti ader yang busuk"

    Reply
  • October 15, 2010 at 12:49 pm
    Permalink

    cik tom tom bak.:)

    semua negeri ada yang penduduk dia yang baik dan kurang baik.Sama-samalah kita semua berfikir secara positif.Sudah-sudah lah masalah perkauman atau kenegerian, tak kemana kita kalau duk gaduh pasal isu tu semua.Baik kita bersatu padu, semua orang gembira, takda masalah lagi .

    🙂

    Reply
  • October 15, 2010 at 1:09 pm
    Permalink

    cik tom..

    semua org sama sahaja.tak kira dr mana..yg penting jaga diri..hiasi peribadi..jgn cepat label org..jika kita tidak tahu hujung pangkal..jgn cepat2 membuat kenyataan..

    yg penting..ambo sokong cik tom..heheh..pis no wor..

    Reply
  • October 15, 2010 at 1:14 pm
    Permalink

    sokong ciktom!…bleh jd wakil rakyat..hehe

    Reply
  • October 15, 2010 at 1:16 pm
    Permalink

    saya orang kedah, kak ipar saya org kelantan, org melaka, abg ipar pun kelantan jugak.. baik 2 belaka org kelantan ni ramah tamah…mungkin yg jadi ganas tu segelintir aja.

    Reply
  • October 15, 2010 at 1:19 pm
    Permalink

    Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk tak kiralah pisang apa pun…(eh! napelak aku cakap pasal pisang ek?) apa pun akak sokong cik tom.hehe…

    Reply
  • October 15, 2010 at 1:43 pm
    Permalink

    wwwooo
    org ganu keeee
    wallah..
    suke base tgganu..tp tak reti nak cakap..
    endape je tahu
    haha

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:25 pm
    Permalink

    @fickry: a'ah first time dtg komen entry cik tom..huhu..tenkiu org dr beijing…

    yup biasalah dalam ramai2 mesti ade yang baik n tak baik..tak kira walaupun di mana kita berada..

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:26 pm
    Permalink

    @KM7: bagus kira lulus tak karangan bahasa melayu cikgu??huhu…

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:28 pm
    Permalink

    @robot sakti: iye..itu la yang cik tom cuba nak sampaikan..tak guna kita bertelagah pasal isu kenegerian ni..baik bersatu padu..

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:31 pm
    Permalink

    @sarah: hehe..iye peace no war..

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:33 pm
    Permalink

    @hazusky: belum mampu lagi jadi wakil rakyat..tp kalu jadi nati tolong undi ciktom..hahaha~

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:34 pm
    Permalink

    @nuriz: tue la..mungkin tue segelintir..sebab tue kita tak boleh nak label semua..

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:35 pm
    Permalink

    @ain: yup akak..betul..psstt akak…pisang yang elok makan mmg sedap makan..yg buruk tue buang je..hihi

    Reply
  • October 15, 2010 at 2:37 pm
    Permalink

    @anis: yup..ambe owg ganu..hehe..tak kisah orang mana kan..kita tetap boleh berkawan dengan tulus 😉

    Reply
  • October 15, 2010 at 5:05 pm
    Permalink

    cik tom…
    setuju la…
    tak boleh la kita judge buku by its cover…betul dak??
    ha??
    jgn mudah buat assumption….cuba dekati dulu..bru thu perangai ore kelate gano…ambo ore kelate..baik jah…meme xdinafikan org kelate ni macam semangat puak2 tu tinggi…
    tapi tak semua..setiap ore ada kelemahan kan??
    jadi kalau nak suh ore lain terima kelemahan kita,kita kena terima kelemahan org lain dulu…betul dok cik tom???

    Reply
  • October 15, 2010 at 5:49 pm
    Permalink

    susah la nk ckp cik tom..mungkin sume yg berlaku nie just kebetulan je..tp ape2 pun org kelantan mmg kuat smgt kenegerian diorg..sgt2 bersatu..tp perlu pd tempat+keadaannya..=))

    Reply
  • October 15, 2010 at 6:21 pm
    Permalink

    takdenya pasal negeri kelantan ke atau lain-lain negeri. pucuk pangkal, individu itu sendiri..

    siapa berani kata negeri dia takde geng ganas? tunjukkan bukti..

    pernah kena ugut kat kelantan satu masa dulu. tapi tak bermakna kelantan je ada kes tu, tempat lain berlambak jugak..

    kesimpulannya, takyah nak label dak negeri ni, dak negeri tu tak baik. kenapa tak nak kata orang malaysia kuat mengampu? takut kena batang hidung sendiri? terimalah hakikat.. lalalala~

    saya orang malaysia. saya sayang malaysia.. =)

    Reply
  • October 15, 2010 at 11:22 pm
    Permalink

    betulah, xpaham dengan org2 yng ade sifat2 kenegerian yg menebal sngt.. huhu

    Reply
  • October 16, 2010 at 12:48 am
    Permalink

    maCy paham tp xreti menyampuk.hik3

    Reply
  • October 16, 2010 at 1:25 am
    Permalink

    semua org same je…ade baik ade buruknye

    Reply
  • October 16, 2010 at 5:59 am
    Permalink

    @azmi: betul 100% azmi..
    owh ore kelate uponyo demo nih..huhu..
    betul2 dont judge the book by its cover..
    cam azmi baik je+peramah lagik..huhu..
    xkenal maka xtau hal sbnrnye..
    biasa la setiap manusia memang ade kelemahan n kebaikan..

    Reply
  • October 16, 2010 at 6:01 am
    Permalink

    @ladyana: yup tue yang terkurang kot terlalu smgt kenegerian..kn kurangkan..tp kita cuba pndg sudut +ve jgk ye..

    Reply
  • October 16, 2010 at 6:02 am
    Permalink

    @asada: hehe..semua asaada ckp tue betul..takpe la yang penting kita semua rakyat malaysia kan 🙂

    Reply
  • October 16, 2010 at 6:04 am
    Permalink

    @yatie: tue la..sbnrnye xelok smgt kenegerian..yang penting kita semua rakyat malaysia..1 malaysia..lalala~

    Reply
  • October 16, 2010 at 6:06 am
    Permalink

    @macy: tak menyampuk pun xpe asalkan faham isi kandungannye 😉

    Reply
  • October 16, 2010 at 6:10 am
    Permalink

    @jeman: yup betul..setiap manusia camtu..tapi kita harus cuba baiki keburukan mana yang mampu,..

    Reply
  • October 17, 2010 at 12:46 am
    Permalink

    Bagi lady, Kelantan jauh lebih hebat daripada Terengganu.. Walaupun lady anak jati Terengganu, lady kagum dengan Negeri Kelantan. Kemudahan banyak dan kebajikan rakyat tetap di jaga walaupun hanya mampu dibuat sekadar mampu sahaja, namun itu sudah memadai bagi rakyat.

    Reply
  • October 17, 2010 at 5:10 am
    Permalink

    @ladybird: hehe..ciktom pun setuju..

    Reply
  • October 18, 2010 at 1:40 am
    Permalink

    i'm proud to be a kelantanese! =)

    Reply
  • October 19, 2010 at 5:13 am
    Permalink

    @sakina: hehe..wah semangatnye 😉

    Reply
  • October 23, 2010 at 9:55 am
    Permalink

    ambo banggo jadi rakyat kelate. sikit pun xde rasa kesal. sebenarnya, rakyat kelate tidak akan bersikap panas baran jika tiada pihak yang mulakan dulu.

    Reply
  • October 23, 2010 at 10:19 am
    Permalink

    @apih: takpe tak kisah la..hihi..cam lam entry tue bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..

    Reply
  • January 25, 2011 at 11:06 am
    Permalink

    salam,
    sy suke blogger brfikiran mtg dan juah mcm Cik Tomato ni..

    Reply
  • February 3, 2012 at 8:38 pm
    Permalink

    hebat la kak tom ni..menaikkan nama ganu..sumpah sy bangge dilhirkn dkwasan pntai tmur..mok klantan,ayh ganu..sy ttap ganu..

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:15 pm
      Permalink

      hehe…cik tom memang orang ganu pure..hidup terengganu..hee

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!