RAYA : DULU DAN SEKARANG

Sambil minum kopi di PADINNO KOPITIAM, terkenang pula nostalgia raya dulu-dulu. Raya dulu memang jauh berbeza dengan zaman sekarang. Hurm….

DULU bila pergi kunjung mengujung semua kuih raya lain-lain jenis sebab buat sendiri. Semuanya kuih tradisional macam semperit, bahulu. kuih bangkit, kuih makmur dan banyak lagi tapi.. SEKARANG hampir semua rumah kuih sama jenis je sebabnya kuih tunjuk. Kuih pun moden dan kebanyakan nama pun hebat macam almond London, conrnflakes, coklat chips. Senang dah tak payah dan susah nak buat.

DULU masa kecik happy sangat walaupun dapat sehelai baju raya je tak kisah la jenis apa pun. Ada yang pakai baju raya Kiko, Kiki Lala, baju power rangers. Hehe.. Janji ada baju raya baru dah excited tunjuk kat kawan-kawan. Masa raya tue la happy beraya sakan dengan baju baru tapi SEKARANG kanak-kanak sekarang semua berlagak nak dewasa tak nak baju raya yang takde branded sebab tak berkualiti. Kalau budak laki tak nak pakai baju budak-budak tak bergaya and matured konon. Yang budak perempuan pulak kecik2 dah pandai nak bermake up time raya. Kalau tak pakai gincu, pemerah pipi, eyeshadows tak nak kuar rumah. Kononnya tak cun. Huhu..

DULU masa kecik2 cik tom pergi raya habis pusing keliling kampung kutip duit raya punya pasal walaupun tak kenal tuan rumah. Dapat 50 sen pun dah hepi sangat. Masa dulu dapat duit raya semua syiling. Bila time balik semua poket penuh dan berat dengan duit syiling je. Huhu.. Dulu pergi beraya dengan kawan-kawan jalan kaki atau naik basikal. SEKARANG budak-budak semua duk depan tV je tengok ade macam-macam siaran best sampai malam. Kalau pergi beraya pun dengan family dan pergi naik kereta. Takde dah jalan kaki atau naik basikal. Duit pun paling sikit RM1 dan paling banyak RM10. Semuanya duit kertas. Takyah berat2 bawak duit syiling.

DULU semua rumah sibuk pasang pelita malam raya. Meriah sangat. Malam takbir semua budak-budak keluar meraikan. SEKARANG tak pakai dah pelita semua pakai lampu kaler warna warni atau lampu “liplap”. Malam raya semua budak-budak menyorok dalam rumah tengok TV.

DULU raya mesti budak-budak dijamu dengan air tea, kopi dan sirap je. SEKARANG beraya semua dah guna air ribena bandung, air bikarbonat, sunquick.( terpengaruh dengan iklan)

DULU time raya paling seronok berbalas kad raya dan siap gantung kat rumah tengok siapa paling banyak dapat kad raya. Dalam kad siap semua tulis isi sama je “Pecah Kaca Pecah Gelas Sudah Baca Harap Balas”. hehe… SEKARANG semuanya hantar kad raya guna email/sms/mms/fb/blog je. Dah takde kad-kad ni tambah lagi pejabat pos dah naik harga setem pos surat standard 50 sen.

DULU time raya mesti balik kampung seronok kumpul ramai2 dengan sedara-mara. Pastu pak cik dan mak cik semua buka cerita kisah masa diorang susah dulu sebagai peringatan kat anak-anak dan cucu2 tapi.. SEKARANG raya kat bandar je sebab kat kampong dah takde siapa2 dah. Atuk dan nenek semua dah meninggal. Tak best langsung.

Hurm.. Rindu sangat2 nostalgia raya dulu-dulu tapi tak mungkin berulang kan. Apa yang boleh kita buat ialah imbau kembali kisah dulu-dulu dan senyum sorang2.hihi… Tak kiralah zaman dulu atau sekarang, yang penting kita tak lupa untuk bermaaf-maafan, kunjung mengunjung dan merapatkan silaturrahim di hari raya =)

Ni hasil header yang cik tom buat untuk blog padin..maaf la 1st time buat animation ni..thanks untuk tutorial wan yang banyak membantu 🙂

header
p/s: walaupun tak cantik korang kena cakap cantik jugak..miahaha….

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “RAYA : DULU DAN SEKARANG

  • August 25, 2010 at 3:07 pm
    Permalink

    salam… cik tom~~~

    first commenter.. huhu.. agaknye la..
    sori.. sy sgt2 lupe pasal jawatan QC yg sy gtau ari tu..

    nk gtau sket la.. cmpany ni kt shah alam.. seksyen U1.. hicom glenmarie.. tp, bakal berpindah ke jalan kapar.. which i'm not quite sure where is it..

    so, dorg tgah crik QC yg bleh n sanggup p sane.. tp, training akan dorg kasik kt shah alam la… pindah ke jalan kapar tu pun lom konpem bile..

    btw, job offer ni mmg xde iklankan kt mane2.. just ade kt pondok jaga kt company jek..

    ari tu ade org apply, tp, dia xnk p jalan kapar.. so, sy x sure jawatan tu available lg ke x..

    so, u call je la no nih.. 60378040333.. n ckp ngan mr anthony.. pd sy, dia ni baekk jek.. xd la cam simon cowell kot.. haha.. tp, x tau la kalau ngan dak2 intern jek dia wat2 baek.. huhu~..

    so, kalau dia tny mane tau pasal ni.. u ckp jek la mmber ade trnampak iklan kt pondok jaga ok.. jgn mention dak intern gtau ye.. tkut kang dia ckp memandai lak..

    so, kalau interested, call la.. lau x, xpe la.. abaikan la komen sy yg pjg lebar ni.. kre sbgai tanda maaf la sbb lupe updet pasal nih~

    Reply
  • August 25, 2010 at 3:20 pm
    Permalink

    betul betul betul!! i dolu2 pon suker jek p mana2 umah orang..nk kumpul duit banyak la katakan..ahaks>.
    sekarang i suka jalan2 dalam umah cari cd2 and kuih2 untuk dikunyah jek..hikhik

    Reply
  • August 25, 2010 at 3:21 pm
    Permalink

    hmm..ye..betul tu..dulu dengan skrg sangat lain..lagi best waktu dulu..sekarang ni moden sangat..hari raya pn cam hambar je..duduk depan tv tgk movie..haihh

    Reply
  • August 25, 2010 at 3:22 pm
    Permalink

    hehe tu la kalau la tradisi tu di teruskan kan best

    gudluck cik tom

    Reply
  • August 25, 2010 at 5:18 pm
    Permalink

    waaa cik tom bakal dpt kje.. all da bez oke

    mmg btol 2 cik tom byk dh berubah skang neh tp sib bek dk klate still blk kg, still da pelita buluh, still da bdk2 round kg ng basikal @ jln kaki.. waaa x sbr nk blk 🙂

    Reply
  • August 25, 2010 at 8:11 pm
    Permalink

    gud luck cik tom join contest ni..

    harap2 menang..

    dulu2 memang best kan…:)

    Reply
  • August 25, 2010 at 10:01 pm
    Permalink

    aku nak jugak header camtu so aku terpaksa la kata PERGH!!! LAWA GILER CIK TOM!!!!!!!!!!!

    Reply
  • August 26, 2010 at 4:03 am
    Permalink

    A'ah kan cik Tom..
    Dulu raya mase kite kecik2 kan ramai2 jln dgn kwn2 dr 1 rumah ke 1 rumah..
    Kdg2 tu smpai tak larat nak minum dah..
    Tapi sekarang jrg tgk budak2 kecik dgn kwn2 dorang beraya bersama..
    Kan?
    Semua nak jln ngn family guna keta..

    Reply
  • August 26, 2010 at 4:53 am
    Permalink

    Meh amek duit raya RM 20 ekekee

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:06 am
    Permalink

    @padin: yeah!!menang no 2..dapat duit raya..nak kumpul beli domain..huhu..

    Reply
  • August 26, 2010 at 7:10 am
    Permalink

    wahh.. pandai ar ciktom buat cerita ni.. semuanya betul2 belaka.. n header pon cantiklah.. betul ke ciktom menang no.2? wahh..tahniah2 ye..

    Reply
  • August 26, 2010 at 8:52 am
    Permalink

    betul tu cik tom..
    teringat mase kecik dulu
    dari pagi lagi dah bejalan
    ramai2 dengan kawan2
    sampai kepetang..
    bau busuk masam je ..
    sampai2 umah je terus kira duit raya..
    haha

    Reply
  • August 26, 2010 at 9:36 am
    Permalink

    pergh mantap2..tahniah yer tom dan jerry hihi..gurau je.

    jum kita cmbine, jd first winner dpt 30 hingget hee

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:48 pm
    Permalink

    @emma: thanks tau..sori dear cik tom agak busy sikit sekarang..nati cik tom try call…tapi kalau takde rezeki takpelah..thanks a lot dear 🙂

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:49 pm
    Permalink

    @lylo: tue la kan..best kumpul duit raya..tiap2 masa kira..sape plg banyak..hehe

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:50 pm
    Permalink

    @misyamissyou: tue la..raya dulu2 best kan..meriah!!

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:52 pm
    Permalink

    @padin: tradisi ni sepatutnya diteruskan…

    @miszTera: tak tahu lagi la kerja tu dear..cik tom tak call lagi..oh org klate..hehe…

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:53 pm
    Permalink

    @adah: dah dapat duit raya rm20..yeah…padin best!!

    @cik pia: haha..cik tom buat simple giler tue..senang je..guna photoscape..ade tutorial kat wan..

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:56 pm
    Permalink

    @tieah: tu la budak2 dulu best…enjoy life zaman budak2..budak skang pemalas..nak besar cepat..xbest!!

    @redboy: dah pengalaman cik tom masa kecik2 n compare ngan sekarang..huhu..ntah la menang no berapa..tapi dpt duit raya dr padin..hehe

    Reply
  • August 26, 2010 at 5:57 pm
    Permalink

    @diana:tue la excited giler kira duit raya..tengok sape paling banyak…hehe

    @rainbow:jom combine..jadi 30 hinggit..yeah we r da winner…huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE