Rempah Ratus Mak Siti Terbaik Setaraf Jenama Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sayang… Sejak dari awal tahun ni merata ciktom tengok kekawan duk puji rempah ratus sedap dari jenama Mak Siti. Ciktom pun terfikir aih betul ke sedap? Tengok pulak rempah ratus Mak Siti ini diperbuat di Muar, Johor. Uish dah tak jauh dari ciktom tinggal di Iskandar Puteri. Kira masih di negeri yang sama Johor. hihi… Maka bermulalah pencarian ciktom untuk mencari Rempah Ratus Mak Siti di Johor.

Hasil dari maklumat rakan-rakan rupanya rempah ratus Mak Siti ni boleh je beli kat Kedai Eco RM2. Dengan harga hanya RM2.10 untuk 3 peket. Sememangnya murah dan mudah didapati dipasaraya berdekatan rumah ciktom.

Pilihan Rempah Ratus Mak Siti
Pilihan Rempah Ratus Mak Siti

Memang rambang mata sebab banyak betul jenis dan pilihan rempah ratus Mak Siti. Serbuk rempah kari daging tu memang win sangat buat masak daging. Nak buat kering style rendang pun boleh. hihi.. Sekali rasa confirm tambah makan dengan rendang atau nasi himpit.

Rempah Ratus Mak Siti Terbaik Setaraf Jenama Antarabangsa

Yang mengagumkan ciktom ialah permulaanya rempah ratus Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti mula dikenali ramai.

Kalau nak kenal siapa Mak Siti? Korang  boleh tengok gambar Mak Siti di bawah. Nampak masih muda dan cergas kan?

Korang bayangkan padahal dah hampir 40 tahun Rempah Mak Siti dalam pasaran dan sememangnya terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Yang bagusnya dan kreatifnya Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Ratus Mak Siti Terbaik Setaraf Jenama Antarabangsa
Rempah Ratus Mak Siti Terbaik Setaraf Jenama Antarabangsa

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).

Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Rempah ratus Mak Siti boleh dapati di laman web dan media sosial berikut;

Website: https://www.maksiti.com/index.html
Facebook: https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/
Instagram: https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti/
Whatsapp : 017-330 9330

Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Rempah Ratus Mak Siti Terbaik Setaraf Jenama Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE