Resepi Agar-Agar Kering Cara Mudah Tahap Kesabaran Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Bertemu lagi kita dalam slot masak2 bersama cik tom. hehe… Resepi agar-agar kering yang cik tom nak kongsikan kali ini teramatlah mudah cara buatnya. Kos pembuatan pun murah je. Tapi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. fuhh…

Cik tom first time buat agar-agar kering ni 4 hari sebelum raya aidilfitri baru-baru ni. Sebelum ni tiap2 tahun cik tom akan beli kerepek bawang, rempeyek, serba kuih dan agar2 kering kegemaran emak cik tom.

Resepi Agar-Agar Kering Cara Mudah

Setiap kali cik tom beli agar-agar kering mesti cam ciktom merungut la jugak dalam hati. Asal la mahal sangat harga jual agar-agar kering ni. Satu balang kecik harga sampai RM19.90. Berat tak sampai 500 gram. Rasa modal buat tak mahal pun.

Nahh bila ko buat sendiri baru tahu dan faham kenapa harga jadi mahal walaupun kos murah. heheh..

Resepi Agar-Agar Kering Cara Mudah

Sumber: Azie’s Kitchen
Diubahsuai: Cik Tom
Anggaran: 3 @ 4 balang kuih.

Bahan-bahan Buat Agar-Agar Kering

60 gram agar-agar tali
1300 mL air
150 gm gula batu-ketuk halus utk mudah cair (ciktom guna 170gm)
1200 gm gula pasir (ciktom guna 1kg)
Pewarna makanan (ikut sukahati)

Cara-cara Nak Buat Agar-Agar Kering

  1. Basuh agar-agar tali dan rendam seketika dalam air (untuk lembutkan). Kemudian tapis dan buang air.
  2. Masukkan air bersama agar-agar tali ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar tersebut larut.
  3. Then, boleh masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau sehingga kesemuanya larut dan sebati ye.
  4. Dah sebati. Tutup api.
  5. Bahagikan adunan agar2 tu kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan hati korang ye. Masukkan pewarna kedalam bekas dan kacau sebati. (cik tom bahagi 3 bekas untuk warna kuning, merah dan hijau)
  6. Sejukkan agar-agar sehingga menjadi keras. Sekejap je dalam masa 15 minit dah keras. So, boleh potong mengikut bentuk yang disukai. Nak guna acuan pelbagai bentuk pun boleh.
  7. Jemur ditempat panas dan sentiasa balik2kan sehingga agar-agar betul2 kering dan nampak bergula.
  8. Siap untuk disimpan dalam bekas kedap udara dan dimakan begitu saja.

Disini la tahap kesabaran korang akan diuji sebab nak tunggu betul2 kering agar-agar tu bukan ambil masa sehari. 3 HARI okay! Tue pun kalau cuaca betul2 panas terik. Kalau mendung berarak jawabnya seminggu la ko duk angkat jemur agar-agar ni. huhu..

Resepi cara buat agar-agar kering mudah dan sedap

Alhamdulillah hasilnya sold out agar2 kering cik tom time raya hari tu. Siap ada yang request resepi lagi. hehe… Cik tom plan untuk buat sendiri je makanan doorgift kahwin dari agar2 kering dan maruku. Save bajet and happy dapat buat sendiri.

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Resepi Agar-Agar Kering Cara Mudah Tahap Kesabaran Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!