Resepi Agar-agar Laici Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Resepi agar-agar laici sempoi ni cik tom buat masa nak habiskan agar-agar tali cap layang2 yang melambak kat rumah di kampung cik tom. Ayah siap cakap haih beli banyak takde siapa pun nak buat agar-agar. Best jugak kalau ada yang buatkan agar-agar laici. Laici tin ada je 2-3 tin lebih raya hari tu.

Cik tom pun apa lagi dengan tahap kerajinan yang tak berapa tinggi pergilah jugak buat agar-agar laici ni dengan gaya malas sempoi. Kenapa sempoi? Cik tom memang buat agar-agar ni sempoi giler main amik je apa bahan yang sedia ada saki baki kat dapur tue. Campur-campur menjadi juga agar-agar laici cik tom ni. Haha…

Resepi Agar-agar Laici Sempoi
Agar-agar laici sempoi gitu

Bahan-bahan Resepi Agar-agar Laici Sempoi;

1 pek agar-agar tali (cap layang-layang-30 gram)
1 ½ cawan gula
1 tin laici
8 gelas air

Cara-cara masakan Resepi Agar-agar Laici Sempoi

  1. Masakkan agar-agar serta air di dalam periuk sehingga hancur dan sebati.
  2. Kemudian masukkan gula. Kacau sebati dan larut.
  3. Masukkan air laici (hanya amik air laici, buah ketepikan). Masak untuk 5 minit atau mendidih.
  4. Tutup api. Masukkan adunan agar-agar ke dalam loyang dan tabur buah laici di atasnya.
  5. Sejukkan seketika diluar sebelum disejukkan 2-3 jam ke dalam peti sejuk.
  6. Siap untuk dimakan.

Agar-agar laici gaya sempoi cik tom dapat pujian dan laris jugak. hihi… Satu hari habis 1 loyang besar agar-agar laici yang cik tom buat. Jangan tanya/ PM cik tom tanya saiz loyang ye. Cik tom tak tau. Cik tom main amik guna je loyang yang ada dan muat. Hehe…

Selamat mencuba Resepi Agar-agar Laici Sempoi!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Resepi Agar-agar Laici Sempoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!