Resepi Agar-agar Nescafe Layer Susu

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Slot masak-masak kita hari ni ialah resepi agar-agar nescafe layer susu. Bagi yang penggemar minuman nescafe mesti suka agar-agar perasa nescafe susu ni. Dah lama buat agar-agar nescafe susu ni sampai dah lupa bila. Hehe..

Resepi Agar-agar Nescafe Layer Susu
Resepi Agar-agar Nescafe Layer Susu

Ayah cik tom memang suka agar-agar nescafe layer susu sebab rasanya pahit-pahit manis berlemak gitu. Sesuai dengan selera orang berumur. Tapi anak buah cik tom yang kecik pun suka jugak! So, sesuai untuk semua generasi terutamanya penggemar tegar nescafe.

icon new biruResepi & Panduan Bisnes Air, Dadih & Mousse Style Hotel

Bahan-bahan Bagi Resepi  Agar-Agar Nescafe Layer Susu

30 gram agar-agar tali (cik tom guna cap layang2)
8 gelas air (cik tom guna gelas kaca saiz standard orang  pakai)
1 gelas susu pekat
1 gelas gula
1 1/2 sudu kecil nescafe

Cara-cara Masakan Resepi  Agar-Agar Nescafe Layer Susu

  1. Masukkan air dan agar-agar tali ke dalam periuk dan biarkan agar2 cair dan mendidih.
  2. Selepas mendidih, tutup dan bahagikan agar-agar kepada dua periuk berasingan (untuk 2 adunan).
  3. Adunan pertama panaskan dengan api perlahan dan masukkan 1 gelas susu pekat. Gaul sehingga sebati.
  4. Adunan kedua panaskan dengan api perlahan dan masukkan gula serta serbuk nescafe. Gaulkan sehingga gula cair dan adunan sebati.
  5. Okay dah sebati kedua2 adunan. Jangan matikan api. Biar je dengan api perlahan.
  6. Masukkan adunan pertama iaitu susu ke dalam loyang. Jangan letak semua tau! Letak cukup2 untuk 1 layer dalam 2 cm camtu. Biarkan ianya sejuk. **untuk cepat sejukkan agar-agar rendamkan bekas loyang ke dalam bekas mengandungi air.
  7. Cuba goyang2kan agar-agar 1st layer. Kalau agar tue dah bergoyang (maksudnya dah agak keras), boleh masukkan lapisan kedua dengan adunan kedua (nescafe).**Tapi jangan terlampau sejuk nati untuk next layer tak bercantum pulak agar-agar korang.
  8. Ulang langkah 6-7 untuk korang selang-seli kan lapisan agar-agar nescafe dan susu sehingga habis.
  9. Dah habis semua, sejukkan dalam peti untuk 2, 3 jam sebelum ready untuk korang potong dan makan!

Resepi kek cheeseResepi pau, bun dan pizza  Resepi kek coklatResepi cupcakes

Cik tom buat guna 2 loyang kecik. So, cepat sikit sejuk agar-agar. Cuma bajet nak buat 4 layer tapi tak cukup. Sempat jadi agar-agar nescafe susu three layer je. Hehe…

Selamat mencuba resepi agar-agar nescafe layer susu!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Resepi Agar-agar Nescafe Layer Susu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE