Post navigation

Resepi Air Buah Koktail Berkastard Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Pada awal tahun lepas ada pelawat blog ciktom.com yang tanyakan takde ke resepi air buah koktail yang dalam tin tue? Cik tom pun tak pasti air koktail mana yang si dia maksudkan tapi cik tom rajinkan diri pergi google resepi air buah koktail berkastard dan terjumpa resepi minuman koktail dari kakfida@myresepi. Minggu lepas, cik tom saje2 ajak famili, abang2, kak ipar dan anak buah datang buat barbeque kat rumah. Masa tuelah cik tom cuba buat air buah koktail kastard ni. Rasanya memang sedap sangat bila minum. Walaupun mula-mula cik tom buat diorang semua tanya sedap ke rasanya? Lepas diorang rasa segelas terus je menambah lagi 2, 3 gelas. Gambar bawah tak berapa nampak buah koktailnya sebab cik tom buat 2x kuantiti bahan-bahan tapi guna 1 tin koktail je. Silap beli 1 tin je. Tue tak berapa nak nampak koktailnya. hee…

Resepi Air Buah Koktail Kastard

Resepi Air Buah Koktail Kastard

Bahan-bahan Resepi Air Buah Koktail Berkastard:

1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
1 cawan gula
secukupnya agar2 laici (dipotong dadu kecil) @ letak nata de coco
secukupnya ketulan ais
** cik tom tambah 1 sudu kecil esen vanila bagi rasa dan bau wangi :)

Cara-cara masakan Resepi Air Buah Koktail Berkastard :

1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dgn hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. **jika ingin air kastard nampak menarik lagi, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.

2. Apabila sebati, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.

3. Apabila dah betul-betul sejuk, masukkan agar-agar laici dan buah-buahan koktail ke dalam adunan kastard.

4. Masukkan ketulan ais secukupnya dan siap untuk dihidangkan.

Semua resepi cik tom buat dan kongsikan mudah-mudah je. Selamat mencuba Resepi Air Buah Berkoktail Kastard Mudah dan Sedap!

********************************************************
klik sini

klik sini

22 thoughts on “Resepi Air Buah Koktail Berkastard Mudah dan Sedap

  1. Cik Tom : Kalau istilah “cocktail” di hotel adalah minuman yang bercampur dengan arak.

    Kalau macam resepi yg Cik Tom kongsikan ini biasanya dipanggil Mocktail.(tanpa alkohol)

      • cik tom pun baru tau tapi kat plastik balut tin buah tue yang tulis fruit “cocktail” sebab itulah nama air minuman ni resepi air buah koktail..huhu..thanks utk info ni ye bro…

    • boleh cuba lagi guna bahan2 dan cara yang cik tom guna ni.. cik tom pun ini percubaan pertama dan alhamdulillah memang menjadi dan sedap rasanya..

  2. Dah salin kat buku nak buat jap lagi ge kedai dulu bli bahan2…thanks ciktom (*_*)

  3. bagus resepi minuman ni, minum memang segar giler lah.. tapi dlm industri hospitaliti (hotel,katering, seni kulinari, food n beverage) kbykan prkataan koktail ni refer minuman yg bcampur dgn wine.. klu mocktail refer kpd air buah yg brcampur dgn air yg bukan wine.