Resepi Air Buah Koktail Berkastard Mudah dan Sedap

Salam.. Pada awal tahun lepas ada pelawat blog ciktom.com yang tanyakan takde ke resepi air buah koktail yang dalam tin tue? Cik tom pun tak pasti air koktail mana yang si dia maksudkan tapi cik tom rajinkan diri pergi google resepi air buah koktail berkastard dan terjumpa resepi minuman koktail dari kakfida@myresepi. Minggu lepas, cik tom saje2 ajak famili, abang2, kak ipar dan anak buah datang buat barbeque kat rumah. Masa tuelah cik tom cuba buat air buah koktail kastard ni. Rasanya memang sedap sangat bila minum. Walaupun mula-mula cik tom buat diorang semua tanya sedap ke rasanya? Lepas diorang rasa segelas terus je menambah lagi 2, 3 gelas. Gambar bawah tak berapa nampak buah koktailnya sebab cik tom buat 2x kuantiti bahan-bahan tapi guna 1 tin koktail je. Silap beli 1 tin je. Tue tak berapa nak nampak koktailnya. hee…

Resepi Air Buah Koktail Kastard
Resepi Air Buah Koktail Kastard

Bahan-bahan Resepi Air Buah Koktail Berkastard:

1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
1 cawan gula
secukupnya agar2 laici (dipotong dadu kecil) @ letak nata de coco
secukupnya ketulan ais
** cik tom tambah 1 sudu kecil esen vanila bagi rasa dan bau wangi 🙂

Cara-cara masakan Resepi Air Buah Koktail Berkastard :

1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dgn hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk. **jika ingin air kastard nampak menarik lagi, boleh masukkan sedikit pewarna kuning.

2. Apabila sebati, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.

3. Apabila dah betul-betul sejuk, masukkan agar-agar laici dan buah-buahan koktail ke dalam adunan kastard.

4. Masukkan ketulan ais secukupnya dan siap untuk dihidangkan.

Semua resepi cik tom buat dan kongsikan mudah-mudah je. Selamat mencuba Resepi Air Buah Berkoktail Kastard Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Resepi Air Buah Koktail Berkastard Mudah dan Sedap

    • June 20, 2012 at 10:30 pm
      Permalink

      nak print la..letak at buku resepi..blh buat..

      Reply
      • June 23, 2012 at 1:17 pm
        Permalink

        aah lagi senang print n bukukan.. nak tgk bila2 senang..

        Reply
  • June 13, 2012 at 11:25 am
    Permalink

    Cik Tom : Kalau istilah “cocktail” di hotel adalah minuman yang bercampur dengan arak.

    Kalau macam resepi yg Cik Tom kongsikan ini biasanya dipanggil Mocktail.(tanpa alkohol)

    Reply
    • June 13, 2012 at 8:33 pm
      Permalink

      owh..nnt mkn kat hotel jgn pi order ‘cocktail’ lak..huhu

      Reply
      • June 13, 2012 at 8:45 pm
        Permalink

        cik tom pun baru tau tapi kat plastik balut tin buah tue yang tulis fruit “cocktail” sebab itulah nama air minuman ni resepi air buah koktail..huhu..thanks utk info ni ye bro…

        Reply
    • June 13, 2012 at 9:04 pm
      Permalink

      oh ok..terima kasih ats info ni bro azman..ciktom mmg xtau…

      Reply
  • June 13, 2012 at 12:21 pm
    Permalink

    fuh..minum koktel time panas2 camni..mmg superb,kejap je abih nya nnt..eheh

    Reply
    • June 13, 2012 at 8:57 pm
      Permalink

      memang sesuai sangat minum petang dan juga makan malam..

      Reply
    • June 13, 2012 at 8:38 pm
      Permalink

      senang je ni kalau bro nak cuba.. try buat untuk isteri n famili..hehe

      Reply
    • June 13, 2012 at 8:25 pm
      Permalink

      wslm… rasanya sedap.. nak tahu kenalah cuba sendiri baru tau cne rasanya… thanks tag cik tom..

      Reply
    • June 16, 2012 at 10:17 pm
      Permalink

      boleh cuba lagi guna bahan2 dan cara yang cik tom guna ni.. cik tom pun ini percubaan pertama dan alhamdulillah memang menjadi dan sedap rasanya..

      Reply
  • August 9, 2012 at 3:19 pm
    Permalink

    Dah salin kat buku nak buat jap lagi ge kedai dulu bli bahan2…thanks ciktom (*_*)

    Reply
  • August 9, 2012 at 5:05 pm
    Permalink

    bagus resepi minuman ni, minum memang segar giler lah.. tapi dlm industri hospitaliti (hotel,katering, seni kulinari, food n beverage) kbykan prkataan koktail ni refer minuman yg bcampur dgn wine.. klu mocktail refer kpd air buah yg brcampur dgn air yg bukan wine.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!