Post navigation

Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi aiskrim coklat mudah dan sedap yang baru cik tom cuba minggu lepas. Resepinya amatlah mudah, senang dan sedap. Resepi aiskrim coklat handmade ini cik tom dapat dari kawan cik tom di facebook. Cik tom tanya katanya dapat sumber resepi aiskrim coklat handmade ini di myresepi tapi kawan cik tom dah ubah ikut style dia. Thanks norliza atas resepi aiskrim coklat ini. Cik tom cuba memang sedap dan gebu macam makan aiskrim coklat jenama walls. Gambar bawah hasil aiskrim yang cik tom buat sendiri. Jom kita terjah tengok macam mana cara nak buat resepi aiskrim coklat sendiri di rumah.

resepi aiskrim coklat

resepi aiskrim coklat

Bahan-bahan Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap (anggaran 1 liter):

½ gelas susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu besar ovelate
1 biji telur **tak nak letak pun boleh tapi cik tom letak je.
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko **jenama vanhoutten yang sedap!
**untuk saiz gelas tue ikut saiz gelas standard yang buat minum dirumah ye.

Cara-cara masakan Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.

2. Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.

3. Selepas aiskrim beku, sedia untuk dihidang dan dimakan.

Campur semua bahan dan blend. Mudah je kan? Selamat mencuba Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap!

********************************************************
klik sini


43 thoughts on “Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap

  1. Assalam…
    Mudah caranya kan.
    Biasa buat kena bland banyak kali untuk dapatkan tekstur yang gebu. Oleh kerana setiap kali buat, cepat je habis, beli yg siap dimakan terus…hehe..

  2. terliur lah pulak..tengah2 tekak kering ni..
    boleh ciktom tlg buatkan..lpastu poskan..(haha..xtaw malu betul)