Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi aiskrim coklat mudah dan sedap yang baru cik tom cuba minggu lepas. Resepinya amatlah mudah, senang dan sedap. Resepi aiskrim coklat handmade ini cik tom dapat dari kawan cik tom di facebook. Cik tom tanya katanya dapat sumber resepi aiskrim coklat handmade ini di myresepi tapi kawan cik tom dah ubah ikut style dia. Thanks norliza atas resepi aiskrim coklat ini. Cik tom cuba memang sedap dan gebu macam makan aiskrim coklat jenama walls. Gambar bawah hasil aiskrim yang cik tom buat sendiri. Jom kita terjah tengok macam mana cara nak buat resepi aiskrim coklat sendiri di rumah.

resepi aiskrim coklat
resepi aiskrim coklat

Bahan-bahan Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap (anggaran 1 liter):

½ gelas susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu besar ovelate
1 biji telur **tak nak letak pun boleh tapi cik tom letak je.
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko **jenama vanhoutten yang sedap!
**untuk saiz gelas tue ikut saiz gelas standard yang buat minum dirumah ye.

Cara-cara masakan Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.

2. Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.

3. Selepas aiskrim beku, sedia untuk dihidang dan dimakan.

Campur semua bahan dan blend. Mudah je kan? Selamat mencuba Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

47 thoughts on “Resepi Aiskrim Coklat Mudah dan Sedap

  • May 30, 2012 at 1:50 pm
    Permalink

    betul sedap ice cream nie… nak cuba lah 🙂

    Reply
  • May 30, 2012 at 3:03 pm
    Permalink

    Nampaknya, nampak sangat mudah dan ringkas.

    Cik Tom, ovelate tu pe benda yer?

    Reply
    • May 30, 2012 at 3:15 pm
      Permalink

      Benda warna kuning, dijual bersama bahan kuih-muih..

      Reply
      • June 6, 2012 at 11:29 pm
        Permalink

        thanks iza dh tlg jawab..function utk gebukan tekstur aiskrim..nama kedua ovalette ialah sponge stabilizer..

        Reply
  • May 30, 2012 at 3:17 pm
    Permalink

    Assalam…
    Mudah caranya kan.
    Biasa buat kena bland banyak kali untuk dapatkan tekstur yang gebu. Oleh kerana setiap kali buat, cepat je habis, beli yg siap dimakan terus…hehe..

    Reply
    • June 6, 2012 at 11:27 pm
      Permalink

      yg ni ciktom blend sekali je dah gebu..kl blend byk kali lg gebu kot..hehe

      Reply
    • June 6, 2012 at 11:16 pm
      Permalink

      selamat mencuba resepi aiskrim coklat ni.

      Reply
    • June 6, 2012 at 11:26 pm
      Permalink

      akak…ciktom singgah blog akak tp xdpt nak komen..nape ye??sob3

      Reply
  • May 30, 2012 at 4:17 pm
    Permalink

    Tak suka buat, suka makan je. Boleh tak ? Tapi memang suka sangat dengan aiskrim coklat ni 🙂

    Reply
    • June 6, 2012 at 11:15 pm
      Permalink

      boleh je akak..sebelum dtg bgth dulu nk prepare..hehe

      Reply
  • May 30, 2012 at 9:04 pm
    Permalink

    mcm leh wat bisness lak..hehe

    Reply
    • June 6, 2012 at 11:14 pm
      Permalink

      boleh bagi yang pandai cari peluang bisnes.

      Reply
    • June 6, 2012 at 11:14 pm
      Permalink

      terliur jomlah cuba resepi aiskrim coklat ni..sedappp..

      Reply
  • May 31, 2012 at 1:16 am
    Permalink

    nampak mcm senang la kak 🙂

    tp ovelate tu apa? jakun sikit ni. hee.

    Reply
    • June 6, 2012 at 11:00 pm
      Permalink

      ovalette ni fungsi gebukan aiskrim ni…warnanya kuning boleh beli kedai jual bahan bakeri.

      Reply
  • May 31, 2012 at 12:13 pm
    Permalink

    tak pernah buat lagi, tak bleh makan aiskrim, batuk.

    Reply
  • May 31, 2012 at 2:19 pm
    Permalink

    nak cuba lah resipi ni..menarik

    Reply
  • May 31, 2012 at 6:32 pm
    Permalink

    cam menarik je ni
    boleh cuba terus 🙂

    Reply
  • June 1, 2012 at 2:13 pm
    Permalink

    wah sampai sini naik baunya heee

    Reply
  • June 1, 2012 at 9:54 pm
    Permalink

    saya x pernah buat aiskrim sendiri, tp bila tgk mcm senang jer

    Reply
    • June 6, 2012 at 9:14 pm
      Permalink

      memang senang..campur je semua bahan2 pastu blend dalam mixer..

      Reply
  • June 6, 2012 at 9:12 pm
    Permalink

    terliur lah pulak..tengah2 tekak kering ni..
    boleh ciktom tlg buatkan..lpastu poskan..(haha..xtaw malu betul)

    Reply
  • June 7, 2012 at 2:38 am
    Permalink

    bhn2 smua ader..sok nk wat..mkasih resepi ^_^

    Reply
  • June 13, 2012 at 10:45 am
    Permalink

    nak cuba ek, terima kasih ciktom..nampak mudah dan lazat 🙂

    Reply
  • August 18, 2012 at 2:48 pm
    Permalink

    Selamat mencuba hehehe!!!

    Reply
  • February 17, 2013 at 9:24 am
    Permalink

    nak cubalh…ps2 klu betul2 enak boleh jual…thanks sebab sudi kongsi resepi

    Reply
  • February 27, 2016 at 11:41 am
    Permalink

    Sye bru nk cbe buat,aiscream coklat,ank n sye sgt mnt aiscream coklat

    Reply
    • February 27, 2016 at 9:31 pm
      Permalink

      memang sedap aiskrim coklat kita buat sendiri..selamat mencuba dear!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!