Resepi Aiskrim Goreng Mudah [gambar step by step]

Assalamualaikum dan salam sayang…. Ini entry resepi ke-65 yang cik tom share dalam blog ciktom.com. Tak sangka pulak banyak dah resepi yang dishare dalam blog ni. huhu… InsyaAllah cik tom planning untuk buat satu blog khas untuk niche resepi a.k.a masakan bagi tahun 2014. Doakan cik tom sukses dengan plan ni ye.

Actually memang banyak resepi dan gambar masakan yang tertangguh dalam draft or external hard disk. Takpelah ada masa nanti cik tom share.

Untuk kali ni cik tom nak share resepi buat aiskrim goreng mudah jee.. Resepi aiskrim goreng ni cik tom buat resepi bergambar step by step kerana ada assistant yang tolong amik gambar. hehe..

Resepi Aiskrim Goreng Mudah [gambar step by step]
Resepi Aiskrim Goreng Mudah [gambar step by step]
Cik tom tak letak nombor 1-8 kat gambar. Tapi step 1 mula dari atas belah kiri ye sehinggalah ke hujung kanan, ke bawah & seterusnya ke kiri. huhu.. Ala korang pandai mesti boleh agak kan step mana satu first and last kan??

Bahan-bahan resepi aiskrim goreng mudah jerr;

1 buku roti putih (cik tom prefer gardenia)
1 bekas aiskrim (mengikut citarasa disukai)
1 gelas (bentuk permukaan bulat & saiz lebih kecil dari saiz lebar roti)
**boleh jugak buat aiskrim homemade>> aiskrim jagung, aiskrim coklat, aiskrim coklat oreo.

Cara-cara buat resepi aiskrim goreng mudah jerr;

1. Letak satu keping roti putih di atas pinggan.

2. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi.

3. Tutup roti & aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya.

4. Make sure tekan sikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti.

5. Amik gelas, letakkan atas roti & tekan sehingga terputus roti di tepinya

6. Ketepikan tepi kulit lebihan roti dan simpan roti+ aiskrim ke dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum goreng.

7. Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas & goreng sehingga nampak warna roti kekuningan.
**dah nampak kekuningan terus angkat.. jangan biar lama, nanti aiskrim dalam roti cair.

8. Aiskrim goreng siap dimakan! 🙂

Cik tom harap resepi kali ni lagi senang nak follow sebab dengan gambar step by step cara buat aiskrim goreng. Mudah jer kan? Yang tinggal bila nak buat je.. heehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Resepi Aiskrim Goreng Mudah [gambar step by step]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!