Resepi Apam Polkadot Kukus Comel dan Sedap

Salam ramadhan dan 1 Malaysia..Cik tom dah lama teringin nak belajar cara-cara buat apam polkadot yang comel ni. Baru terjumpa resepi apam polkadot ini dari website myresepi.com. Terus cik tom copy untuk share di blog cik tom untuk rujukan cik tom nanti sebab nak cuba resepi ini kat rumah sewa cik tom memang tak dapat la. Takde alat kukusan untuk kukus apam polkadot. So nanti 27hb balik kampung untuk raya nanti akan cik tom cuba resepi apam polkadot dan upload gambar share dalam entry. Resepi apam polkadot ni memang mudah disediakan dan testimonial dari ramai pembaca yang cuba resepi ini juga sekali cuba terus menjadi dan sedap! Update terkini entri ialah cik tom dah cuba sendiri resepi apam polkadot dan memang sedap!

Apam polkadot

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber asal resepi: shell@myresepi

UPDATE UNTUK TAMBAHAN DARI PENGALAMAN DAN PERTANYAAN PELAWAT BLOG CIKTOM!!!

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

*Sesiapa yang nak copy resepi ini dipersilakan. Kalau nak copy masukkan dalam blog/ website, sila nyatakan sumber dari cik tom. Memang sumber asal resepi cik tom ambil dari shell@myresepi. Tapi segala ayat dan tips dalam entry resepi apam polkadot blog cik tom ini telah digubah mengikut kesesuaian, pengalaman dan ayat cik tom sendiri. Terima kasih.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

246 thoughts on “Resepi Apam Polkadot Kukus Comel dan Sedap

  • August 8, 2011 at 3:58 pm
    Permalink

    salam cik tom, mintak izin copy ye resipi ni..dah lama cari & teringin nak buat..tapi x tau la bila ada masa nk buatnya..hehe..

    Reply
    • November 28, 2011 at 10:43 pm
      Permalink

      kalau bakar boleh x?

      Reply
      • December 26, 2011 at 6:53 pm
        Permalink

        bakar boleh tapi hasilnya tak kan sama..sebab apam ni cara masakannya kukus utk texture yg lembut dan lembap..

        Reply
    • July 15, 2016 at 4:54 am
      Permalink

      Saya buat apam x naik.kenapa?

      Reply
      • November 16, 2016 at 4:24 pm
        Permalink

        sori baru smpt bc skit2 komen..susah nak jawab..dah follow betul2 tips yang ciktom bagi ke..make sure condition pengukus@steamer pun elok..

        Reply
  • August 16, 2011 at 12:22 am
    Permalink

    nak tny….ovalette 2 blh di gantikan dgn emplex ke? sbb fungsi emplex 2 as a stabilizer roti,kek,biskut,,,,

    Reply
    • August 16, 2011 at 5:52 pm
      Permalink

      kalau fungsinya sama…awak boleh cuba gunakan emplex untuk tgk macam mana hasilnya…

      Reply
    • August 17, 2011 at 2:08 pm
      Permalink

      akak boleh beli pewarna untuk warna hitam..namanya tak pasti akak..tapi ada je jual pewarna hitam…incase kalau tak jumpa akak boleh combine warna biru+merah=hitam..atau combine biru+merah+kuning+oren=hitam..

      Reply
    • August 23, 2011 at 3:29 pm
      Permalink

      memang sedap..jangan lupa untuk mencuba!

      Reply
  • August 31, 2011 at 11:05 pm
    Permalink

    Apakah jenis pewarna yang digunakan untuk apam? thanks!
    Jom baca entri terkini azu …HoneymoonMy Profile

    Reply
    • September 13, 2011 at 8:23 pm
      Permalink

      cik tom biasa guna pewarna untuk kuih jenis brand “star brand”..

      Reply
    • September 17, 2011 at 11:37 pm
      Permalink

      cuba la..memang sedap apam polkadot ni…

      Reply
  • September 25, 2011 at 3:33 pm
    Permalink

    cik tom nk tanya..apam ni ble sejuk dia mmg keras ke?time panas mmg gebu & lembut..ke sy salah buat..

    Reply
    • September 28, 2011 at 1:31 pm
      Permalink

      salam nurul…bila sejuk xkeras masih gebu seperti biasa cuma kurang sikit compare masa panas…kalau keras maybe kurang kembang masa nurul pukul telur…

      Reply
  • October 5, 2011 at 11:56 pm
    Permalink

    salam cik tom saya dah pnah mkan apam polkadot ni rse die mmg sedap sngt…tpi blom pnah wt lagi

    Reply
    • October 6, 2011 at 1:14 pm
      Permalink

      salam iza..kalau camtu boleh cuba buat resepi apam polkadot ni..memang banyak testimonial dari website myresepi bagitahu menjadi 😉

      Reply
  • October 6, 2011 at 8:49 pm
    Permalink

    a’kum…! Cik tom nk tanya saya ada try buat apom dari resepi cik tom ni tapi x menjadi,rasa dah sedap tapi keras,liat dan x naik, kenapa…boleh cik tom bg tips skit.saya teringin sgt nk bt apom pokkadot nie…,

    Reply
    • October 7, 2011 at 12:35 am
      Permalink

      1)iela mix semua adunan tue guna mixer or manual??tue pengaruhi jugak sbb bila mix manual guna tangan xberapa kembang sgt..2) iela guna mixer pukul telur n gula dengan kelajuan max sehingga kembang dan menjadi putih..lepas tue baru campur bahan2 lain( masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. lepas tu baru letak esen vanilla)…. 3) kukus guna api kecil/sederhana jangan besar…

      Reply
  • October 11, 2011 at 11:55 am
    Permalink

    macam mana nak buat dot dot tu, adakah guna bancuhan yang berwarna tu ke atau guna warna betul-betul, pas tu guna piping bag je dot dot kan atau guna lidi, saya musykil tentang tu la cik tom

    Reply
    • October 11, 2011 at 12:58 pm
      Permalink

      guna bacuhan berwarna..guna piping bag utk hasil dot dot yang kemas..pastu picit je dot dot gunakan piping bab…selamat mencuba…

      Reply
  • October 12, 2011 at 8:06 pm
    Permalink

    Cik Tom memang ikhlas memberi resepi. Ada orang suka tipu,…hilangkan satu dua bahan. Semoga amal jariah Cik Tom dirahmati Allah. Kalau boleh berilah resepi Ayam masak merah untuk digandingkan dengan Nasi Tomato tu. Lagi satu akak ada satu tip untuk nasi tomato yang lebih lazat…campurkan nasi yang sedang dimasak dengan carrot parut….gerenti terangkat abis. bye.. thanks.

    Reply
    • October 21, 2011 at 8:11 pm
      Permalink

      terima kasih akak…insyaAllah kalau berkesempatan nanti cik tom share resepi ayam masak merah untuk nasi tomato…thanks untuk tips akak tue..bagus..boleh cik tom cuba juga nanti 🙂

      Reply
  • October 13, 2011 at 1:12 pm
    Permalink

    Cik Tom, warna tu guna bancuhan tepung utk apam tu kan pastu campur warna yg kita nak betu tak?

    Reply
    • October 13, 2011 at 3:35 pm
      Permalink

      iye…guna bancuhan tepung untuk apam tue campur dengan warna bagi dot2 yang sally nak guna..pastu letak dalam piping bag…dot2 kan atas apam..

      Reply
  • October 13, 2011 at 1:32 pm
    Permalink

    TAHNIAH DIATAS PERKONGSIAN ANDA MOGA REZEKI ANDA AKAN BERTAMBAH2,

    Reply
  • October 13, 2011 at 8:57 pm
    Permalink

    a’kum cik tom ..ila dah bt apom 2 , ikut resepi yg cik tom bg hari tue…alhamdulillah dah jadi tp kenapa bila sejuk apom 2 jd keras..? adakah sb ila kukus apom 2 terlalu lama..boleh cik tom tlg bg tau mcm mana nk bt supaya apom 2 bila sejuk x jd keras.

    Reply
    • October 13, 2011 at 10:29 pm
      Permalink

      wslm ila..cuba iela try cara ni pulak; pukul telur, gula dan ovalette sekaligus sampai kembang jadi warna putih gebu (jadi macam krim),…pastu dengan speed mixer yg minimun baru masuk tepung dan berselang selikan dengan susu segar and then baru bahan2 lain. 1 lagi simpan dalam bekas tertutup agak dah xpanas sgt…ila kukus berapa lama?kukus dalam anggaran 15 minit…

      Reply
  • October 14, 2011 at 12:23 am
    Permalink

    A’kum cik tom ,ila kukus dlm masa 7 minit tu dah naik kembang elok dah.tpi ila x ankat lg la tgu agak2 dlm 15mnit ke 20 mnit bqu ila ankat..sb masa 7 mint tu dia kembang elok la..klu kukus sampai 15 ke 20 minit dia dh jd kecut blk..,kot2 la s kukus lma ka.

    Reply
    • October 14, 2011 at 1:21 am
      Permalink

      wslm..kalau dah 7 minit dah kembang n masak ila boleh angkt dah..nak cek masak ke x apam tue ila tau kan??cucuk dengan hujung lidi or garpu ke kat salah satu apam tue..tengok ada melekat x tepung apam?kalau xde pe melekat means apam tue dah masak dan boleh angkt..berapa lama utk kukus tuw anggaran dlm 10-15 minit…depends tapi api sederhana je tau..kalau api besar sgt apam akan jadi merekah dan xcantik..

      Reply
  • October 14, 2011 at 4:57 pm
    Permalink

    ciktOm..boLe sy taw..agak2 kan bape lame leh tahan ek apam ni klu wat betol2 elok menjadi..means expired dia anggaran 1 weeks ade x?

    Reply
    • October 14, 2011 at 6:46 pm
      Permalink

      kalau letak kat luar dalam anggaran 3-4 hari…kalau simpan dalam peti seminggu lebih pun tahan akak…yg kt luar tue simpan dlm bekas kedap udara xnak bg apam jd keras n juga tahan lama…

      Reply
  • October 14, 2011 at 5:44 pm
    Permalink

    A’kum cik tom…,ok la lps ni ila try bt lain tgk mcm mana…terima kasih byk2…,atas semua panduan dan tips yg cik tom bg pd ila…,

    Reply
    • October 14, 2011 at 6:41 pm
      Permalink

      wslm…selamat mencuba ye..ada pe2 perubahan boleh maklumkan kat cik tom..insyaAllah cuba setakat yang mampu..sebab cik tom pun masih diperingkat belajar dan mencuba jgk..good luck!

      Reply
  • October 14, 2011 at 8:25 pm
    Permalink

    Salam kak.. Sy pernah cuba buat.. Ada yg naik cntk.. Ada yg kkdg2 berbuih.. Bila berbuih masa sy picit kat dlm paper cup tu, lepas dh masak apam tuberlubang2.. Jd texture tk cntk.. Knpa ye kak

    Reply
    • October 14, 2011 at 9:09 pm
      Permalink

      berlubang maybe sbb adunan apam tue ada angin. so, sebelum masukkn adunan ke dlm piping bag. emi kacau adunan tue dulu. tengok texture adunan dah ok dan licin baru emi masukkn dlm piping bag. selamat mencuba 🙂

      Reply
  • October 14, 2011 at 9:56 pm
    Permalink

    Ok.. Maksudnya kita tk bleh biarkan lama laa dlm ppercup.. Nnti msk angin plak adunan tu sementara nk tunggu dlm kukusan tu masak..

    Reply
    • October 20, 2011 at 3:35 pm
      Permalink

      yup..lepas dah mix gn mixer..gaulkan sikit pastu masukkan dlm ppr cup n terus kukus..

      Reply
  • October 15, 2011 at 6:19 pm
    Permalink

    salam kak,

    saya nk tanya la..klu kita dh buat bancuhan tu,pas2 nk simpan separuh bancuhan dlm peti ais, blh thn x??

    Reply
    • October 20, 2011 at 2:58 pm
      Permalink

      salam nadiah..ciktom rasa xelok..kena terus kukus..sebab nanti bancuhan akan masuk angin dan bancuhan tue xelok lagi..

      Reply
  • October 15, 2011 at 8:27 pm
    Permalink

    salam cik tom..nk tnya ckit filling tu inti utk apam nie ke?slalunya perisa ape yg best n sdap?tq..:)

    Reply
    • October 20, 2011 at 3:24 pm
      Permalink

      yup filling tue inti untuk apam..kalau cik tom paling best blueberry…coklat pun best..depend pada apa yang iezi suka 🙂

      Reply
  • October 16, 2011 at 12:42 am
    Permalink

    hye kak…mlm nie saye try buat apam nie tok befday kakak…malangnye…xberape nk jadie..harap maklum first time buat..:D
    nk tanye tips2 kat akak..apam saya die jadie sgt2 kenyal..rase xbest lah mkn..and adunan saye mcm terlampau cair….yang berkaitan kenyal tu ade kaitan dgn teoung ke? saye rase tepung saye btol2 ikut resipi..naik tu dah lawa dah kak..cume tu lah..kenyal sgt lah pulok…kekekkee….any tips?? i wanna make it again..hopes with ur tips..it’ll be a success..:D

    Reply
    • October 20, 2011 at 1:57 pm
      Permalink

      xpe first time buat memang kurang memuaskan tapi still boleh improve untuk akan datang..tips jgn pukul semua bahan2 tue lama sangat..dah agak2 dah mix semua boleh stop n follow step seterusnya…cuba baca komen2 lain dalam entry ni untuk dapat tips yang lain..maybe ada tips yang bersesuai untuk wanie cuba..

      Reply
  • October 16, 2011 at 12:47 am
    Permalink

    oh ya…ovalette tu kak…nk guna satu sudu kecik tu..lbh kurang sudu teh ke? saye ade penyukat yg mcm2 size tu…pening nk pilih yg mane..last2 saye pilih yg kedue kecik…btol kan..?

    Reply
    • October 20, 2011 at 1:50 pm
      Permalink

      aah sudu kecik tue sudu teh..owh cik tom guna sudu kecil teh yg biasa tue je…pilih yg kedua kecik tue anggaran sama sais sudu teh ke?kl ye betul la wanie pilih tue..selamat mencuba ye..

      Reply
  • October 16, 2011 at 7:20 pm
    Permalink

    dah lama nak try baru sekarang jmp resepi thank sudi memberi ilmu

    Reply
    • October 20, 2011 at 1:39 pm
      Permalink

      sama2..selamat mencuba dan semoga berjaya..

      Reply
  • October 17, 2011 at 5:01 pm
    Permalink

    salam..maaf ye bertanya.filling tu cmne ek?sori la yer,x phm bhsa bahan2 baking ni 🙂

    Reply
    • October 20, 2011 at 1:35 pm
      Permalink

      salam ita..filing tue means inti..contoh makan roti inti kacang..kacang tue filling..so boleh pilih apa2 jenis filling yang ita suka..kalau xnak letak filling pun boleh jugak..so depend on u..good luck!

      Reply
  • October 19, 2011 at 4:44 pm
    Permalink

    salam kak ovalette tuh ape kak???

    Reply
    • October 20, 2011 at 12:12 pm
      Permalink

      Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

      Reply
  • October 21, 2011 at 10:04 pm
    Permalink

    akak, cm ner nak buat laly bird nyer apom..pastu mata die nak wat cm ner?? ade ker pewarna kaler putih…??
    Jom baca entri terkini efa …CPOC vs SapuraAcergyMy Profile

    Reply
    • October 21, 2011 at 11:53 pm
      Permalink

      aah efa kena buat bancuhan merah, hitam untuk buat ladybird…yang putih tue ialah warna asal bancuhan seblum mix dengan pewarna..

      Reply
  • October 22, 2011 at 1:01 pm
    Permalink

    salam…wah comel2 nya..suka sangat tengok lady birds ciktom, selamat berjaya ciktom..susah nak cari orang yg sanggup berkongsi ilmu ni,telus n menyeluruh

    Reply
  • October 23, 2011 at 1:23 pm
    Permalink

    salam..apam saya senget..hehehe..naper eik?
    tapi sedappp…ke sebab cup yg saya beli 2 kertas or byk sgt sya isi dlm acuan?

    Reply
    • November 26, 2011 at 4:19 pm
      Permalink

      salam apam senget maybe sbb kukusan xkemas atau masa mix tue adunan xbetul rata2..rsnya xkena mgena dgn cup kertas dan isi byk..ikut suggestion x letak 3/4 adunan dlm cup ye?

      Reply
    • November 26, 2011 at 5:27 pm
      Permalink

      cik tom xpasti budgetnya..tp lebih rm10 kl tmasuk filling, cup n lain2..

      Reply
  • October 26, 2011 at 2:05 pm
    Permalink

    akak..filling tue gantikan ngn jem boley ke?
    sye x fhm sgt ape filling tue sebenarnye…????

    Reply
    • October 27, 2011 at 12:34 pm
      Permalink

      boleh yunk..nak guna kaya pun boleh..filling tue means inti..nak apam tue inti apa??kalau xnak letak inti pun boleh..just apam kosong..cuma lagi best letak inti a.k.a filling..

      Reply
  • October 27, 2011 at 1:45 pm
    Permalink

    salam..cik tom saya nak mintak izin nak ambik resepi nih..nak cuba buat…time kasih..mintak halal ya..

    Reply
  • October 31, 2011 at 10:00 pm
    Permalink

    Salam akak , sy nak mntk izin copy resepi nie ye . Tp b4 try nak tau jugak , boleh kasi tip camne nakwat kaler y menarik yg kene campur kaler , boleh list tak . tq <3
    Jom baca entri terkini wawa alyah …RyeW kAMi 2011My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 2:47 pm
      Permalink

      salam wawa..boleh je..tips warna menarik?sori ye yang tue cik tom xtau kalau nak mix2 warna…sebab semua jenis warna dah ade jual…senang beli je..hehe..sori ye 🙂

      Reply
  • November 2, 2011 at 8:14 pm
    Permalink

    nak tanye leh tak?? nape apam saya masa mula2 buat yu ok jer cantik..tapi bla buat yg seterusnya,pas kukus dia jadi berlubang2 mcm sasrang semut..apa yg kurang yer??

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:32 am
      Permalink

      fydaa kena kacau rata adunan sebelum masukkan ke dalam cup…maybe sbb xrata tue yg jadi berlubang2 sbb dah masuk lbg angin dalam adunan..

      Reply
  • November 6, 2011 at 12:47 pm
    Permalink

    salam…apam ni mmg sedap…insy nak jgak mencubanya…nak tanya ovelette ni biasanya mudah nak dapatkan di mana yer…

    Reply
    • November 12, 2011 at 11:07 am
      Permalink

      boleh beli kat supermarket berhampiran or mana2 kedai yang jual bahan2 bakery..

      Reply
  • November 6, 2011 at 9:00 pm
    Permalink

    salam: Kenapa apam saya mekarrrr????

    Reply
    • November 12, 2011 at 11:47 am
      Permalink

      salam..maybe terlebih kuantiti baking powder..letak 1 sudu kecil..jangan sambai bumbu..pastu kukus dengan api sederhana dan constant..

      Reply
  • November 7, 2011 at 1:15 pm
    Permalink

    akum. tima kasih sbb share dgn we all resepi apam tu. nak tanya bila kita dah masuk kan adunan dlm paper cup nak kukus kita kena guna tray yg kita buat cup cake tu ke? sbb bila apam tu nak mengembang takut ia kembang kan paper cup tu so dia akan jd lg besar. tentu tak comel mcm apam cik tom tu

    Reply
    • November 12, 2011 at 11:40 am
      Permalink

      yup kena guna tray untuk kemas bentuk cup cakes tue..spnya cantik dan sama besar saiznya..

      Reply
  • November 7, 2011 at 5:57 pm
    Permalink

    salam, nk tnya pasal cup dia ni, sye cari kat tesco xde la cup tuk buh paper cup tu, klu buh lam paper cup terus adunan tu blh x? sy nk guna paper cup yg mcm biskut almond london tu je blh x?sy first time nk try wat ni..tq..

    Reply
    • November 12, 2011 at 10:55 am
      Permalink

      salam…boleh je cup saiz utk biskut almod london..erm better ada bekas untuk letak paper cup supaya apam polkadot tue cantik terbentuk..tapi tiey cubalah dulu guna..maybe menjadi cuma kurang kemas apam tue..selamat mencuba 🙂

      Reply
  • November 7, 2011 at 11:17 pm
    Permalink

    nak cube buat kek ni untuk 1st birthday anak i la.. teringin sgt nak makan, tapi kat sini takde.. kuihmuih sume mahal tersangat-sangat!! thanks cik tom!

    Reply
    • November 12, 2011 at 10:53 am
      Permalink

      ur welcome dear..selamat mencuba..hasil tangan ibu lagi best dan berharga dari beli 😉

      Reply
  • November 8, 2011 at 5:47 pm
    Permalink

    Salam kak. Aritu try buat, menjadi tapi problem dia tang filling tu. Bocor dan melekat kat bwh cup..last2 xda inti yg tinggal kat dlm apam. Camne nak buat eh?

    Reply
    • November 12, 2011 at 10:51 am
      Permalink

      maybe sbb filling/jem tue cair sgt kot…so cara utk keraskan ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. kalau rasa keras sangat, bleh tambah sedikit air. Kalaulembik, bleh tambahkn lagi filling/jem..

      Reply
  • November 11, 2011 at 2:14 pm
    Permalink

    akak, cm ner nak buat laly bird nyer apom..pastu mata die nak wat cm ner?? ade ker pewarna kaler putih…??

    Reply
  • November 11, 2011 at 3:29 pm
    Permalink

    bleh x cik tom tkrkan bhn2 di atas kedlm bentuk cwn..

    Reply
    • December 27, 2011 at 2:20 pm
      Permalink

      150 ml tu anggaran 3/4 cawan..
      275 gm dalan anggaran 2 cawan..
      220 gm dalam anggaran 1 3/4 cawan..
      yang lain seperti biasa ye..
      sorry lambat reply sbb ciktom busy sebelum ni..

      Reply
  • November 11, 2011 at 8:48 pm
    Permalink

    Slm cik tom…mtk izin nk try wat resipi ni…cun la…npk sedap

    Reply
    • November 12, 2011 at 10:33 am
      Permalink

      boleh je..memang untuk perkongsian semua..selamat mencubA.

      Reply
  • November 12, 2011 at 12:11 pm
    Permalink

    assalamualaikum che tom, nak tanya nie , nak wat apam tu bila nak kukus tu bekas paper cup tu kena letak dlm acuan lain plk ka, aritu buat dia mcm mengelebeh plak

    Reply
    • November 12, 2011 at 2:12 pm
      Permalink

      wslm..yup..paper cup tue kena masukkan dalam acuan/tray supaya apam tue terbentuk cantik bulat..

      Reply
  • November 13, 2011 at 3:59 pm
    Permalink

    slm…ciktom..trm kasih ngan resepi ini..baru jer buat. mulanya apam jadi terlalu lebut texturenye cam span.naper yer? so sye cuba tambahkan tepung dlm adunan bg pekat skit. bru nampak permukaannya tak berlubang cam span. tapi dalamnya padat skit. tapi masih lembut. tul tak caranya. sbb sblm ni tak pernah mkn apam ni…harap dapat bagi komen.

    Reply
    • December 27, 2011 at 4:03 pm
      Permalink

      salam faiz…kalau berlubang tue maybe sebab dah masuk angin dalam adunan apam tue..so utk bgi xberlubang..sebelum masukkan adunan dalam loyang (sebelum kukus)..kacau sekali adunan sebati utk pastikan xde udara yang masuk dlm adunan..yang lain rasanya dah ok..

      Reply
  • November 28, 2011 at 2:55 pm
    Permalink

    ermm … comel nyerr apam polkadot yg kak tom bwat ..
    sye nk blajar larr ..
    leh x kak om ??

    Reply
    • November 28, 2011 at 3:35 pm
      Permalink

      boleh je belajar dik..dalam entry akak ni ada ajar cara2 nak buat apam polkadot..adik boleh beli bahan2 dan cuba masak dengan emak adik ye..

      Reply
  • November 28, 2011 at 5:46 pm
    Permalink

    ciktom..suka sangatt bila tgk ada resepi ni..saya pernah wat apam ni guna resepi yg sama tapi masa tu saya mix guna tangan n bukan mixer..pastu sekatan plak agak2 jer sbb takder penimbang masa tuh..jadi mmg jadi tapi keras ler cik tom..he..he..n terima kasih dgn resepi ni n tips nak wat ladybird tu..saya nak cuba lain sbb semua bahan dah ada dah..cuma piping bag jer blum lagi..nka beli piping bag dulu lah..tq cik tom..minta izin nak letak tips n resepi dkt blog saya yer..
    Jom baca entri terkini gadisworld …Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota BercahayaMy Profile

    Reply
  • November 29, 2011 at 2:39 pm
    Permalink

    nak tanya ciktom kalau kukus kena guna loyang ke?

    Reply
    • December 26, 2011 at 6:35 pm
      Permalink

      yup kukus kena guna loyang saiz kecil..

      Reply
  • November 30, 2011 at 2:37 pm
    Permalink

    kak saya punya apam tu berlubang…sedap n lembut..sbb pengkukus ke sbb tepung kak???

    Reply
    • December 4, 2011 at 10:29 pm
      Permalink

      berlubang sebab masuk angin ni yunk…nani kena kacau dulu adunan tue sebelum masukkan ke dalam cupckes..bukan masalah pengukus or tepung..

      Reply
    • December 29, 2011 at 4:42 am
      Permalink

      tahniah! tengok pic dalam entry comel2 apam polkadot tue 😉

      Reply
    • December 29, 2011 at 11:42 am
      Permalink

      yeke…akak ekot resepi yg kak tom ni ke

      Reply
  • December 29, 2011 at 11:41 am
    Permalink

    teringin nk buat….xbiasa buat apam ni..harap menjadi…k buat untuk gift

    Reply
  • December 29, 2011 at 11:44 am
    Permalink

    kak tom…apam ni tahan bpe lme ek..kalo mimi nk star buat 3hr ke sebelum mjlis kawen boleh x…sbb nk buat bnyk kene buat awal hehe..

    Reply
    • December 29, 2011 at 10:44 pm
      Permalink

      boleh tahan selama seminggu kalau simpan dalam bekas kedap udara…

      Reply
  • December 31, 2011 at 6:17 pm
    Permalink

    nyummmyy2..sodapnya…shiupppppp…hhehehehe

    Reply
  • December 31, 2011 at 8:40 pm
    Permalink

    sedapppppppppppp nya

    Reply
  • January 2, 2012 at 8:12 pm
    Permalink

    salam kak tom..saya baru je buat apam ikut resepi akak ni..tapi masaalahnyer apam ni tak lembut lah?apa yg silap eh kak?lagi satu nak tanya 3 sudu teh baking powder tu maknanya=3 teaspoon kan??confius jap..huhu..rupa dia dah cantik..tapi teksturnya agak keras sikit…boleh tolong ajar tak apa yg saya silap?tima kasih kak tom

    Reply
    • January 10, 2012 at 10:50 pm
      Permalink

      salam nad…3 sudu teh=3 teaspoon..
      lepas apam dah tak berapa panas.. simpan dlm bekas bertutup.. insyaallah spam nie masih lembut, gebu n tak keras..
      kalau memang dari awal keras tesktur walaupun dah simpan dalam bekas tertutup, cuba kurangkan sedikit kuantiti tepung..

      Reply
  • January 6, 2012 at 1:57 am
    Permalink

    Salam..camne nk dot2kn apam 2 ekk?nk pakai apa utk lukis2?maaflerr..sy ni x reti lnsg wt kek..tp nk try sgt,huhuhu…satu lg,kt mana nk carik ovalette?

    Reply
    • January 13, 2012 at 12:53 pm
      Permalink

      ovalette boleh cari kat bakery or mana2 supermarket berdekatan ye..kl xjupe tanya je pekerja kat situ..huhu..
      nak buat dot2 tue guna adunan yang sama juga cuma campur dengan pewarna..pastu masukan dalam piping bag n dot2 kan atas apam..

      Reply
  • January 7, 2012 at 4:10 pm
    Permalink

    cik tom nak buat dot2 tu kena bancuh dgn sedikit adunan putih tu ke

    Reply
  • January 10, 2012 at 12:57 pm
    Permalink

    knp sy buat x jadi… 🙁 jd leper jek x naik pon..

    Reply
    • January 14, 2012 at 3:36 pm
      Permalink

      aik jadi leper? xcukup serbuk penaik or teknik masa pukul tue xpukul dengan constant..semua boleh jadi faktor..

      Reply
  • January 10, 2012 at 6:21 pm
    Permalink

    comel2 apam nieee,,,nk try buat la…(faryon

    Reply
  • January 11, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    aaww,, comeynyee…. nk try laa.. tpi klw telur tu yg byase pnye xleh ke??

    Reply
    • January 15, 2012 at 11:32 am
      Permalink

      telur biasa pun boleh tapi depend on gred..kalau gred c tambah sebiji/ 2 biji lg telur sb saiz gred c kan telur kecil.

      Reply
  • January 12, 2012 at 9:08 am
    Permalink

    hahaha. Cik tom! ambe sekarang ni tengoh belajo nak buat keuh heh he. Pasni ambe nk try pulok apam cik tom nih! mekasih 4 entry ni..

    Reply
  • January 20, 2012 at 8:09 pm
    Permalink

    Salam…cik tom…kte nk tnye….nape kte wat apam ni jd cm ade rongga2…smpai dot2 tu x nmpk sgt…hehehehe…..

    Reply
    • January 23, 2012 at 4:21 pm
      Permalink

      salam..berongga sebab dah masuk angin dalam adunan apam..sebelum masukkan apam ke dalam cup..make sure kacau sekali lagi last baru masukkan dalam cup..pastu kalau balut alat kukusan dengan kain utk make sure xde air yg masuk apam..

      Reply
  • January 22, 2012 at 11:39 am
    Permalink

    NAMPAK CANTIK NYA LAH APAM POLKODOT NIE…RASA MACAM NAK MAKAN JER…TERLIUR AIR LIUR AKU MELIHATNYA

    Reply
  • January 26, 2012 at 12:12 pm
    Permalink

    salam..ermm lama da nak cuba wat kuih ni..tp xtau mcm mana nak buat,,,,bole tunjuk video ker..

    Reply
    • January 28, 2012 at 11:03 pm
      Permalink

      takde video yunk..just follow step..insyaAllah menjadi or maybe boleh try cari tutorial video di youtube..

      Reply
  • January 27, 2012 at 4:14 pm
    Permalink

    x bape phm lh 3 sudu teaspoon.sudu besa o sudu kecik eh ciktom

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:09 pm
      Permalink

      teaspoon tue means sudu teh @ sudu kecil dear.

      Reply
  • January 28, 2012 at 8:16 pm
    Permalink

    cik tom

    cam mane nak buat apam tu jadi lembut yek.dah 2 3 kali buat tak lembuat..rupe dah lawa dah..tp keras pulak..adunan semua sama jek

    Reply
    • January 29, 2012 at 4:30 am
      Permalink

      lepas dah agak2 sejuk tue terus je simpan apam tue dalam bekas kedap udara..utk pastikan apam tue lembut..xboleh terdedah sebab apam tue akan jadi keras.

      Reply
  • January 28, 2012 at 11:05 pm
    Permalink

    salam…sy nk tnya…sy dah buat apam polka dot ikut resepi cik tom..
    dan elok hasilnya..cuma filling melekat dkt bwh cup? knpa ya??
    tqvm.. =)

    Reply
    • January 29, 2012 at 3:09 am
      Permalink

      salam..filling melekat kat bawah sebab cair sangat filling tue..mso cara utk keraskan ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. kalau rasa keras sangat, bleh tambah sedikit air. Kalaulembik, bleh tambahkn lagi filling/jem..

      Reply
    • January 29, 2012 at 3:45 pm
      Permalink

      ok…tima kasih cik tom..
      nnti sy cuba lagi…. =)
      km seisi keluarga sgt suka…..

      Reply
    • February 19, 2012 at 4:08 am
      Permalink

      filling tue inti..inti untuk apam..contoh inti coklat, strawberry etc.

      Reply
  • January 31, 2012 at 12:44 pm
    Permalink

    salam hye..terujanya….hehehe..
    comel!!! nak try buat..tengs yea kongsikan resipi nie..dah lama teringin nak buat sendiri..nak cuba..:)

    Reply
  • February 1, 2012 at 3:34 pm
    Permalink

    salam cik tom..best la rasa..saya dah cuba buat..baru ni tngok apam polkadot strawbery..tangkai daun dan dot2 tu timbul la..cik tom tahu tak buat macamna?..kalu tahu bleh kongsi bersama..

    Reply
    • February 21, 2012 at 8:06 pm
      Permalink

      salam..sori cik tom xtau..maybe boleh try google cari tutorial sedemikian.

      Reply
  • February 2, 2012 at 12:59 am
    Permalink

    sy nk sgt try buat apam ni..tp satu ya sy takut..sy takut xjd..
    bkn sbb resepi..tp sy takut mungkin teknik sy kacau nnt slh…
    ade x teknik mengacauny?
    tepung nk masuk sikit2 ke?.baking pwder masuk bile ye?

    Reply
    • February 19, 2012 at 8:27 am
      Permalink

      kena cuba baru tau menjadi ke x?kdg2 first xmenjadi sgt.kena cuba smpi berjaya…teknik kacau?just guna mixer…ada state kelajuan maksima dan juga minima dalam entry..yup tepung masuk sikit demi sedikit sekali dengan baking powder..ciktom dah edit update entry ni..sebb tertinggal step masukkan baking powder..

      Reply
  • February 2, 2012 at 11:33 am
    Permalink

    cik tom….
    apam sy kurang lmbut la…..
    cm mna ne?

    Reply
    • February 21, 2012 at 8:22 pm
      Permalink

      maybe sebab adunan tidak betul2 sebati.

      Reply
  • February 2, 2012 at 6:03 pm
    Permalink

    salam ciktom…sy da try buat da tapi permukaan apam tu xnaik membulat..permukaannya rata sahaja..knp ye ciktom..??

    Reply
    • February 21, 2012 at 8:24 pm
      Permalink

      cara teknik masa mix tue..cuba follow balik step first mixer kelajuan max..pastu campur bahan lain dan guna kelajuan minimun..kukus dgn api sederhana..

      Reply
  • February 3, 2012 at 5:35 pm
    Permalink

    wahh..dh lama nk blaja wat apam polkadot nie..mcm bezz jew..bru jew kwenn, nk tnjuk skill wat apam polkadot kat husband la mcm nie..slalu wat kuih tradisional jewkk..hihihi 🙂

    Reply
  • February 3, 2012 at 5:58 pm
    Permalink

    filling tue nak buat macam mana??

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:33 am
      Permalink

      filling tue boleh amik jem buah-buahan, kaya, coklat or boleh beli filling di kedai bakery.

      Reply
  • February 3, 2012 at 9:55 pm
    Permalink

    salam,saya telah mencuba resepi cik tom..tp kenapa ap0m yg saya buat merekah di bahagian atas apabila masak..ap0m tu jadi xsekata..knp ye???

    Reply
    • February 19, 2012 at 4:07 am
      Permalink

      salam..Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.

      Reply
  • February 4, 2012 at 2:45 pm
    Permalink

    sis,.. nk tnye laa..ble gune baking p0wder nye?? ..

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:52 am
      Permalink

      sorry ciktom dah edit step baru dan tips yang lebih lengkap untuk buat apam polkadot..

      Reply
  • February 7, 2012 at 5:21 pm
    Permalink

    assalamualaikum cik tom…

    umie baru try resepi cik tom..suka sgt..menjadi…terima kasih utk resepi tu yer…

    Reply
  • February 13, 2012 at 2:59 pm
    Permalink

    Filling tuh kan,mmg ada jual filling tuk buat kueh or bley amik jem strawberry/blueberry jer letak dlm kueh tuh?? Kalu letak coklat coki2 or kaya ok tak??sile komen asap sbb nk try buat jugak kueh ni..untuk majlis cukur jambul ank.

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:25 am
      Permalink

      sori br on9..boleh guna mana2 jenis filling yg special jual or jem biasa..letak coklat choki pun boleh..kaya pun boleh..

      Reply
  • February 15, 2012 at 9:12 am
    Permalink

    mtk share resepi ni yer…nk try buat…:)

    Reply
  • February 15, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    salam cik tom, nk tanya kalo ovallete xdigunakan, ble x?
    tq

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:24 am
      Permalink

      salam..kena guna ovallette..kalau tak apam xkan naik dengan cantik dan gebu.

      Reply
  • February 15, 2012 at 5:36 pm
    Permalink

    sye da try da rsepi kt ats ny tpi np still mrekh wlu api kcil..ade rhsie lain k ntok elkkan jd mrkah?..

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:27 am
      Permalink

      kalau still merekah cuba kurangkan kuantiti baking powder…

      Reply
  • February 16, 2012 at 3:50 pm
    Permalink

    Cik tom letak ovalette accordingly tak? Saya buat texture dia ok lah but kalau nk lembutkan lg kena lebihkan ovalette? Atau sebenarnya telur n gula pukul x cukup kembang eh?

    Thanks in advance for your reply 🙂

    Reply
    • February 19, 2012 at 4:06 am
      Permalink

      ciktom guna semua bahannya betul2 ikut anggaran dalam resepi ni..tapi kalau rasa nak lembut lagi texture maybe boleh lebihkan…try n error..telur n gula mesti pukul dengan kembang untuk make sure texture apam lembut..
      ciktom ada update step lain dalam entry ni..kalau nak cuba step ni boleh try tengok apa hasilnya.

      Reply
  • February 16, 2012 at 9:39 pm
    Permalink

    salam..kak,sya berminat nak bt kuih apam ni..tpi saya x berapa fham tutorial yg ditulis..mcm mna nak jdikan apam tu pokadot…cantik sgat..

    Reply
  • February 17, 2012 at 3:41 pm
    Permalink

    cumel je nmpk apam ni..cik tom..mintak jasa baik skit buleh? kt umah ni xde alat timbang2 tu..maklum la org bujang..kalo ikut sukatan cawan berapa ye utk bahan2 tu..tingin nk try..huhu

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:22 am
      Permalink

      Ini hanya anggaran;
      275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
      220 gm gula halus (1 cawan)

      Reply
  • February 17, 2012 at 5:25 pm
    Permalink

    saya berminat sgt nak mencuba. tapi bole tak bagi resepi utk tepung gandum dan gula dlm sukatan cawan?pls..tq

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:20 am
      Permalink

      Ini hanya anggaran sebaiknya sukat guna alat penimbang;
      275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
      220 gm gula halus (1 cawan)

      Reply
  • February 20, 2012 at 1:35 am
    Permalink

    boleh bg resepi apom ni lg bnyk tak….sya nk try cba buat tgk…

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:46 am
      Permalink

      sori buat masa ni itu je resepi yang dapat cik tom share.

      Reply
  • February 20, 2012 at 9:29 am
    Permalink

    sis, mmg comel sangat apam polkadot ni.. tp kan sis, saya tak berapa faham ttg cara nak elak apam dari melekat. berapa banyak anggaran margerin yang nak digunakan tu? and kita campur margerin+tepung plus filling ke? tq ^^

    Reply
    • February 20, 2012 at 12:53 pm
      Permalink

      erm elak apam dr melekat??dalam resepi ni dah siap semua dah listkan senarai bahan buat apam dan xperlu pun gunakan majerin..nanti adunan akan dimasukkan terus dalam papercup yang dimasukkan dalam loyang.so apam tue akan melekat pada papercup tapi xperlu letak majerin utk elak apam melekat.

      Reply
  • February 26, 2012 at 7:25 pm
    Permalink

    Salam Cik Tom, saya dah try resepi kat atas tu menjadi dan sedap cuma satu jer bila dah kukus papercups tu jd kembang dah hilang bentuk asalnye…mcm mana Nak buat yer.., ;(

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:14 pm
      Permalink

      wslm..adik kena letak papercup tu dlm bekas acuan utk kertas cupckes..lepas tue baru masukkan adunan apam..bila apam masak apam jadi terbentuk n xjadi kembang..

      Reply
  • February 26, 2012 at 10:20 pm
    Permalink

    cik tom sy telah byk kali buat apam polkadot…sy xtahu kenapa arini apam sy tidak menjadi baancuhan pertma apam berlubang2 kecil…bancuhan kedua die merekah wlaupon api telah sy kecilkan..then sy kurngkan baking powder pada bancuhan kedua pon still merekah..selepas itu sy kurangkan kandungan dlm paper cup letak separu penuh…apam tidak merekah lg tetapi jd gelembung udara padalah itu adalah bancuhan yg sama…adakah sy salah dlm mengukus sy pakai api yg paling kecil……………….bantulah sy buntu…… actually apam ni adalah pendptan sampingan sy..sy ade tempahan utk majlis tempahan tunangan jika inilah hasilnye sy xtaulah nk buat mcmana…………….

    Reply
    • April 21, 2012 at 7:01 pm
      Permalink

      kalau berlubang2 means adunan masuk angin..so kacau adunan sebati sebelum msk dalam paper cupcakes..setakat ni just follow resepi n teknik2 mcm cik tom buat menjadi je..xde kurangkan apa2 kuantiti bahan2..

      Reply
  • February 27, 2012 at 10:27 am
    Permalink

    salam kak saya ada ikut resepi diatas tapi ada masa lembut & ada masa keras cam mana nak bg lagi lembut ye.. tq

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:18 pm
      Permalink

      bila rs agak2 sejuk terus simpan apam dlm bekas kedap udara utk elak apam keras.

      Reply
  • February 27, 2012 at 2:10 pm
    Permalink

    camana nak bg apam ni lbh lembut adakah kalau letak minyak masak boleh lembutkan apam

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:15 pm
      Permalink

      follow je semua bahan2 ini akan menjadi lembut..salah teknik o tak follow menyebabkan apam jadi kurang lembut..

      Reply
  • February 28, 2012 at 10:00 pm
    Permalink

    slm..alhamdulillah..akhirnya hr ni sy dpt buat apam polkadot..mintak halal ye guna resipi ciktom..first try menjadi..jd aktiviti kluarga..suami n ank pun join lukis/dot2 apam tu…

    Reply
  • March 2, 2012 at 8:35 pm
    Permalink

    Td dh buat skali bantat, rsanye dh ok. Maybe x ckp kembang kot. Klau nk bg apam tu bulat cantik mcm mna? Susun papercup dlm loyang rapat2 ker atau kna msuk acuan yg kecil2 plak? Hrap dpt membri pertolongan

    Reply
    • May 4, 2012 at 12:06 pm
      Permalink

      masukkan papercup dalam acuan kecil2 supaya apam terbentuk cantik.

      Reply
  • March 2, 2012 at 9:35 pm
    Permalink

    slm sis ..nk tny mcm mn nk wat yg dot2 tu bg nmpk cantik,sy br nk cb try buat apam nie….

    Reply
  • March 3, 2012 at 3:00 pm
    Permalink

    kat mane nak beli piping eyh ???

    Reply
    • April 21, 2012 at 8:02 pm
      Permalink

      boleh beli kat supermarket or kedai jual alat bakery..

      Reply
  • March 5, 2012 at 4:09 pm
    Permalink

    salam cikton..saya kompius bab2 nkwt dot2 tu mcm mner??? sementara nih saye cuba pepandai sendri jer amik ckit adunan tuh dan warnakan dgn warna yg saya suka utk dot dot kan boleh ker??

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:21 pm
      Permalink

      yup campur adunan dengan warna..lepas tue dot2kan je atas adunan yg dlm cawan kertas.

      Reply
  • March 7, 2012 at 9:54 am
    Permalink

    assalam sis,
    sy ade cuba buat few apam polkadot nie tapi itulah kadang tuh jadi keras sikittt jer..rasa sedap cuma klu boleh dilembutkan lagi mmg sedap..saya ade lebihkan 1/4sdt ovalette dr sukatan asal, itu yg jadi lembut tp bau/rasa ovalette tuh boleh tangkapla..sis ade idea x how to maintain apam ni lembut for the next day?
    lagi satu adakah acuan papercup mempengaruhi kelembutan tu.sbbsy guna papercup size besar daripada papercup almond london..
    harap sis dpt membantu
    tq =)

    Reply
    • May 4, 2012 at 1:11 pm
      Permalink

      kalau rasa ada bau utk hilangkan bau masukkan esen vanilla..maintain apam lembut ialah simpan dalam bekas kedap udara..1 lg boleh kukus balik apam ni incase rasa keras..saiz papercup xde efek pada kelembutan apam..

      Reply
  • March 7, 2012 at 6:21 pm
    Permalink

    cik tom sukat dia gna cwan kecil ke besar

    Reply
  • March 9, 2012 at 1:10 pm
    Permalink

    sis, asl sy wat x jd pun apam polkadot ni? bantat.. hahaha..

    Reply
  • March 12, 2012 at 5:33 pm
    Permalink

    saiz apam polkad0t tu sbesar mne erk?? kcil sngat ker cup yg dperlukan

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:09 pm
      Permalink

      depend pada saiz yang awak nak guna besar atau kecil..tp ciktom gguna kecil je..saiz mcm biskut raya.

      Reply
  • March 12, 2012 at 5:40 pm
    Permalink

    cik t0m …. brape hari agaknyerr apam polkadot tu bleh tahan ???

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:09 pm
      Permalink

      boleh tahan sampai seminggu kalau masukkan dalam bekas kedap udara.

      Reply
  • March 12, 2012 at 9:19 pm
    Permalink

    macam mane nak buat corak polkadot tu?minta tolong explain sikit

    Reply
  • March 12, 2012 at 9:24 pm
    Permalink

    maaf saya baru belajar memasak kuih jadi saya ingin tanya macam mane nak buat corak polkadot harap dapat balas.terima kasih

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:08 pm
      Permalink

      corak polkadot tue just dotkan je atas adunan cupcake dalam cawan kertas sebelum dikukus.

      Reply
  • March 15, 2012 at 5:21 pm
    Permalink

    salam kak ciktom…
    sy da 2x kali buat tp sume xkembang elok pn…kali ke2 buat, yang mula2 je kembg siket..y akhir2 xkembg,padu je, berat.macam bantat je..ape sbbnya ya?hrp blh bg petua..t.kasih.

    Reply
    • May 4, 2012 at 12:34 pm
      Permalink

      ciktom ada update tips tambahan..sila rujuk ye.

      Reply
  • March 17, 2012 at 9:30 pm
    Permalink

    saya dah cuba buat….jadi,sedap dan comel….tq..

    Reply
  • March 18, 2012 at 9:26 pm
    Permalink

    cik tom nak kukus apam uh nak kena guna acuan ke? lapik kertas tu? saya buat jadi kemek pulak

    Reply
    • March 21, 2012 at 12:10 pm
      Permalink

      letak kertas cupcake tue dalam acuan supaya xjadi kemek bila masak..

      Reply
  • March 19, 2012 at 2:15 pm
    Permalink

    cik tom sy dh..mmg jd..tp merekah la..ade tips?

    Reply
    • April 22, 2012 at 12:59 am
      Permalink

      kukus dgn api perlahan utk elak apam jadi merekah..

      Reply
  • March 19, 2012 at 4:57 pm
    Permalink

    salam cik tom.. resepi apam polkadot ni mmg xde butter/marjerin ke?

    Reply
  • March 19, 2012 at 4:59 pm
    Permalink

    oh ya, lg 1, 150ml tu bersamaan berapa klo ikut sukatan cawan?

    Reply
    • April 22, 2012 at 12:58 am
      Permalink

      ada cik tom masukkan semua anggaran cawan dalam entry..sila tengok ye..

      Reply
  • March 19, 2012 at 5:09 pm
    Permalink

    dan kalo nk keraskan filling tu nk guna bpe byk marjerin? ciktom xde nyatakan.. ciktom juz nyatakan 1sudu besar tepung je….

    Reply
  • January 22, 2013 at 1:10 am
    Permalink

    Assalamualaikum cik tom…
    Saya nak tanya, ada x bahan lain yang boleh digantikan dengan ovalette..

    Reply
    • January 22, 2013 at 11:02 am
      Permalink

      wslm..sorry cik tom xsure ada bahan lain utk ganti atau x…tp kl xletak ovalette apam jadi xgebu n cantik..

      Reply
      • January 24, 2013 at 1:27 am
        Permalink

        Ok thanz 4 the information..

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!