Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

Salam… Kita tinggalkan sejenak contest Eyriqazz vs Denaihati – Blogger Hebat! Sehari sebelum cik tom berangkat kerja ke Negeri Sembilan pada hari Sabtu 2/6/2012, cik tom ada sponsor buat majlis barbeque bersama famili. Keluarga cik tom memang suka sangat buat majlis makan-makan berunsurkan barbeque ni. Last kitaorang buat barbeque masa majlis Sambutan Hari Lahir Emak dengan BBQ. Tahun lepas buat kat rumah abang so mostly preparation oleh abang2 dan kakak2 ipar. Majlis ini oleh sebab cik tom yang suggest dan sponsor + famili abang sibuk dengan undangan kahwin sanak saudara belah kakak ipar, so mostly terpaksa cik tom buat sendiri.

Untuk rempah ayam barbeque madu just buat sendiri lagi sedap. Selain tu, cik tom pun try kali pertama buat air buah mocktail, boleh tengok -> Resepi Air Buah Koktail Berkastard dan juga cik tom masak Apam 1 Malaysia (untuk resepi ini list akan datang ye). Jom kita tengok bagaimana Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap yang cik tom gunakan kali ini. Hasil rempah yang cik tom buat, daging ayam yang diperap dan ayam barbeque yang telah siap dibakar seperti gambar dibawah ye.

Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap
Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

1 kilo ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk jintan kasar (jintan manis)
1 sudu besar serbuk jintan halus (jintan putih)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar madu (kalau takde boleh ganti gula tapi tak sesedap madu)
1 sudu besar kicap pekat (kalau takde kicap biasa pun ok!)
secukup rasa garam
** bahan-bahan ini untuk anggaran 1 kilo ayam bukan sekor ayam ye. So, nanti bila beli ayam tue tanya berapa kg berat ayam yang korang beli dan darabkan je dengan kuantiti bahan resepi ayam barbeque ini ye. Macam cik tom darabkan dengan 10x sebab 4 ekor ayam semua berat dalam 10kg.

Cara-cara masakan Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

1. Mulakan dengan basuh dan cuci daging ayam dan rendam sekejap dengan limau nipis sikit untuk kurang bau hanyir ayam. **Jangan lupa kelarkan isi daging ayam tue supaya bila perap daging ayam dengan rempah akan mudah lagi rempah menyerap sehingga ke tulang ayam.

2. Biarkan seketika daging ayam dengan toskan ke dalam bakul.

3. Jom prepare pulak untuk rempah barbeque ye. Ok masukkan bahan-bahan rempah dan yang lain kesemuanya ke dalam dalam blender dan blend sehingga sebati.

4. Dah siap blend rempah dan ayam pun dah kering dari air. Kita gaulkan daging bersama rempah yang dah diblend. Gaulkan sehingga sebati antara rempah barbeque dan daging ayam.

5. Tutup dan simpankan@ perap dalam peti sejuk selama semalam untuk lagi sedap. Tapi cik tom buat hari tue pagi cik tom perap dan malam tue bakar alhamdulillah dah menyerap rempahnya dan sedap.

6. Selepas perap boleh mula bakar ayam barbeque madu ni ye.
**tips amik 2 batang serai hidup, ikatkan dan tumbuk2 hujungnya. Campurkan sedikit minyak bersama rempah babeque madu ke dalam mangkuk kecil. Sambil2 bakar boleh sapu daging ayam tue dengan guna hujung serai yang dah ditumbuk celup dalam minyak+rempah.

So, macam mana dah ready nak buat barbeque before bulan ramadhan? Selamat mencuba Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

52 thoughts on “Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

    • June 28, 2012 at 12:26 am
      Permalink

      biasalah perempuan xlari dr hobi memasak…

      Reply
  • June 26, 2012 at 10:43 am
    Permalink

    wahh.. nampak macam sedap aje ayam madu tu.. nak sikit

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:21 am
      Permalink

      resepi akak ipar ni..jomlah cuba masak sendiri pulak rempah babrbeque..

      Reply
  • June 26, 2012 at 2:20 pm
    Permalink

    hok gini malas masak, oder je, ciktom kasik bungkus 5 ketul, ptg nnti ambik 🙂

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:03 am
      Permalink

      jangan malas2…dah bagi resepi dah tue siap tips lagi..

      Reply
  • June 26, 2012 at 4:03 pm
    Permalink

    tengok resepi dah sedap belum wat lagi..blg la guna resepi cik tom nie nanti

    Reply
  • June 26, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    dah masak? pos la ke banting..

    Reply
  • June 26, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    dah masak? pos la ke banting..

    Reply
    • June 27, 2012 at 11:11 pm
      Permalink

      masaklah sendiri..kan dah bagi resepinya..

      Reply
  • June 26, 2012 at 10:03 pm
    Permalink

    tak pernah lagi buat ayam barbeque

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:59 pm
      Permalink

      biasalah org perempuan..kena asah skill masak memasak..

      Reply
  • June 26, 2012 at 11:06 pm
    Permalink

    Cik tom,memang kena perap dalam peti sejuk semalaman ke??tak pernah lagi buat..biasa perap sejam jer..hehe..nanti kena try…

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:57 pm
      Permalink

      perap lama lagi sedap…tp perap sejam boleh je cuma rempah kurang menyerap dlm isi ayam la..

      Reply
    • June 27, 2012 at 10:44 pm
      Permalink

      ala kesian pulak..pasni boleh buat bbq kat umah…hee

      Reply
  • June 27, 2012 at 12:00 am
    Permalink

    Kenapa yang ada hangus sedikit kabur gambarnya? 🙂 Usik sahaja Cik Tom yer.

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:43 pm
      Permalink

      yg hangusnya kena tanya yang tukar bakar la jawabnya- abang2 ciktom…hehee…

      Reply
  • June 27, 2012 at 10:29 am
    Permalink

    memang rajin la cik tom ni , nanti kalau masak banyak tu pass kat sini sama

    Reply
    • June 27, 2012 at 9:26 pm
      Permalink

      boleh je..tapi siapa ni ye?? takde tinggal url blog pun?

      Reply
  • June 30, 2012 at 10:43 am
    Permalink

    Ciktom masak ni ke raya ke-2 nnt?

    Reply
    • July 3, 2012 at 9:08 pm
      Permalink

      raya rasanya tak buat bbq ni leceh pulak..nanti asap pulak baju raya..hehe

      Reply
  • July 2, 2012 at 3:33 pm
    Permalink

    okay gak ada resepi dan cara buat ni. mana tau satu hari nanti boleh pulak bakar sate sendiri kan…trima kasih cik…

    Reply
    • July 3, 2012 at 7:31 pm
      Permalink

      yup mmg xmustahil satu hari bakar sate sendiri plk…sama2

      Reply
  • July 13, 2012 at 8:46 pm
    Permalink

    huhuhu …
    fiyka da cube …
    sedap3 ….
    yummmmieeeeee …
    🙂

    Reply
  • September 6, 2012 at 4:03 pm
    Permalink

    untunglaaa…wat bbq tyme ti tak dop…huk3…nak rase jugokkkkkkk…

    Reply
  • January 13, 2016 at 6:15 pm
    Permalink

    Enak Nih Makanan Nak suruh emak aku masakin ayam barbeque aah !! Pasti lezaaaatt

    Reply
    • January 14, 2016 at 4:21 pm
      Permalink

      ayam barbeque lagi seronok makan bakar beramai2..perap sendiri pun senang je ni..

      Reply
  • February 10, 2016 at 5:28 am
    Permalink

    Setelah mondar mandir nyari resepnya akhirnya ketemu juga dengan resep ayam barbeqiu ini.mudah mudahan besok lancar waktu nyoc resepnya.soalnya special ayam nya buat seseorang

    Reply
    • February 17, 2016 at 5:48 pm
      Permalink

      resepi ayam bbq ni mudah je penyediaanya…selamt ber bbq..

      Reply
    • February 17, 2016 at 5:26 pm
      Permalink

      ayam barbeque memang best! rindu pulak nak buat makan2 BBQ..hehe

      Reply
    • February 17, 2016 at 10:57 am
      Permalink

      resepi ayam BBQ ni memang sedap..cubalah

      Reply
  • March 24, 2016 at 2:31 pm
    Permalink

    Kalau rebus ayamnya dulu bole x.. nt time bkr xyah lame2.. ape nasihat cik tom?

    Reply
    • March 28, 2016 at 9:36 pm
      Permalink

      sorry dear..baru sempat on9…boleh je cuma nanti perapan sos barbeque kurang umppph..sebab bila rebus ayam dah kira masak kan..perap sos kira kurang serapan…faham x dear? hehe

      Reply
  • July 14, 2016 at 9:18 am
    Permalink

    Salam Cik Tom. Kalau saya nak rebus ayam tu dulu, saya rebus sebelum step yang mana ya? Saya tanak nanti dah bakar tapi isi ayam masih mentah. Thanks.

    Reply
    • October 21, 2016 at 9:43 am
      Permalink

      Wslm..rebus b4 perap dgn rempah bbq..suggestion rebus sparuh masak je.

      Reply
  • April 22, 2018 at 2:56 pm
    Permalink

    Ciktom ITU resepi rempah basah…boleh bagi saya resepi rempah kering guna serbuk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!