Salam sejahtera.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi ayam goreng kunyit yang cik tom masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Cik tom biasa masak lauk pauk dan nasi secara bergilir-gilir dengan seorang lagi kawan cik tom selepas kitaorang balik dari kerja. Resepi ayam goreng kunyit ini dapat dimasak dalam anggaran 15 minit. Resepi ayam goreng kunyit yang cik tom masak ini hanya untuk 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari anggaran 2 orang, korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye.
Tawaran Ibadah Korban ( dibuka musim haji) dan Akikah (dibuka sepanjang masa) di Kemboja
Cara-cara menjahit Baju Kurung Tradisional/ Moden & Baju Melayu!
Jawatan kosong: Pekerja Part-Time/ Sepenuh Masa Di PerlukanBahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit ( untuk 2 orang makan )
Bahan A untuk resepi ayam goreng kunyit ;
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya utk mengoreng
Bahan B untuk resepi ayam goreng kunyit ;
2 biji jagung muda (dihiris)
2 biji lada besar merah (dihiris)
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bwg putih (dipecahkan)
1 sudu kecil minyak untuk menumis
Cara-cara masakan resepi ayam goreng kunyit ;
1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, kemudian toskan minyak.
2. Masukkan dan panaskan minyak di dalam kuali.
3. Kemudian masukkan dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam kuali.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
6. Apabila sayur sudah masak, sila masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu resepi ayam goreng kunyit. ^_^




cik tom suke buat orang lapaq..
aym grg kunyit lahh.aym msk kurma lahhh.haha
cik ery recently posted..Follower itu penting atau tidak?
hehe…rasa lapar akan buat cik ery untuk mencuba resepi masak memasak cik tom…hehe
a’ah lar…..sedap..
alhamdulillah baguslah
boleh cuba ni.. yummy..
NUR recently posted..Live Clear. (Adv- Scroll for latest entry)
selamat mencuba ye…resepi simpla tapi sedap..boleh masak untuk waktu berbuka dan sahur…
menu wajib akak time sahur ni..:)
diana recently posted..Aku pasrah…
wah menu wajib akak ni..hehe…
cik tom pandai masak~~~
hari hari tunggu resepi je ni^^
el-janna recently posted..Mungkin Aku bukan minat sangat dengan K-POP ni..-.-"
takdelah pandai…masih berjinak2 belajar masak memasak..kena asah bakat sebelum kahwin..huhu
saya selalu makan nasi goreng ayam goreng kunyit kat kedai, sedap, nampaknya resepi ayam goreng kunyit x la sesusah mana, thanks cik tom
Juan recently posted..Kadar Zakat Fitrah 2011 | 1432H
yup memang resepi ayam goreng kunyit ni mudah je..juan pun boleh try praktis masak kat rumah..kerja memasak bukan untuk perempuan je kan..chef yang hebat2 ramai lelaki..hee
jalan-jalan terjumpa resepi nih.. ptg ni nak try la…hehe
siti recently posted..Budak 6 Tahun Hampir Diculik
selamat mencuba ye..
Ringkas n mudah resepi c.tom tu….sy nk Cuba la…..
yup memang mudah cam taglinenya tapi sedap rasanya..insyaAllah…selamat mencuba.