Post navigation

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi ayam masak kicap yang cik tom masak. Cik tom suka masak resepi ayam masak kicap sebab cara yang mudah nak masak dan menyelerakan. Resepi masakan ayam masak kicap yang cik tom masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye. Cubalah resepi bujang ayam masak kicap.

ayam masak kicap

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap ( untuk 2 orang makan )

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi ayam masak kicap;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi.

3. Masukkan ayam, kicap, cili padi, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.

5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak kicap mudah dan sedap ;)

********************************************************
klik sini

klik sini

20 thoughts on “Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

    • hehe..rasa kena stop sementara kot resepi masak memasak ni..or publish sekali 2kali seminggu je sebab ada yang dah tegur blog jd blog masakan..haaaaha

    • jangan sedih2 ye…kena banyak bersabar..tahniah dapat baby baru..cik tom banyak share resepi simple2…blog cik tom share resepi yang simple dan mudah untuk abang zack cuba ;)

  1. cik tom, serbuk perasa tu nama ape? rasaku tu ke? pernah mase tu, ada sorang akak ni, masak daging masak kicap jugak, pakai sos lada hitam life. bessst giler3 dia masak. tapi anis buat xpernah sedap..xtau kenapa..masak mmg fail hahaha