Post navigation

Resepi Ayam Masak Kurma Cara Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi ayam masak kurma yang lazat untuk hidangan bujang atau keluarga. Cuma korang kena ubahsuai kuantiti mengikut jumlah berapa orang makan. Resepi ayam masak kurma yang cik tom kongsikan ini untuk anggaran 2 orang makan sahaja. Resepi ayam masak kurma ini amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Resepi ayam masak kurma ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kurma  ( untuk 2 orang makan );

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200gm
1 biji ubi kentang  (dipotong)
1 inci halia (dihiris)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 biji bunga lawang
2 sudu besar serbuk santan dibancuh dengan air
2 sudu besar serbuk Kurma Ayam dan Daging Cap Adabi dibancuh dengan air
1/2  sudu kecil serbuk perasa
garam secukup rasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

ayam masak kurma

Cara-cara Masakan Resepi Ayam Masak Kurma;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar + bawang putih yang dikisar, bunga lawang dan halia sehingga naik bau.

3. Masukkan bancuhan serbuk kurma ayam adabi dan kacau sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam dan air secukupnya untuk empukkan ayam. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.

5. Kemudian masukkan bancuhan santan, bawang yang dipotong dan kentang yang dipotong ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah yang banyak.

8. Tutup kuali seketika lagi sehingga ubi kentang masak.

9. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak kurma yang mudah untuk disediakan. Resepi masakan ayam masak kurma ini juga sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka mahupun bersahur.

********************************************************
klik sini
klik sini

20 thoughts on “Resepi Ayam Masak Kurma Cara Mudah dan Sedap

    • yup akak..memang masakan kurma ni mudah…cik tom pun kat rumah sewa ni masak 2 minggu sekali…rindu akak jugak..sori akak sekarang cik tom agak busy…entry pun autopublish..tapi cik tom tetap ingat kat akak…harap akak sentiasa sihat ye..

    • sekarang mood cik tom masak memasak…sebab tu ebanyak resepi..tapi semua resepi simple je…sebab bulan puasa ni memang cik tom fully masak..tak beli makanan kat luar,…

  1. Salam,
    Akak….saya nak tanya sikit..hurm, kalau kita masak ayam masak kurma ni tapi tak bubuh labu bawang besar boleh tak?? ada tak bahan ganti selain bahan yang tu..
    Thank you…