Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati

Salam.. Baru-baru ini cik tom ada beli banyak buah lemon sebab rancangnya nak buat air lemon. Tapi terbeli banyak sangat pula tak tahu nak buat apa yang lebihnya. Simpan lama-lama nanti jadi buruk pulak. Jadi, cik tom ambil inisiatif untuk cubaan buat masak ayam menggunakan air perahan lemon. Dah siap masak dan makan rasa boleh tahan sedapnya! Sebab ianya ada rasa masam manis seperti percintaan antara 2 hati. hehe.. So, resepi masakan ini cik tom namakan Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati.

Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati
Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati:

500 gram ayam (dipotong kecil)
2 biji lemon (diperah)
1/2 labu bwg besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
** Tips tambahan: boleh juga tambahkan 1 sudu kecil sunquick untuk lagi penambah rasa.

Cara-cara masakan Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau harum.

2. Masukkan ayam serta air perahan lemon dan kacau rata.

3. Tutup kuali seketika untuk masak ayam sehingga empuk.

4. Masukkan garam, bawang besar dan cili api ke dalam kuali dan kacau rata.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati yang mudah dan cepat disediakan!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

55 thoughts on “Resepi Ayam Masak Lemon 2 Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!