Resepi Ayam Masak Paprik Cara Mudah dan Senang

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat masakan ayam masak paprik yang cik tom biasa masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan sedap. Resepi  masakan ayam masak paprik ini sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa mahupun bersahur kerana penyediaannya yang mudah dan cepat. Resepi  masakan ayam masak paprik ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti daripada resepi ayam masak paprik ini ye.

ayam masak paprik

Bahan-bahan Resepi  Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot  (dipotong)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut

**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.

5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.

9. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Resepi Ayam Masak Paprik Cara Mudah dan Senang

  • July 29, 2011 at 1:31 pm
    Permalink

    akak suka buat paprik.
    tapi cara akak lain sikit la dari ni..
    ada bubuh serai dan daun limau purut..
    dan sebelum angkat bancuh tepung jagung sikit
    untuk bagi kuah pekat..:)
    Jom baca entri terkini diana …Dengki sampai bunuh2 ape cer????My Profile

    Reply
  • July 29, 2011 at 2:23 pm
    Permalink

    akak pun kalau buat paprik wajib letak daun limau purut.. itu yg naikkan bau dia..
    Jom baca entri terkini yasmin …Puasa dan keje..My Profile

    Reply
  • August 11, 2011 at 2:07 pm
    Permalink

    akak, 1/2 labu bawang besar tu ape ye? atau 1/2 ulas bwg besar?

    Reply
    • August 14, 2011 at 5:44 pm
      Permalink

      labu tue unit/kiraan untuk bawang besar dik…kalau bawang putih atau bawang merah kita akan panggil ulas…faham x?
      1 ulas bawang putih
      1 ulas bawang merah
      1 labu bawang besar
      tue unit untuk satu biji bawang mengikut jenis….

      Reply
    • October 2, 2011 at 11:35 pm
      Permalink

      hehe..memang resepi ni mudah je nak masak…dijamin..heee…tahniah ye..sama2…selamat mencuba 😉

      Reply
    • October 7, 2011 at 6:26 pm
      Permalink

      hehe..xterer pun akak..masak yang simple2 tau la…kalau yang advanced tue byk kena blaja…heee

      Reply
  • November 28, 2011 at 2:00 am
    Permalink

    Hi Kak,cili boh tu ape….?kalau takde cili boh,boleh pakai ape substitute…?kalau takde cili boh,boleh tak?

    Reply
    • November 28, 2011 at 10:38 am
      Permalink

      cili boh tue cili giling…cili kering yang dah di blend..byk jual kat supermarket..kl nak subt boleh subt dgn cili merah biasa adik blend utk rasa pedas sikit..

      Reply
  • December 2, 2011 at 1:27 pm
    Permalink

    Hi Cik Tom,cili boh tu ape…?kalau tak pakai cili boh,boleh tak pakai lain substitute….?

    terima kasih…

    Reply
    • December 2, 2011 at 1:29 pm
      Permalink

      sorry…double posting….dah dapat reply…terima kasih cik tom…

      Reply
    • December 4, 2011 at 12:36 pm
      Permalink

      cili boh tue cili giling@ cili kering yang diblend..kl xnak letak boleh juga ganti dengan cili merah biasa yang diblend..

      Reply
  • February 16, 2012 at 7:48 pm
    Permalink

    sorry kak..nak tnye ni, almaklumlah sye ni boy, sy tak fham sgt psal msak mmsak ni.. tpi sy just nak tau psal saiz sudu tu, sudu besar n sudu kecil?mcm mne nk beza? coz yg saya tahu sudu tu bnyak jenis.. sudu kecil tu sama tak dgn sudu teh?

    ~hnya nk tnye,hehehehe=)

    Reply
    • February 19, 2012 at 3:31 am
      Permalink

      hehe..ok tanya je..sudu kecil tue sama dengan sudu teh..sudu besar tue yang lagi besar saiz dari sudu teh..

      Reply
  • February 23, 2012 at 1:02 pm
    Permalink

    tanks cik tom..,rara nak try masak nie hari nie..,tp law x letak serai gan daun limaw purut ley @ x?

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:47 pm
      Permalink

      sori dear baru reply…xletak pn boleh je cuma kurang umph sikit…xsemestinya terikat pada menu bahan2 ni..rara boleh pelbagaikan jenis bahan2..

      Reply
  • February 26, 2012 at 1:11 pm
    Permalink

    e\asli ke rasepi ni :putnam:

    Reply
  • March 1, 2012 at 9:21 am
    Permalink

    saya dah cuba banyak kali ia sangat sedap….yammy

    Reply
  • March 14, 2012 at 4:00 pm
    Permalink

    sy pun nk cuba jgk lh resepi yg mcm nie..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!