Post navigation

Resepi Ayam Masak Sweet Sour Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam… Entry masak memasak lagi dari cik tom sepanjang bulan puasa ini. Resepi ayam masak sweet sour ini ringkas dan sedap untuk dimasak tanpa mengira waktu. Kalau resepi masak sweet sour, cik tom paling suka masakan ikan siakap sweet sour. Tapi setakat duk rumah sewa dengan rakan sekerja memang takdelah nak masak ikan siakapnya. So, inisiatif cik tom masak ayam sweet sour yang memang ringkas dan mudah untuk disediakan. Dan masakan ayam sweet sour ni juga berkhasiat sebab dah ada campuran sayuran. Rasanya sedap, ada rasa masam dan juga rasa manis.

ayam sweet sour

Bahan-bahan masak resepi ayam masak sweet sour;

1 mangkuk ayam (dipotong)- anggaran 200 gm
1/2 labu bawang besar+1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci lobak merah (dipotong dadu)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis
**untuk pekatkan lagi boleh juga tambahkan satu sudu besar sos tiram.

Cara-cara masak resepi ayam masak sweet sour;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar + bawang putih yang ditumbuk sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, sos cili, sos tomato, lobak merah dan air secukupnya untuk empukkan ayam. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.

4. Kemudian masukkan bawang, cili padi dan tomato yang dipotong ke dalam kuali.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan air sedikit lagi dan tutup kuali seketika lagi kalau nak berkuah.

7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak sweet sour yang mudah untuk disediakan. Resepi masakan ayam masak sweet sour ini juga sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka mahupun bersahur.

********************************************************
klik sini

26 thoughts on “Resepi Ayam Masak Sweet Sour Mudah dan Sedap

    • perasa tue macam jenama “Knorr: Pasti Sedap” or “Maggi: Cukup Rasa” or “ajinamoto”..perasa fungsinya untuk menambahkan/menyedapkan lagi rasa masakan…tapu kalau tak letak pun takpe…heee..jangan bimbang soalan tue xkedengaran stupid pun..kan baru nak belajar..kalau malu bertanya sesat jalan..

    • perasa tue macam jenama “Knorr: Pasti Sedap” or “Maggi: Cukup Rasa” or “ajinamoto”..perasa fungsinya untuk menambahkan/menyedapkan lagi rasa masakan…tapu kalau tak letak pun takpe…heee..jangan bimbang soalan tue xkedengaran stupid pun..kan baru nak belajar..kalau malu bertanya sesat jalan..so ada tau boleh tanya..insyaAllah ciktom cuba bantu if tahu ;)

  1. cik tom,
    boleh tak bagi resepi sweet sour sosaj. Pernah makan. sedap sangat xpi tau nak buat

    • wani..kalau nak resepi sosej sweet sour…wani just tukar je ayam tue kepada sosej..bahan2 lain sama je..selamat mencuba ye

  2. salam..cik tom~~trimas untuk resepi nie..sy da try and hasilnye menjadi..thanks a lot..siblings pown puji sedap..hehe..laen kali masukkan la resepi bnyak2 ye boleh saya cuba,,XD

    • salam fina..insyaAllah kalau berkesempatan..ciktom pun xdelah pandai masak sangat..just rajin cuba resepi yang ringkas dan mudah untuk masak ;)

  3. Time ksh Cik Tom. Izinkan saya share resepi2 Cik Tom yg mudah dan sedap nie yer!….heh heh heh…

  4. masakan ciktom memang sedap…walaupun saya baru 10 tahun saya suka cuba masak masakan ciktom!!!! ^_^