Resepi Ayam Masak Sweet Sour Mudah dan Sedap

Salam… Entry masak memasak lagi dari cik tom sepanjang bulan puasa ini. Resepi ayam masak sweet sour ini ringkas dan sedap untuk dimasak tanpa mengira waktu. Kalau resepi masak sweet sour, cik tom paling suka masakan ikan siakap sweet sour. Tapi setakat duk rumah sewa dengan rakan sekerja memang takdelah nak masak ikan siakapnya. So, inisiatif cik tom masak ayam sweet sour yang memang ringkas dan mudah untuk disediakan. Dan masakan ayam sweet sour ni juga berkhasiat sebab dah ada campuran sayuran. Rasanya sedap, ada rasa masam dan juga rasa manis.

ayam sweet sour

Bahan-bahan masak resepi ayam masak sweet sour;

1 mangkuk ayam (dipotong)- anggaran 200 gm
1/2 labu bawang besar+1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci lobak merah (dipotong dadu)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis
**untuk pekatkan lagi boleh juga tambahkan satu sudu besar sos tiram.

Cara-cara masak resepi ayam masak sweet sour;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar + bawang putih yang ditumbuk sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, sos cili, sos tomato, lobak merah dan air secukupnya untuk empukkan ayam. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.

4. Kemudian masukkan bawang, cili padi dan tomato yang dipotong ke dalam kuali.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan air sedikit lagi dan tutup kuali seketika lagi kalau nak berkuah.

7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak sweet sour yang mudah untuk disediakan. Resepi masakan ayam masak sweet sour ini juga sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka mahupun bersahur.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Resepi Ayam Masak Sweet Sour Mudah dan Sedap

    • August 23, 2011 at 3:11 pm
      Permalink

      ish nurul ni…buat sendiri ye..nanti konpem mak happy sgt2 😉

      Reply
  • August 19, 2011 at 6:23 pm
    Permalink

    akak selalu confuse dgn masak sweet sour & 3 rasa..hehe..
    Jom baca entri terkini mrs redzuan …belon-belon cintaMy Profile

    Reply
    • August 23, 2011 at 3:09 pm
      Permalink

      lain ke masak sweet sour dan 3 rasa?cik tom amik semua sama je..heee

      Reply
  • September 5, 2011 at 1:13 am
    Permalink

    alamak bestnya cik tom ni. I like ni so much!!

    Leh buat toturial guna video skali x? eheee 😀

    thqtqvm for sharing. boleh berdikari la pasni
    Jom baca entri terkini Blogger Newbie …Kelebihan SEOMy Profile

    Reply
    • September 13, 2011 at 7:02 pm
      Permalink

      tutorial guna video?huhu..xrajin nak buat..1 lg rsnya kalau amik video guna hp xberapa bagus kualiti..so ikut je cara2 secara manual ek..hee…

      Reply
  • October 5, 2011 at 9:14 pm
    Permalink

    Cik Tom . perasa tu nk ltk ape ek ? sorry kalau question sy kedengan stupid . sy budak baru belajar . 😀 hope Cik Tom sudi mmbantu . 🙂 btw , kalau x letak x boleh ke ?
    Jom baca entri terkini Niena …Selamat Hari Raya Aidilfitri !!My Profile

    Reply
    • October 7, 2011 at 12:46 am
      Permalink

      perasa tue macam jenama “Knorr: Pasti Sedap” or “Maggi: Cukup Rasa” or “ajinamoto”..perasa fungsinya untuk menambahkan/menyedapkan lagi rasa masakan…tapu kalau tak letak pun takpe…heee..jangan bimbang soalan tue xkedengaran stupid pun..kan baru nak belajar..kalau malu bertanya sesat jalan..

      Reply
  • October 5, 2011 at 9:16 pm
    Permalink

    Cik Tom . perasa tu nk ltk ape ek ? sorry kalau question sy kedengan stupid . sy budak baru belajar . 😀 hope Cik Tom sudi mmbantu . 🙂 btw , kalau x letak x boleh ke ?

    Reply
    • October 7, 2011 at 12:48 am
      Permalink

      perasa tue macam jenama “Knorr: Pasti Sedap” or “Maggi: Cukup Rasa” or “ajinamoto”..perasa fungsinya untuk menambahkan/menyedapkan lagi rasa masakan…tapu kalau tak letak pun takpe…heee..jangan bimbang soalan tue xkedengaran stupid pun..kan baru nak belajar..kalau malu bertanya sesat jalan..so ada tau boleh tanya..insyaAllah ciktom cuba bantu if tahu 😉

      Reply
  • October 17, 2011 at 4:39 pm
    Permalink

    cik tom,
    boleh tak bagi resepi sweet sour sosaj. Pernah makan. sedap sangat xpi tau nak buat

    Reply
    • October 20, 2011 at 1:13 pm
      Permalink

      wani..kalau nak resepi sosej sweet sour…wani just tukar je ayam tue kepada sosej..bahan2 lain sama je..selamat mencuba ye

      Reply
  • October 28, 2011 at 7:55 pm
    Permalink

    salam..cik tom~~trimas untuk resepi nie..sy da try and hasilnye menjadi..thanks a lot..siblings pown puji sedap..hehe..laen kali masukkan la resepi bnyak2 ye boleh saya cuba,,XD

    Reply
    • November 27, 2011 at 5:01 am
      Permalink

      salam fina..insyaAllah kalau berkesempatan..ciktom pun xdelah pandai masak sangat..just rajin cuba resepi yang ringkas dan mudah untuk masak 😉

      Reply
  • December 28, 2011 at 8:27 pm
    Permalink

    on the way nk mencuba buat ni..hehehehe..enth jd enth tidak la 😀

    Reply
  • January 27, 2012 at 12:33 pm
    Permalink

    Time ksh Cik Tom. Izinkan saya share resepi2 Cik Tom yg mudah dan sedap nie yer!….heh heh heh…

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:44 pm
      Permalink

      sama2..ok bagi kredit cik tom kalau nak share ye..

      Reply
  • March 1, 2012 at 9:13 am
    Permalink

    masakan ciktom memang sedap…walaupun saya baru 10 tahun saya suka cuba masak masakan ciktom!!!! ^_^

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:48 pm
      Permalink

      wah..umur 10 tahun dah pandai masak ek..bagus2!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!