Resepi Begedil Sardin Simple Sedap

Assalamualaikum dan Salam sayang kepada pengunjung blog cik tom. Resepi begedil sardin simple dan sedap kali ni dari ex-housemate ciktom, Shida. Shida ni memang pandai memasak tau. Memang untung la siapa dapat kahwin dengan dia. Serba serbi boleh masak ala western, ala tradisional, desert, masakan korea dan jepun pun dia pandai tau. Kelasss kan??

Resepi Begedil Sardin Air Tangan Shida dan Hawa
Resepi Begedil Sardin Air Tangan Shida dan Hawa

Cik tom memang masa duduk serumah dengan shida ni hari-hari dapat bekal nak ke ofis. Siap packaging bagai. Hehe.. Rindu pulak nak rasa begedil sardin dan masakan air tangan Shida ni. Cik tom banyak giler amik resepi dengan Shida ni. Tunggu dalam senarai nak publish dalam blog je.
Jom kita check apa bahan dan cara nak masak begedil sardin yang simple dari shida ye.

icon newJom belajar menjahit baju kurung tradisional/moden/riau/pahang, baju melayu dan jubah 

Bahan-bahan Resepi Begedil Sardin Simple Sedap

3 biji ubi kentang (saiz sederhana)
4 sudu besar Sardin ( boleh kurang atau lebih)
Sedikit daun bawang (dipotong halus)
1 biji Bawang besar (dihiris)
3 biji Cili padi (dihiris)
1 biji Telur
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Resepi Roti Canai dan murtabak
Resepi Cakoi dan Donut

Cara-cara masakan Resepi Begedil Sardin Simple Sedap

  1. Goreng kentang sehingga lembut. Kemudian toskan minyak.
  2. Tumbuk kentang sehingga sebati. Kemudian campurkan bahan-bahan sedia ada seperti sardin, daun bawang, bawang besar dihiris halus dan cili padi.
  3. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Kalau nak extra melekat, boleh masukkan 1 biji telur dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Lepas tu, ambil adunan begedil tadi dan bentukkan ikut citarasa korang.
  6. Dah siap bentukkan semua. So, panaskan minyak untuk goreng begedil.
  7. Pecahkan dan pukul sehingga kembang 1 biji telur dalam satu bekas berasingan.
  8. Celup begedil yang dah dibentuk ke dalam telur sebelum goreng dalam minyak.
  9. Tara! Siap.

Simple je kan Resepi Begedil Sardin Simple Sedap dari Shida? Kalau buat lagi murah kos dari beli. Sebiji begedil dan RM1-2. Kalau buat sendiri banyak2 boleh frozen doh begedil dan goreng bila2 masa nak makan.

Yang sardin tue korang boleh je tukar pada ayam, daging, daging burger dan sebagainya. Sebab ada yang tak suka sardin kan?

Selamat mencuba Resepi Begedil Sardin Simple Sedap Shida!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Resepi Begedil Sardin Simple Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE