Resepi Bergedel Daging Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi bergedel daging cara mudah dan sedap. Resepi ini menggunakan bahan-gahan yang mudah didapati, senang untuk membuatnya dan insyaAllah sedap rasanya. Berdegel daging ini boleh dimakan begitu sahaja dengan sos cili atau boleh dimakan bersama mee sup, nasi ambeng dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Biasa beli satu biji bergedel daging ini harga dalam 50 sen- RM1. Cara nak buat berdegel ini senang je. So, kalau buat sendiri boleh makan banyak-banyak. hehe…

Resepi Bergedel Daging
Resepi Bergedel Daging

Bahan-bahan Resepi Bergedel Daging:

500 gram kentang (direbus dan dihancurkan)
200 gram daging kisar
2 biji telur (dipukul)
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara masakan Resepi Bergedel Daging:

1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.

2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.

3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.

4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.

5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.

Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

29 thoughts on “Resepi Bergedel Daging Cara Mudah dan Sedap

  • April 28, 2012 at 1:48 pm
    Permalink

    Belum pernah makan
    Nama pun baru ini dengar
    Bergedel, kenapa nama dia bergedel?

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:15 pm
      Permalink

      kalau xpernah makan..try la makan mmg sedap!emm cik tom xtau pulak kenapa nama bergedel..sebab bergedel ini asal masakan dari jawa..

      Reply
  • April 28, 2012 at 1:57 pm
    Permalink

    bolehlah suruh orang rumah buatkan nanti..

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:18 pm
      Permalink

      try buat sendiri utk orang rumah..mesti happy incik suami tolong buatkan.. 🙂

      Reply
  • April 28, 2012 at 2:54 pm
    Permalink

    wah sedap sgt. dah lma xmkn. balik rumah nnti nak try la^^

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:22 pm
      Permalink

      memang sedap bergedel..boleh cuba bila free2 nanti..

      Reply
    • April 30, 2012 at 3:32 pm
      Permalink

      sama2..nanti boleh cuba utk orang rumah..

      Reply
      • April 30, 2012 at 4:49 pm
        Permalink

        he masakan yng menjaid kegemaran ni klu bt hari2 untung dan tak perlu bli d luar sja

        Reply
        • May 3, 2012 at 7:43 pm
          Permalink

          ye betul tue..fevret ni..

  • April 28, 2012 at 8:59 pm
    Permalink

    wahh..husna suka bergedel..eloklar..daging kisar dah lama ada dlm freezer..xtaw nk buat apa..cantikk!! thanx kongsi ciktom..

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:33 pm
      Permalink

      ramai yang suka bergedel kan..hee..sama2..selamat mencuba fatin.

      Reply
    • April 30, 2012 at 3:36 pm
      Permalink

      boleh cuba buat kat rumah..sedap boleh makan banyak2..huhu

      Reply
  • April 29, 2012 at 9:06 am
    Permalink

    INTI BEGEDEL BOLEH BUAT MURTABAK EH?

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:50 pm
      Permalink

      cik tom xtau la pulak boleh buat murtabak ke x?murtabak pun cik tom xpernah cuba masak lagi..makan memang favourite..hee

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    minat jugak dgn daging bergedel nih…cuma banyak kedai jual lebih kentang dr daging…..:), tu yg jadik kureng tuuu

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:51 pm
      Permalink

      memang kalau yang jual lebih kentang sebab deging mahal..buat sendiri boleh ikut selera nak banyak apa..

      Reply
  • April 30, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    macm ni blh le cik tom kawin cpt2 hee..dah ada calon ke cik tom?

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:43 pm
      Permalink

      takde calok lagi suri..ada nak rekemen kan ke??hehehe ;p

      Reply
  • April 30, 2012 at 8:22 pm
    Permalink

    senang aje buat bergedel ni. yang penting, mesti pedas. haha..

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:39 pm
      Permalink

      wah mesti dah biasa buat ni..memang lelaki serba boleh ni..

      Reply
  • May 2, 2012 at 5:55 pm
    Permalink

    pernah buat sekali tapi orang-orang kat rumah tak suka makan bergedil.

    Reply
  • May 25, 2012 at 11:06 am
    Permalink

    Bahan perasa tu apa? Hehe bru nak blajar masak

    Reply
    • May 25, 2012 at 11:28 am
      Permalink

      bahan perasa tue xnak letak pun boleh..perasa mcm “pasti sedap, secukup rasa” dan lain2 lagi..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!