Resepi Bihun Goreng Daun Limau Purut Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sayang… Minggu lepas cik tom rasa malas nak makan nasi. So, terfikir nak makan apa ye? Cik tom terasa nak makan bihun goreng je. Eh ke korang panggil mee hoon goreng Tapi kan bosan asyik bihun goreng style camtu je masaknya. Rasa nak makan citarasa masakan baru pulak.

Tup-tup buka inbox dapat notifikasi email dari group Wangcyber untuk update forum baru di sana. Cik tom tengok eh ada resepi bihun goreng daun limau purut. Wah menarik! Nak cubalah.

Bahan-bahan untuk bihun goreng pun mudah je semua dah ada. Nak masak pun terlampau mudah dan cepat. Terus cik tom decide nak masak bihun goreng daun limau purut. Cuma cik tom kurangkan kuantiti bihun dari resepi Kak Azie dan ada tokok tambah bahan lain. hehe…. Yelah ikut selera anak tekak pulak kan. Nak tengok resepi asal Kak Azie boleh klik pada link sumber dibawah ye;

Resepi Bihun Goreng Daun Limau Purut Cara Mudah dan Sedap

Sumber: Azie’s Kitchen
Diubahsuai: Cik Tom
Anggaran: 2 orang makan

Bahan-bahan Resepi Bihun Goreng Daun Limau Purut;

1/4 peket bihun berat 450 gram (rendamkan 15 minit)
7 helai daun limau purut (dibuang batangnya)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah (nak warna merah tambah lagi)
2 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil perencah Hilal -optional
sedikit sayur sawi-optional
sedikit sos tomato (anggaran 1 sudu kecil)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara Masakan Bihun Goreng Daun Limau Purut

  1. Kisar daun limau purut, bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi.*Kak Azie ajar jangan kisar hancur… tapi cik tom kisar hancur je..rasa tak best nampak warna hijau daun. hehe ;p
  2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan isi ayam telah dipotong. Masukkan juga garam, sos tomato dan perencah.
  4. Masukkan bihun goreng, sayur dan masukkan sedikit air untuk lembutkan bihun.
  5. Jangan lupa rasa, dah cukup rasa boleh la tutup api dan hidangkan.
  6. Selamat menjamu selera.

Yelah masakan orang bujang takdelah seterer yang dah kahwin kan. Tapi gatal jugak nak share resepi dan gambar masakan dalam blog ni untuk rujukan masa akan datang jugak. Jangan gelak pulak tengok. hihi..

Ok pada yang nak ubah selera cara masakan bihun goreng. Boleh la cuba resepi bihun goreng daun limau purut pulak ye. Selamat mencuba. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

43 thoughts on “Resepi Bihun Goreng Daun Limau Purut Cara Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!