Resepi Biskut Jejari Nestum Coklat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia… Harap semuanya sihat2 lah hendaknya ye. Cik tom nak kongsikan resepi biskut jejari nestum yang memang dah lama cik tom praktis buat iaitu pada akhir tahun 2013. Masa tu memang cik tom tengah rajin cuba macam2 resepi. Cik tom lupa blognya tapi blog tu banyak share tips trip ke korea. Masa mengoogle pasal korea tu cik tom terjumpa resepi biskut jejari nestum ni.

Cara-cara mudah buat biskut jejari coklat nestum
Cara-cara mudah buat biskut jejari coklat nestum

Memang resepi ni super duper mudah. Al-maklum tagline resepi cik tom semua mudah dan sedap. Sebab tuan blog ni memang tak suka masak-masak resepi yang complicated. Malas Tak berapa nak rajin. Haha…

Bahan-bahan Resepi Biskut Jejari Nestum Coklat

1 buku roti keping (cik tom guna Hi5 sebab isi roti lebih mampat compare Gardenia)
1 buku Coklat masakan (cik tom guna VanHouten mahal sikit tapi sedap!)
1 bungkus kecil Nestum

Cara-cara masakan Resepi Biskut Jejari Nestum Coklat

  1. Buang kulit tepi roti. (cik tom tak potong sayang. haha.. for those yang potong kulit tepi jangan buang better buat puding roti)
  2. Belah roti panjang2 dan petak seperti dalam gambar cik tom tu ye. Saiz standard cam besar jari kelingking korang.( jari kelingking cik tom pendek je. Haha)
  3. Bakar di dalam oven dengan suhu 150˚C sehingga keras seperti biskut-bukan hangus tau. (anggaran 5-10 minit)
  4. Cairkan coklat secara teknik double boiling dan celup roti keras ke dalam coklat.
  5. Lepas celup coklat, kemudian [email protected] golekkan roti keras ke dalam nestum sehingga sekata seluruhnya.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Kalau korang nak belajar buat cookies dan resepi yang pelbagai jenis lagi dari profesional boleh cuba ke website>>biskut penyet, koleksi resepi biskut raya, belajar buat tart atau boleh belajar buat coklat. Menarik kan??

Bukan untuk jualan. Peket terus senang adik2 nak bawak ke hostel
Bukan untuk jualan. Peket terus senang adik2 nak bawak ke hostel

Tak suka nestum? Kalau tak nak guna nestum, boleh je gantikan dengan cornflakes atau horlicks. Boleh ubah resepi ini mengikut kreativiti masing2. Cik tom siap buat banyak 1 buku roti terus dan siap bungkus dalam plastik bagi adik2 bawak balik hostel masing-masing.

Mudah je resepi cik tom kongsi ni kan???

Selamat mencuba Resepi Biskut Jejari Nestum Coklat !

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Resepi Biskut Jejari Nestum Coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE