Resepi Diet Atkins: Bubur Atkins Ala McD

Assalamualaikum dan salam sayang.. Hari ini cik tom nak kongsikan resepi diet atkins yang sesuai untuk fasa 1,2,3 dan juga 4. Resepi bubur atkins ala McD ini bukan kepunyaan cik tom tau tapi dari atkiners, Seri Norsyafinaz Rahmad yang asalnya berkongsi resepi bubur atkins ini di Kelab Diet Atkins Malaysia. Cik tom dah dapat kebenaran dari beliau untuk berkongsi resepi dan juga gambar bubur atkins di blog cik tom. Olahan resepi dibawah telah diubahsuai mengikut gaya penulisan cik tom.

Resepi Diet Atkins: Bubur Atkins ala McD

Resepi asal: Seri Norsyafinaz Rahmad
Olahan resepi: Cik tom

Resepi Diet Atkins: Bubur Atkins Ala McD
Bubur Atkins Ala McD

Bahan-bahan untuk bubur atkins ala McD ;

1 mangkuk kecil bunga kobis @ Cauliflower
1/2 mangkuk kecil isi ayam (dipotong dadu)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
sedikit garam
sedikit minyak bijan
sedikit lada sulah
sedikit daun bawang (dihiris halus)*sebagai hiasan
1 biji cili merah (dihiris halus)*sebagai hiasan
sedikit bawang goreng*sebagai hiasan

Cara-cara mudah membuat resepi bubur atkins ala McD;

  1. Rebus isi ayam sehingga masak. Tutup api, tos dan ketepikan.
  2. Blend bunga kobis sehingga hancur. Kemudian rebus bersama halia, bawang merah, garam dan sedikit sahaja minyak bijan.
  3. Selepas mendidih masukkan isi ayam. Gaul sebati.
  4. Tutup api. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  5. Taburkan di atas bubur atkins dengan bawang goreng, daun bawang, cili merah, lada sulah dan sedikit lagi minyak bijan. Kalau suka pedas, boleh tambah masukkan juga cili padi.

Jangan tanya cik tom berapa gram karbohidrat bubur atkins ala McD ni. Cik tom pun tak pasti. Tapi mengikut sifu atkins dalam Kelab Diet Atkins Malaysia disarankan jangan lebih dari 4 biji cili sehari. Better ambil sayuran yang rendah carb seperti sawi, bayam, kangkung, kobis, kobis bunga, brokoli, pak choy, timun, daun salad. Lain-lain sayuran yang tidak dinyatakan perlu bersukat. Mengenai sukatannya nanti cik tom kongsikan masa akan datang.

Terima kasih kepada Seri Norsyafinaz Rahmad kerana sudi beri kebenaran cik tom berkongsi resepi bubur atkins ala McD ni.

Selamat mencuba Resepi Diet Atkins: Bubur Atkins Ala McD!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Resepi Diet Atkins: Bubur Atkins Ala McD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE