Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas

Assalamualaikum dan salam sejahtera…Hari ini cik tom nak kongsikan resepi kuih muih melayu iaipu kuih getuk ubik kayu. Kuih getuk ubi kayu goreng ringkas ini ialah hasil air tangan emak cik tom. Resepi getuk ubi kayu goreng ini diambil dari buku Resepi Kuih Tradisional Melayu Karang Kraf. Ini antara kuih kegemaran emak dan ayah cik tom.

Cik tom tak berapa gemar mana getuk ubi kayu goreng ni. hehe..

Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas
Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas

Bahan-bahan untuk Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas;

1 kg ubi kayu
2 biji kelapa parut
100 gram tepung gandum/ tepung beras
sedikit air kapur (secubit)
sedikit air
sedikit serbuk kunyit*untuk warna lebih cantik
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara membuat Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas;

  1. Rebus ubi kayu sehingga lembut. Tutup api dan toskan air..
  2. Kemudian lenyek ubi kayu sehingga hancur.
  3. Gaulkan kelapa parut, gula dan garam sebati sebelum dicampurkan ke dalam ubi kayu hancur di lenyek (2).
  4. Campurkan kelapa parut, gula, garam tadi ke dalam ubi kayu telah dilenyek. Gaul sehingga sebati.
  5. Ambilkan sedikit adunan dan bulatkan sehingga habis adunan. Ketepikan.
  6. Untuk tepung celup getuk- bancuhkan tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, secubit garam dan sedikit air. Gaulkan.
  7. Panaskan minyak. Celup doh ubi kayu yang telah dibulatkan (5) ke dalam bancuhan tepung.
  8. Goreng sehingga warna kekuningan. Toskan dan boleh dihidangkan.

Gambar kat atas tu emak cik tom tak letak serbuk kunyit jadi warnanya agak kurang menarik sebab resepi asal dalam buku takde nyatakan letak serbuk kunyit. Tengok gambar pada buku resepinya memang nampak getuk tue warna kekuningan. Lepas tu emak cik tom buat beberapa kali lagi letak serbuk kunyit baru dapat hasil sama. huhu…

Selamat mencuba Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!