Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Kembali lagi cik tom dengan resepi Ikan cermin masak tumis air. Cik tom panggil ikan cermin tapi tak tahulah kalau kat tempat lain panggil nama lain. Cik tom kurang suka sikit makan ikan ni walaupun orang Terengganu yang femes dengan ikan dan keropok lekor. hee.. Cik tom lagi suka makan ikan keli masak sambal. Gambar resepi  ikan masak tumis air ni pun dah lama tersimpan dalam lappy cik tom. Rasanya memang sesuai sangat update entry resepi untuk segmen masak memasak time malas blogging ni.  huhu…

Resepi Ikan Tumis Air Cara Mudah dan Sedap
Resepi Ikan Tumis Air Cara Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap:-

2 ekor Ikan cermin (saiz sederhana) **boleh tukar kepada jenis ikan lain
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 cili merah (dihiris)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
1 sudu perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara Masakan Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap:-

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi.

3. Masukkan air, lada hitam, serai, halia, perasa dan garam.

4. Selepas mendidih masukkan ikan dan cili merah.

5. Kemudian tutup kuali dan biar ikan masak.

6. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Lauk ikan masak tumis air ni memang simple giler! Tapi salah satu resepi pembuka selera yang mantap kalau pekena dengan sambal belacan atau budu. Makan pulak time nasi panas-panas. Memang tak pusing kiri kanan. hehe… Ok… Sampai di sini dulu ye segmen masak memasak bersama cik tom. Selamat mencuba Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE