Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap

Salam… Entry kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat kek apam 1 Malaysia resepi turun temurun dari famili emak cik tom. Emak cik tom memang suka masak banyak2 kek apam ni pastu potong kecil2 simpan dalam bekas kedap udara tahan untuk seminggu. Rasanya memang sedap sampaikan ada kakak jiran cik tom pernah minta emak masakkan kek apam ini sebab dia mengidam nak makan masa mengandung.

Ini percubaan kali kedua cik tom buat kek apam 1 Malaysia dan alhamdulillah berjaya. Percubaan kali pertama kurang berjaya sebab alat kukusan problem masuk air dan kek apam jadi mendap.

Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap
Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap;

6 biji telur gred A
4 cawan gandum (diayak)
3 cawan gula (yang dikisar)
½ gelas gula halus
2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan air soda
2 atau 3 pewarna (mengikut citarasa)

*cawan boleh ikut standard cawan yang minum biasa.

Cara-cara Masakan Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap;

1. Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.

2. Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan pukul telur dan gula yang telah dikisar halus sehingga kembang.

3. Kemudian masukkan gandum sikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air soda dan gaul sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut pilihan warna yang diingini. Contoh cik tom bahagikan adunan itu kepada 4 bekas. 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.

6. Sapukan bekas acuan dengan mentega.

7. Kemudian, lapiskan perlahan-lahan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli dengan adunan warna merah, hijau, kuning dan juga adunan asal tanpa warna.

8. Masukkan ke dalam alat kukusan yang telah dipanaskan. Guna api sederhana dan kukus adunan selama 30-45 minit. **periksa dengan lidi atau garfu untuk tahu samaada kek apam sudah masak atau tidak. kalau adunan tak melekat pada lidi/ garfu means kek siap masak!

Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap
Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap

Selamat mencuba Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

29 thoughts on “Resepi Kek Apam 1 Malaysia Mudah dan Sedap

  • November 10, 2012 at 6:25 pm
    Permalink

    wah colorfull sungguh ni
    tentu bebudak suka sgt 🙂

    Reply
    • November 13, 2012 at 2:39 pm
      Permalink

      aah ank buah suka makan sbb warna warni cam pelangi.

      Reply
  • November 10, 2012 at 7:12 pm
    Permalink

    dulu selalu gak mak sop buat… guna ising biasa bg warna warni…

    Reply
  • November 11, 2012 at 12:22 am
    Permalink

    lihat warnanya pun cantik, rasa tentu lah enak….

    Reply
  • November 11, 2012 at 11:40 am
    Permalink

    tengok gambo pung dah terliur…tentu sodap nih…hehe

    Reply
    • November 13, 2012 at 2:27 pm
      Permalink

      alhamdulillah setakat ni yg makan semua puji resepi ni mmg sedap..

      Reply
  • November 11, 2012 at 12:25 pm
    Permalink

    dh mcm pelangi dah..huhu

    Reply
    • November 13, 2012 at 2:26 pm
      Permalink

      boleh jugak bagi nama kek pelangi..hehe

      Reply
    • November 13, 2012 at 2:10 pm
      Permalink

      nanti boleh bro buat ebook apam plk..mcm2 jenis apam yg best ada..hee

      Reply
  • November 11, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    colorful..kena la dengan tema deepavali..heee..gurau:)

    Reply
    • November 13, 2012 at 2:04 pm
      Permalink

      memang pun sebab tue kek nama 1 Malaysia..semua boleh guna..hehe

      Reply
    • November 13, 2012 at 1:30 pm
      Permalink

      eh bukan juan lagi pandai masak ke..hee

      Reply
  • November 12, 2012 at 12:08 pm
    Permalink

    kunjungan gan,bagi – bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa 🙂

    Reply
    • November 13, 2012 at 12:35 pm
      Permalink

      apam pattern kumbang? apam yg kecik2 tue ke?

      Reply
  • November 12, 2012 at 4:07 pm
    Permalink

    sungguh mengiurkan..kalau ada saki baki tu, tolong pos sikit kat org jerteh ni..mereka pun nk merasa jugak..haha..nak harapkan buat sendiri entah bila arr walaupun resepi dah tersedia….hehe

    Reply
    • November 13, 2012 at 12:31 pm
      Permalink

      dah habis pun hafizul.hehe…nanti kl ciktom bt lain kali..dtglah dgn famili..hee

      Reply
  • November 12, 2012 at 7:01 pm
    Permalink

    sedap nyeeee…..pos kt kema sket cik tom… 😛

    Reply
    • November 13, 2012 at 12:18 pm
      Permalink

      dah habis yunk..meh dtg umah cik tom makan 🙂

      Reply
    • November 13, 2012 at 11:45 am
      Permalink

      saje je bg nama kek 1 Malaysia sebab warna warni..hehe

      Reply
  • November 17, 2012 at 9:45 am
    Permalink

    nanti saya nak suruh ife tercinta buat lah. nampak macam sedap je

    Reply
    • November 20, 2012 at 8:10 pm
      Permalink

      boleh cuba ye..boleh buat minum petang..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE