Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping Sedap

Salam.. Sekarang cik tom tengah bercuti kat kampung di Terengganu bersama keluarga tersayang. Beberapa hari lepas adik cik tom, Ika request untuk jamuan akhir tahun nak buat kek coklat moist, karipap dan juga mee goreng. Macam biasa kakak yang mithali pun buat kek coklat moist untuk adik tersayang. hee…  Untuk resepi kek yang cik tom buat sama je resepi dalam entry; Resepi Kek Coklat Moist Kukus.

Cuma kali ni, cik tom buat kek guna bahan-bahan yang dah sedia ada kat dapur je. Malas nak kuar beli barang. So, takde bar coklat masakan untuk topping kek coklat moist. Biasanya cik tom hanya cairkan bar coklat masakan dan sapu je topping tue atas kek. Tapi kali ini cik tom ubah buat sendiri topping kek coklat moist gunakan  bahan-bahan seperti di bawah;

Bahan-bahan Topping Kek Coklat Moist;

2 sudu besar mentega
4 sudu besar susu cair
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara masakan untuk topping;

Campurkan kesemua sekali bahan-bahan dan kacau sehingga cair dan sebati dengan saiz api yang kecil. Dah sebati terus sapu topping coklat di atas dan sekeliling kek coklat. **Jangan terlalu lama masak topping sebab makin lama makin pekat dan ia boleh jadi berketul. 

Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping Sedap
Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping Sedap

Gambar kat atas ni kurang smooth sikit time cik tom sapu topping sebab kek siap masak pukul 12 tengah malam dan mata pun dah mengantuk. Sapu topping cepat2  asal siap. huhu.. Cik tom memang suka semua resepi masakan berkaitan coklat. 4 lagi resepi berkaitan coklat yang pernah dikongsikan dalam blog ciktom.com;

Selamat mencuba Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping Sedap

  • November 8, 2012 at 8:44 pm
    Permalink

    nyum2 sedap~

    husna dah pernah cuba buat topping x guna bar chocolate..sepupu ajar.. tp tular a lil bit pekat..huhu..

    Reply
    • November 9, 2012 at 1:49 am
      Permalink

      maybe masak terlalu lama sebab tue jadi pekat..

      Reply
  • November 8, 2012 at 9:16 pm
    Permalink

    alamak makan kue seperti ini rasanya berdosa banget bagi orang diet tapi godaannya luar biasa

    Reply
  • November 8, 2012 at 9:22 pm
    Permalink

    Mata sudah kelabu sampaikan sampu cokelat ada yang terpalit dekat tempat lain tetapi nampak tetap sedap. 🙂

    Reply
    • November 9, 2012 at 1:38 am
      Permalink

      hehe..perasan je bro biomed ni..aah agak comot sampai coklat terpalit kat tepi tue..hehe

      Reply
  • November 8, 2012 at 11:35 pm
    Permalink

    Nampak sedap kek ciktom.. Terliur

    Reply
    • November 9, 2012 at 1:24 am
      Permalink

      kalau akak LM yang masak gerenti lagi sedap!

      Reply
  • November 9, 2012 at 1:55 am
    Permalink

    rasa lapar tgok gambar hhee

    Reply
    • November 9, 2012 at 2:03 am
      Permalink

      kalau camtu esok boleh cuba buat kek coklat..hee

      Reply
  • November 9, 2012 at 10:34 am
    Permalink

    emm sedapnya cik tom…nmpk pun menyelerakan..nak cuba

    Reply
    • November 9, 2012 at 8:51 pm
      Permalink

      boleh cuba buat untuk wife..mesti happy..hee

      Reply
      • November 12, 2012 at 4:44 pm
        Permalink

        Hahaha..untuk wife ok jugak idea tu..hehe..mesti wife sy makin syg nih…

        Reply
        • November 13, 2012 at 12:21 pm
          Permalink

          haa kan hafizul jd mr mama skang..cubalah..mudah je resepinya..

  • November 9, 2012 at 3:12 pm
    Permalink

    nampak sedap dan yess..coklat kegemaran ku

    Reply
  • November 9, 2012 at 9:19 pm
    Permalink

    kegemaran saya juga cokelat ni.. pandai ciktom buat kek hehe

    Reply
    • November 22, 2012 at 12:53 am
      Permalink

      saya dan anak2 juga suka makan kek coklat moist macam ni.

      Reply
  • November 9, 2012 at 9:43 pm
    Permalink

    tentu sedap topping coklat moist tu.. boleh buat topping kat putu piring nie.. heee

    Reply
  • November 10, 2012 at 6:23 pm
    Permalink

    alahai sedapnya
    org rumah suka sgt dgn kek2 ni 🙂

    Reply
      • November 22, 2012 at 12:53 am
        Permalink

        tiada siapa pun yang akan menolak bila disuakan dengan kek macam ni

        Reply
  • November 22, 2012 at 12:54 am
    Permalink

    ife saya memang rajin buat kek macam ni. bahkan dia pun turut sama ambik tempahan rakan2 bila mereka inginkan kek coklat

    Reply
  • January 6, 2013 at 1:36 am
    Permalink

    ermmm bestnye…kek coklat tu…sok plan nk wat….lau kukus mmg moist…lau bkr kurg…

    Reply
  • January 27, 2013 at 9:50 am
    Permalink

    Tengok aja dah tau…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE