Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus (Sarawak) Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat kek lapis masam manis kukus (sarawak) yang cik tom masak masa hari lahir emak cik tom 2 minggu lepas. Ini percubaan pertama cik tom untuk masak kek lapis masam manis kukus dan alhamdulillah berjaya. Yang makan semua puji sedap. Resepinya amatlah mudah dan senang especially bagi yang tak berapa pandai sangat memasak macam cik tom. Cuma yang penting memerlukan kerajinan untuk kukus kek ini lapisan demi lapisan. Resepi ini untuk buat sebiji kek kek lapis masam manis yang sedap. Pak cik cik tom suka makan siap mintak tapau satu tupperware kecil buat balik rumah dan book untuk tempah raya tahun depan. hee..

kek lapis masam manis

Bahan-bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis;

6 biji telur gred B
1 buku buttercup @ 1 gelas planta
½ tin kecil susu pekat
½ gelas gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 atau 3 pewarna (mengikut citarasa)
2 paket masim manis (gambir/hawflakes)
2 gelas serbuk biskut jagung (biskut jagung yg telah dikisar)

*gelas boleh ikut standard gelas minum biasa. tidak terlalu tinggi dan tak terlalu kecil.

Cara-cara Masakan Resepi Kek Lapis Masam Manis;

1. Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.

2. Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil buttercup serta gula halus dan dipukul sehingga kembang (jadi warna keputihan).

3. Pukul telur dan esen vanilla hingga kembang juga dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan 2 dan kacau hingga rata.

4. Masukkan susu pekat manis dan serbuk jagung (biskut jagung dikisar) dan kacau sehingga rata.

5. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa.

6. Masukkan warna pertama ke dalam acuan dan kukus sehingga masak (anggaran 5-10 minit mengikut ketebalan lapisan acuan). *Sebaiknya nipis dalam 2-3 sudu besar sekali untuk satu lapisan selama 5 minit.

7. Susun gambir atas lapisan kek pertama yg sudah masak. Dan letakkan warna seterusnya dan berselang-seli dengan gambir.*kalau letak gambir kukus selama 10 minit. famili cik tom tak suka sangat gambir so cik tom selang seli 4x lapisan baru letak gambir. ni depend atas korang nak letak banyak mana gambir ye.

8. Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas kek untuk lebih menarik. Ini hanya untuk hiasan je.

Gambar kat atas ialah gambar kek lapis masam manis yang dah siap masak sebelum dan selepas potong masa cik tom buat masa birthday emak cik tom 2 minggu lepas, 10 November. Cik tom ada buat juga kek coklat moist kukus birthday khas untuk emak cik tom. Gambarnya akan cik tom upload dalam entry celebrate birthday emak cik tom + BBQ famili.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus (Sarawak) Cara Mudah dan Sedap

    • November 28, 2011 at 4:07 pm
      Permalink

      boleh cuba resepi kek lapis masam manis..memang sedap…hee

      Reply
    • November 28, 2011 at 4:11 pm
      Permalink

      betul tue akak..kalau buat sendiri boleh pilih nak kurang manis rasa kek tue atau nak lebih asam gambir..hee

      Reply
  • November 27, 2011 at 1:46 pm
    Permalink

    Wah sedap nampak kek lapis nih…penah makan beberapa kali yang diimport dari Sarawak. Katanya nak buat kek lapis nih ambil masa sampai 10 jam betul ke??…thanks kerana melawat blog saya…selamat menyambut maal hijrah 1433h..nanti sy promote kan kat blog saya ..k.
    Jom baca entri terkini Syarih …Berapa Bacaan Kolesterol Anda?My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 4:12 pm
      Permalink

      ciktom masak xde pun sampai 10 jam…dalam anggaran 1 jam lebih sebab kukus lapis demi lapisan..pastu setiap lapis tue dalam 5-10 minit je..xlama pun..hehe…salam maal hijrah 😉

      Reply
    • November 28, 2011 at 4:15 pm
      Permalink

      memang mudah je resepi ni sarah..rasanya pun sedap..siap boleh meniag lagi kl rajin..selamat mencuba!

      Reply
  • November 27, 2011 at 4:42 pm
    Permalink

    mas tak minat kek lapis. tapi semua family suka kek lapis serawak ni.adesss mesti mas lain dari mereka.haiyakk..hihihi..
    Jom baca entri terkini maya mustwany …Nostalgia Berulang Kembali..My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 4:16 pm
      Permalink

      biasa ramai yg suka kek lapis..rsnya masam manis..tp xpe bukan semua suka or minat yang sama kan..tue yang buatkan kita jadi istimewa..

      Reply
  • November 27, 2011 at 5:23 pm
    Permalink

    akak pernah cuba rasanya buat kek ni dengan adik akak..
    memang sedap..

    Reply
    • November 28, 2011 at 4:17 pm
      Permalink

      aah ciktom ingat akak ada share jugak resepi kek lapis masam manis ni kan time raya hari tue..

      Reply
  • November 27, 2011 at 8:01 pm
    Permalink

    confirm sedap!

    Reply
    • November 28, 2011 at 4:17 pm
      Permalink

      zara cuba la..memang sedap kalau air tangan sendiri..hee

      Reply
    • November 28, 2011 at 4:18 pm
      Permalink

      aah bila kukus tue kek lapis ni lagi lembab dan sedap..akak rajin masak boleh cuba bila ada ramai orang..kalau masak makan sorang2 xbest jgk kan..hee

      Reply
  • November 28, 2011 at 6:56 pm
    Permalink

    gambir tu kena kukus dulu ye sblm, di lapis kan kek diatasnya,, atau letak gambir n terus letak lapisan kek.

    Reply
    • December 26, 2011 at 6:59 pm
      Permalink

      boleh mana2 cara antara keduanya..tapi ciktom letak gambir pastu letak lapisan adunan barulah kukus..

      Reply
  • December 5, 2011 at 10:05 am
    Permalink

    Nampak rumit juga.. Belum ada kerajinan nak membuat. 🙂
    Bagus Cik Tom, sudi kongsi resepi2 menarik dengan kami.

    Reply
    • December 26, 2011 at 7:31 pm
      Permalink

      xrumit pun akak..mudah je..cuma kena ada kesabaran tinggi sikit sebab nak masak kek ni lapis demi lapisan kek tue kita kena kukus satu persatu..

      Reply
  • December 6, 2011 at 9:24 am
    Permalink

    buatkan satu untuk aku? leh? leh? hhehe..

    Reply
      • March 12, 2012 at 4:51 pm
        Permalink

        laa..org terengganu rupanya cik tom nie..sama ler kite 🙂
        p/s : budu,poyok,samba belacang,tene air,tiok jagung masyukkkkkkkk 🙂

        Reply
        • April 22, 2012 at 3:10 pm
          Permalink

          aah cik tom org terengganu..hee

  • December 25, 2011 at 1:34 pm
    Permalink

    wah… bukan nie mmg amek mase ke nak buat? hebat2.. belum rse nk buat lg.. hehe XD

    Reply
    • December 25, 2011 at 11:40 pm
      Permalink

      memang agak amik masa tapi berbaloi2 bila dah siap..hee

      Reply
  • December 27, 2011 at 11:40 pm
    Permalink

    lapar. bak sikit wehh..

    Reply
  • January 15, 2012 at 1:30 pm
    Permalink

    tepung jagung ada ker??? dlm list tak der pun…..ker salah tulis..huhu

    Reply
    • January 15, 2012 at 1:35 pm
      Permalink

      tepung jagung= biskut jagung yang dah diblend jadi serbuk…

      Reply
      • January 15, 2012 at 6:19 pm
        Permalink

        saya dah try masak tapi tak menjadi huhu….

        Reply
        • January 15, 2012 at 6:31 pm
          Permalink

          ala ye ke yunk???kenapa xmenjadi??kek masuk air, bantat o xnaik ke cane?

  • March 1, 2012 at 8:17 pm
    Permalink

    kalau kek tak letak baking powder , menjadi kea ? naik kea kek tu ?

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:10 pm
      Permalink

      kalau xletak xnaik la yunk..sbb tue fungsi baking pwder..kl xletak kek jadi mendap..tp utk kes kek lapis sarawak ini memang kek jenis padat dan xperlukan baking powder utk naikkan..setiap kek berlainan caranya..jangan bimbang semua resepi yang ciktom share ialah resepi yang ciktom pernah share sendiri means gerenti jadi kalau betul2 follow bahan2 dan stepnya..

      Reply
  • March 8, 2012 at 12:06 pm
    Permalink

    salam…serbuk penaik xsame ke ngan soda bikarbonat?

    Reply
  • March 10, 2012 at 10:35 pm
    Permalink

    assalamualaikum…
    agak berminat nk mencubanya, setiap lapisan kukus selama 5-10 minit jugak? TQ

    Reply
    • April 22, 2012 at 3:15 pm
      Permalink

      wslm..ye setiap lapisan kukus dalam 5-10 minit bergantung pada tebal mana lapisan tue.

      Reply
  • July 18, 2016 at 5:02 pm
    Permalink

    Kalau xletak serbuk jagung tu boleh x???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE