Resepi Kerabu Kacang Botor Style Siam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada pembaca blog ciktom….. Harap semuanya dalam keadaan sihat dan ceria2 selalu. Cik tom nak share satu resepi berasal dari mak cik yang cik tom ubah namanya menjadi “Kerabu Kacang Botor Style Siam”. hehe… Mak cik bagitau dia amik resepi ni dari buku koleksi masakan kerabu Chef Hanieliza dan di outer mengikut selera tekak mak cik. 😉

Kerabu kacang botor style siam
Kerabu kacang botor style siam

Bahan-bahan resepi kerabu kacang botor style siam;

10 batang kacang botor (dihiris halus)
2 sudu besar pes tomyam (cik tom prefer jenama adabi)
1/2 mangkuk udang yang direbus (cik tom ubah guna daging sebab banyak daging korban aritu. huhu..)
2 sudu besar kacang tanah (digoreng & ditumbuk kasar)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 sudu besar perahan limau kasturi
garam & gula secukup rasa

Cara-cara masakan resepi kerabu kacang botor style siam;

1. Panaskan air dan rebus udang (dibuang kulit) bersama sedikit garam sehingga masak ye.

2. Sambil tunggu udang siap rebus, hiris mana2 bahan yang perlu dihiris halus cam kacang botor, bawang besar dan cili merah.

3. Dah siap kerja merebus, hiris & tumbuk, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

4. Taraa! kerabu kacang botor siam siap untuk dimakan!

Senang je kan? Sekejap je siap sediakan kerabu siam yang sedap, rangup dan fresh! Kerabu ni bagus untuk kesihatan dan salah satu makanan diet yang sesuai bagi sesiapa yang tengah berdiet nak kurus. hehe…

Selamat mencuba resepi kerabu kacang botor style siam!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Resepi Kerabu Kacang Botor Style Siam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE