Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak tunjukkan lagi skill masak memasak cik tom supaya jadi calon wanita terhangat dipasaran. hehe.. Kuey teow goreng basah memang makanan favourite cik tom dan antara masakan yang paling cik tom suka masak kat rumah. Rasanya cik tom belajar masak kuey teow goreng dulu sebelum belajar masak nasi. So, cik tom nak sharekan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap versi cik tom. Sebelum share resepi macam biasa cuci mata dulu dengan gambar masakan hasil air tangan cik tom kat bawah ni.

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap
Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap:

1 bungkus kuey teow goreng (biasa berat 500 gram)
1 mangkuk kecil isi daging ayam (dipotong kecil)
2 ulas bwg putih+ 1 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu besar cili boh (depend pada yang suka pedas atau tak)
2 sudu besar kicap
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu sos tomato
secukup rasa sayuran sawi (dipotong)**
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar minyak untuk menumis
**boleh masukkan apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau wangi dan bukan hangit ye.

3. Masukkan isi ayam serta kesemua bahan-bahan lain kecuali sayur sawi dan kuey teow.

4. Gaulkan sehingga sebati dan sehingga isi ayam masak empuk.

5. Masukkan sayur sawi dan gaul sehingga sebati.

6. Kemudian, baru masukkan keuy teow serta campur sedikit air dan gaulkan sehingga sebati. Untuk buat kuey teow goreng basah, masukkan kuantiti air 2x ganda dari biasa. Kalau tak biasa buat, anggarkan sehingga kuey teow nampak berkuah ikut selera masing2.

7. Tutup kuali seketika sahaja untuk bagi kuey teow empuk dan menyerap rasa kuah. Dah empuk, tutup apikan. ** untuk masak kuey teow tak perlu empukkan terlalu lama seperti mee kuning dan bihun kerana kuey teow lebih lembut meenya.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap

  • June 27, 2012 at 12:31 am
    Permalink

    kenapa yer setiap masakan yang sedap-sedap memang kurang dimasukkan bawang merah..kadang2 tiada langsung bwng merah..tak menaikkan nafsu makan ke bila letak bawang merah??hehe

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:32 pm
      Permalink

      entahlah..ciktom rasa sama je..biasa bawang merah tue guna buat bawang goreng je..hehe

      Reply
    • June 27, 2012 at 10:33 pm
      Permalink

      entahlah..ciktom rasa sama je..biasa bawang merah tue guna buat bawang goreng je..hehe.

      Reply
  • June 27, 2012 at 1:02 am
    Permalink

    kena tambah kicap ni. baru pekat..hoho..

    Reply
  • June 27, 2012 at 11:55 am
    Permalink

    Boleh cuba ni….campur udang lagi sedap ni..jadi kuey teow goreng basah banjir udang..he..he..peace ya’ll…

    Reply
    • June 27, 2012 at 9:23 pm
      Permalink

      letak udang boleh jadi char kuey teow pulak..hee

      Reply
    • June 27, 2012 at 9:06 pm
      Permalink

      insyaAllah nanti kita buat gathering blogger..hehe 🙂

      Reply
  • June 27, 2012 at 3:45 pm
    Permalink

    tgk gambar pon dah tau sedap

    Reply
  • June 27, 2012 at 10:22 pm
    Permalink

    senang, cepat & sedap utk dimasak, sesuai utk seisi keluarga bagi parent yang balik kerja lewat

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:34 pm
      Permalink

      macam trademark or lagu pulak komen nazri..hehe 🙂

      Reply
  • June 28, 2012 at 2:04 pm
    Permalink

    Best la macam ni beruntung badan siapa yang dapat CikTom nanti. Dah tomel pandai masak pulak tu

    Reply
  • July 1, 2012 at 11:33 am
    Permalink

    Lapar ler plak.. hik3
    Selalu goreng mee atau kuey teow guna bawang putih jer coz wangi dia lebih sedap..

    Reply
    • July 3, 2012 at 8:35 pm
      Permalink

      memang guna bawang putih lagi sedap sebab penaik bau dan rasa…

      Reply
  • July 3, 2012 at 8:40 pm
    Permalink

    simplenya. leh try hujung mingggu nih. mintak izin salin resepi lagi sekali….

    Reply
    • July 3, 2012 at 9:00 pm
      Permalink

      xpe salin je semua resepi untuk cuba di blog ni..ciktom izinkan..

      Reply
  • August 25, 2012 at 1:43 pm
    Permalink

    special… semua resepi ciktom.. simple n senang….

    Reply
  • September 6, 2012 at 3:59 pm
    Permalink

    wahh..terliurnya..dah lama tak makan mee goreng/ kue teow goreng yg cik tom wat…huhuhu

    p/s: ngah pose ni mcm2 teringat makanan yg bes2 mak masak…huhu~~~

    Reply
  • March 18, 2016 at 2:20 am
    Permalink

    Minta izin copy resepi ny cik tom,insyallah nk try masak klu ada msa ni.tq

    Reply
  • June 2, 2017 at 1:44 pm
    Permalink

    Klao x nk buat pedas Ade x resipi dia utk kuey teow goreng basah

    Reply
  • March 2, 2018 at 9:55 am
    Permalink

    CikTom mintak halal ye resepinye… Baru cube sgt mudah… T.kasih ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!