Resepi Kuih Bakar Pandan Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat masakan resepi kuih bakar pandan cara mudah dan sedap. Kuih bakar pandan ini antara kuih favourite ayah cik tom. Resepi kali ini dari my sister in law (SIL) untuk kuih bakar pandan. Alhamdulillah sedap rasanya cuma SIL cik tom ini terlupa nak goreng dan taburkan bijan sebelum bakar.  Resepi kuih bakar pandan yang SIL cik tom buat rasanya berlemak dan tidak terlalu manis tapi lembut. Mana yang suka rasanya manis boleh tambah lagi kuantiti gula pasir ye. Pesanan SIL buat cik tom dan juga semua pembaca blog cik tom kalau dah kahwin nanti jangan lupa kena pandai ambil hati ayah dan ibu mertua.

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah dan Sedap
Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Bakar Pandan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan yang dikisar)
3 biji telur gred A ( jika guna telur gred lain sila tambah lagi 2 biji)
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 sudu besar majerin cair
½ sudu kecil pewarna hijau
2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara masakan Resepi Kuih Bakar Pandan:

1. Panaskan ketuhar 180°C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.

2. Gaulkan semua bahan supaya sebati, kemudian tapiskan.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8x 8 inci yang disapukan minyak. Jangan lupa taburkan bijan yang telah digoreng ke atas adunan.

4. Bakar adunan kuih bakar pandan selama satu jam ataupun sehingga masak.

5. Sejukkan dan potong kuih bakar pandan yang dah siap dimasak.

6. Sedia untuk dihidangkan untuk makan pagi atau petang.

Selamat mencuba Resepi Kuih Bakar Pandan yang lembut dan enak ini! ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Resepi Kuih Bakar Pandan Cara Mudah dan Sedap

  • May 19, 2012 at 7:14 am
    Permalink

    cik tom tulung perut saya lapar hee…mintk sikit hee..hijau bukan main terang lagi,cayalah

    Reply
    • May 19, 2012 at 10:00 pm
      Permalink

      dah habis suri..suri kan pandai masak..suri cuba sendiri di rumah ye..pasti lagi menarik..

      Reply
  • May 19, 2012 at 10:27 am
    Permalink

    Saya suka kalau lapisan luarnya berkerak sedikit baru sedap. 🙂

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:57 pm
      Permalink

      cik tom pun sama..suka berkerak..yang ini kakak ipar cik tom masak..

      Reply
    • May 20, 2012 at 1:04 am
      Permalink

      saya pun suka yang agak berkerak sikit. rasa rangup2 sikit dalam mulut

      Reply
      • May 22, 2012 at 1:42 pm
        Permalink

        mmg yang berkerak lagi sedap rasanya so boleh bakar lebih lama untk dpt hasil berkerak dibawah.

        Reply
  • May 19, 2012 at 12:08 pm
    Permalink

    Rojak suka kuih bakar ni…kalau terlalu banyak biji2 dia tu Rojak kurang berkenanla pulak.

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:32 pm
      Permalink

      kalau masak sendiri boleh letak bijan sikit or banyak..kalau xsuka xyah letak langsung pun boleh..

      Reply
  • May 19, 2012 at 12:48 pm
    Permalink

    akak punye oven rosak…
    dah lama tak membakor ni..
    yang tu cik tom buat ke??

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:21 pm
      Permalink

      yang ni bukan cik tom buat..akak ipar cik tom yang masak..

      Reply
  • May 19, 2012 at 3:24 pm
    Permalink

    feveret sy time buka puasa.. 🙂

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:18 pm
      Permalink

      cik tom pun suka..sedap kalau makan time buka puasa..

      Reply
  • May 19, 2012 at 4:44 pm
    Permalink

    tetiba je rasa lapar
    memang dah masa minum petang ni 😀

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:17 pm
      Permalink

      boleh la cuba resepi kuih bakar pandan ni..hee

      Reply
    • May 22, 2012 at 1:43 pm
      Permalink

      boleh je time buat gathering blogger..hehe

      Reply
  • May 20, 2012 at 12:05 am
    Permalink

    Salam. Apa khabar Cik Tom? Kak Nur harap Cik Tom sihat.. Kak Nur save resepi ni ye.. Nanti boleh cuba buat sendiri.. Tqvm 🙂

    Reply
    • May 22, 2012 at 1:44 pm
      Permalink

      wslm..alhamdulillah sihat..akak pekaba?? selamat mencuba akak.

      Reply
  • May 20, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    Nampak menarik tu cik tom….lapo la plak perut nih…hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!