Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap

Salam.. Hari ini cik tom nak share Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap. Orang pantai timur biasanya panggil kuih warna hijau berinti gula melaka ini sebagai Kuih Onde-onde manakala panggilan glamer lain buah melaka. Kalau kat terengganu, “gula melaka” kitaorang panggil “nisan”. Bukan nisan atas kubur tau. Huhu.. Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka kali ini dibuat khas oleh adik cik tom, ika umur 13 tahun. Semangat ika ini buat khas untuk cik tom rasa kuih hasil air tangan masa cuti balik cuti baru ni. Ika belajar Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka ini masa kat sekolah bagi subjek kemahiran hidup. Memang terer ika buat dan rasanya pun sedap. Kuih onde-onde ini sedap kalau buat pembuka selera waktu buka puasa bulan ramadhan akan datang.

Tengok gambar bawah tue comel kan onde-onde ika buat? Cik tom just tolong potong nisan tue dadu je. Yang lain semua ika buat. hehe 😀

Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap
Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka:

2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 ketul gula melaka @ 1 kerek nisan ( dipotong dadu kecil )
1/2 biji kelapa muda ( isinya diparut halus )
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa

Cara menyediakan Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka:

1. First, campurkan tepung pulut, tepung gandum, dan sedikit garam.

2. Kemudian masukkan pewarna hijau dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh dan boleh digentel.

3. Ambil sedikit adunan (anggaran sebesar ibu jari) dan leperkan untuk letakkan gula melaka di tengahnya.

4. Kemudian tutup semula dan bulatkan jadi macam bebola ikan yang comel2. Sedap kalau buat saiz kecil comel molek.

5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Dah mendidih boleh masukkan bebola onde-onde tadi.

6. Apabila kuih onde-onde timbul, boleh diangkat dan toskan atas tapisan.

7. Dah siap toskan, golek2kan kuih onde-onde dengan kelapa parut yang bercampur dengan sedikit garam.

8. Siap untuk dihidangkan.

Sedap bila makan rasa manis gula melaka @ nisan. Selamat mencuba Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Resepi Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Mudah dan Sedap

  • June 9, 2012 at 12:46 am
    Permalink

    org kelantan pun panggil onde2 jgk.

    sedap di makan time panas lg. heee.

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:46 am
      Permalink

      noraim orang kelantan ke?? memang best makan time lepas masak.. sesuai sangat jadi juadah buka puasa bulan ramadhan akan datang.

      Reply
  • June 9, 2012 at 2:46 pm
    Permalink

    owh ni ke buah yg dh masak naik ke atas…hehe 🙂

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:44 am
      Permalink

      hehe… yup buah ni la kalau ada teka teki buah apa yang masak naik ke atas..hee

      Reply
  • June 9, 2012 at 6:55 pm
    Permalink

    asal yg melaka punya mmg terbaik heeee

    Reply
  • June 9, 2012 at 6:55 pm
    Permalink

    camni deroh ar kwin heeeee jgn mare

    Reply
  • January 22, 2013 at 8:27 pm
    Permalink

    assalamualaikum cik tom..
    saya nak tanya, berapa banyak ondeh2 ni leh dapat
    kalau nak double kan leh x??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE