Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap

Salam Sayang…. Hari tue masa balik kampung time raya tengok emak duk cuba resepi baru. Tengok-tengok wah kuih fevret cik tom. Dulu mak cik yang suka masak bagi kuih lipat berlauk atau kuih ropa kat cik tom. Pastu balik rumah last week time wedding kawan. Ajak emak masak lagi kuih ropa ni buat ropa segera nak wat gi pahang simpan dalam peti je. Bangun pagi just goreng je. hehe…

Cik tom amik resepi kuih ni asal dari buku “Kompilasi Kuih Melayu” keluaran Alaf 21. Cuma resepi ni dah outer sikit2 ikut kesesuaian dengan selera faliy cik tom. Nama kuih dalam buku resepi tue Roti Mustaffa. Tapi cik tom tak panggil roti mustaffa, cik tom biasa panggil kuih lipat inti berlauk atau kuih ropa. Ada kawan-kawan cik tom panggil murtabak kecil. Macam-macam versi nama yang ada kan?

Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap
Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap

Bahan-bahan Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap;

Bahan A (KULIT)

3 cawan tepung gandum
3 biji telur
3 cawan air
sedikit garam

Bahan B (INTI)

1 cawan daging (dipotong dadu)
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 biji bawang besar
3 kuntum bunga cengkih
1/2 bungkus rempah kari daging adabi (yang kecil)
1 cm kulit kayu manis
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 gram halia (ditumbuk)
1 sudu kecil gula
sedikit daun bawang dan daun sup (tak letak pun takpe)
air, garam dan perasa secukupnya
minyak secukupnya untuk menumis dan goreng

Cara-cara masakan Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap;

1. First, kita masak bahan B untuk inti dulu. Sila panaskan minyak dalam kuali.

2. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk (bawang merah, bawang putih, halia) dan rempah kari sehingga naik bau wangi (bukan bau hangus tau. hehe..).

3. Masukkan kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan daging + air dan masak sehingga daging empuk.

4. Masukkan kentang, garam, gula, serbuk perasa, daun bawang dan daun sup. Tutup api bila masakan inti dah kering. Contoh inti yang dah masak dalam gambar no. 1.

5. Dah siap masak inti. Sekarang kita masak pulak Bahan A untuk kulit. Campurkan kesemua bahan A dan gaul sehingga sebati.

6. Selepas dah sebati.  Tapiskan dengan penapis untuk dapat kulit yang halus dan gebu.

7. Panaskan kuali. Masukkan satu senduk bahan yang dah ditapis dan tebarkan bulat seperti nak masak telur dadar. Contoh gambar no.3.
**Cik tom guna kuali non-stick so tak payah guna minyak.

8. Apabila masak, angkat dan taburkan inti di atasnya (inti yang dah siap masak dalam step 1-4 tadi).

9. Lipat kulit sehingga jadi petak. Ala style lipat baju gitu. huhu…
**Tengah-tengah panas tue korang terus letak inti dan lipat tau supaya jadi melekat.

10. Buat banyak-banyak pastu dah siap. Boleh panaskan minyak dan goreng kuih lipat/ kuih ropa ni sampai garing.

Kalau tak suka boleh juga goreng kuih lipat ni just guna portion minyak yang sedikit je ye. Kurang sikit minyak masuk dalam kuih tue time goreng. Amalkan pemakanan yang sihat untuk kulit yang sihat. hee..

Dah terer boleh buat bisnes food frozen pulak. ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

12 thoughts on “Resepi Kuih Ropa/ Kuih Lipat/ Roti Mustaffa Mudah & Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE