Resepi Lempeng Mini bersama Sambal Ikan Bilis Mudah dan Cepat

Assalamualaikum dan salam ceria… Hari ini cik tom nak share resepi lempeng mini bersama sambal ikan bilis yang mudah dan cepat penyediaannya. Lempeng mini ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang.

Semenjak jadi isteri ni cik tom rasa kadang-kadang pening kepala fikir menu nak masak untuk suami terutamanya minum petang. Kena fikir menu yang bersesuaian dan kena dengan selera suami. huhu..

Menu petang apa yang mudah disediakan beserta dengan bahan-bahan mudah sediaada di dapur. Nak buat pisang goreng tapi takde pisanglah pulak. Yang mudah ialah lempeng gandum cicah sambal ikan bilis.

icon starResepi Aneka Kek
icon starResepi Kek Cheese

Resepi Lempeng Mini bersama Sambal Ikan Bilis Mudah dan Cepat

Anggaran: 7 biji lempeng saiz pinggan kecil (untuk 3 orang makan)

Resepi Lempeng Mini bersama Sambal Ikan Bilis Mudah dan Cepat

Bahan-bahan Lempeng Mini;

1 gelas tepung gandum
3/4 gelas air (masukkan air sikit demi sedikit)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara Membuat Lempeng Mini Mudah dan Cepat;

  1. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali air tu masukan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. *buatkan sedikit cair sesuai untuk leserkan di atas kuali leper.
  3. Ambil satu senduk adunan dan leserkan di atas kuali. *ciktom guna kuali nonstick so tak guna minyak. Kalau guna kuali biasa, masukkan sedikit minyak.
  4. Balikkan lempeng atas dan bawah sehingga masak.
  5. Angkat untuk dihidangkan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari.

Bahan-bahan Sambal Ikan Bilis;

1 mangkuk ikan bilis (yang telah digoreng)
1/2 mangkuk cili kering (direbus dan blend)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit asam jawa
sedikit belacan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air untuk blend

Cara-cara Membuat Sambal Ikan Bilis Mudah dan Cepat;

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga masak.
  3. Masukkan belacan, asam jawa, garam dan gaul sebati.
  4. Kalau nak sambal berkuah/basah, boleh tambah sedikit air. (Suami ciktom suka sambal ikan bilis kering, jadi ciktom tak tambah air)
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul.
  6. Tutup api sedia untuk dihidangkan bersama lempeng.

mini lempeng gandum dan

Penyediaan lempeng mini bersama sambal ikan bilis kering ini mudah dan cepat untuk disediakan.  Kalau balik dari kerja pun sekejap boleh disediakan. Nak lagi cepat? Boleh, beli je lempeng dah siap senang. hehe..

icon starPanduan buat Cupcake dari rumah
icon starPanduan buat Coklat Handmade dari rumah

Selamat mencuba resepi lempeng mini bersama sambal ikan bilis mudah dan cepat!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Resepi Lempeng Mini bersama Sambal Ikan Bilis Mudah dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE