Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini sesi masak-memasak kita untuk resepi masakan berasakan tempe, ubi kentang dan ikan bilis. Biasanya tempe masak sambal kering ikan bilis, ubi kentang dan kacang.  Bosan pula asyik masak tempe style sambal macam tue. Saje suka outer2 try masak Tempe 3 Rasa pulak. Okay sedap je tak perlu masak guna ikan untuk Ikan Masak 3 Rasa.

Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap
Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap:

Bahan A:-

1 peket Tempe (dipotong kecil)
100 gram ikan bilis
2 biji ubi kentang (dipotong halus)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B (sos)

6 batang kacang buncis
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan C (hiasan)

2 biji cili merah (dihiris)
2 biji hijau (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 helai daun limau purut

Cara-cara masakan Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap:

1. Ikan bilis, kentang dan tempe digoreng garing terlebih dahulu. Kemudian ketepikan dan mula masak untuk sos.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik wangi.

3. Masukkan kesemua bahan B yang lain, kacau rata dan biarkan mendidih.

4. Masukkan bahan C dan tutup api.

5. Curahkan kuah sos di atas ikan bilis, kentang dan tempe tadi.

Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. Selamat mencuba Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

69 thoughts on “Resepi Masak Tempe 3 Rasa Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!